Ya. Aku takut sangat.
Waktu malam gelap macam ni buat tubuh aku meremang. Isk, janganlah ada benda yang ikut aku!
"Engkau ni, dekat wad elok saja tengah-tengah malam ke sana ke mari. Eh, dekat luar macam ni penakut kau tu nampak sangat."
Raudah ni... takkan benda simple macam tu tak tahu.
"Kau ingat wad bersalin tu gelap ke. Cerah, eh. Dua puluh empat jam cerah. Sebab tu aku tak takut. Yang ni lain."
Raudah gelak. Dia lepaskan tangan aku. Nak uji aku lah tu.
"Masalahnya pasar malam ni penuh dengan gerai. Ada lampu lagi hah. Cerahlah jugak walaupun tak secerah matahari."
Banyaklah dia punya cerah.
Cerah apanya macam ni. Tengok muka orang pun tak nampak jelas. Aku cebik geram.
Haih, kenapalah rasa jauh sangat pasar malam ni. Padahal tak jauh mana pun dari rumah sewa. Adalah dalam satu kilometer. Apakah sebab aku rasa takut sangat jadi aku rasa jarak dia dah macam 10 kilometer. Rasa dah dua tiga jam aku berjalan tapi tak sampai-sampai.
"Kau nak beli apa?" sergah Raudah tiba-tiba. Terus aku tepuk bahu dia apabila dia berhenti hampir dengan gerai pertama. Sakit pula tangan aku. Kuat juga aku hempuk bahu dia sampai muka dia berkerut tahan sakit. Tak nampak jelas tapi aku tahu dia sakit. Padan muka.
"Balas dendam, eh," ujar dia dan aku tak hiraukan kata-katanya. Mata pandang kiri kanan. Nampak penjual sedang kalut melayan pelanggan yang memenuhi pasar malam.
"Tengoklah mana yang berkenan. Tapi rasa macam nak makan nasi kerabu. Lagipun dah lama tak rasa rice to Wednesday mak kau."
Raudah sengih. Bila aku sebut nasi kerabu mak dia tentulah dia gembira. Ada orang suka makan masakan mak dia. Mak dia orang Kelantan dan tentulah air tangan orang tuanya itu lagi berbisa bila masak nasi kerabu.
"Nanti kita apply cuti sama. Kita balik kampung aku nak?" usul Raudah ketika kami mula melalui lorong untuk mencari makanan sampingan lebih dulu.
"Boleh." Aku janji dan Raudah nampak gembira. Namun hanya sekejap cuma.
"Rice to Saturday tak ada ke?" soalnya dan buat aku angkat kening.
"Memang tak ada. Kenapa?"
Dia pantas tergelak besar.
"Kalau ada taklah lama aku nak tunggu hari Sabtu nanti muncul."
"Kenapa?" Tiba-tiba aku kabur dengan ayat dia. Makinlah dia gelak besar.
"Kalau jumpa Saturday kat pasar malam tentu aku akan bahagia sebab hari minggu yang aku tunggu nak tengok haiwan cepat sampai."
Ya Allah, minah ni! Ada ke patut.
Geram betul aku dengan dia. Dahlah dia asyik duk sebut binatang depan aku. Terus saja aku hempuk lengan dia dengan purse di tangan. Buat lawaklah pula. Tahulah dia penat dan nak rehatkan diri hujung minggu nanti tapi boleh pula dia buat lawak kampung macam tu. Nasib badan dapat kawan macam Raudah ni. Ada saja idea dia nak hiburkan hati.
"Kau penakut. Tak suka binatang. Kau apa tahu."
Ya. Aku tak tahu apa-apa. Yang pasti aku tak nak tengok binatang. Eh, baru je niat tak mahu ikut dia suaranya dah berbunyi. Siap bagi amaran lagi.
"Kau kena ikut aku Sabtu nanti. Aku tak nak pergi sorang-sorang."
Aku julingkan mata ke atas.
"Kau yang beria kan. Kenapa nak ajak aku pula."
YOU ARE READING
THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed)
Mystery / ThrillerBLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana segala fakta diputar belit dia larikan diri daripada mereka yang seteru dengannya. Lalu dia benar-be...