BAB 49

294 19 0
                                    

"Sayang kemas buku yang ada dalam storage box kat bilik stor," arah Zahin lembut. Akur dengan perintah dia lalu aku ke bawah. Walaupun penat  mengemas barang di dalam bilik dia belum lagi hilang aku turut sahaja perintah dia.

"Box yang mana satu?" laung aku dari bawah. Melihat banyak kotak plastik hati jadi malas. Takkan nak kemas semua. 

Zahin yang hendak ke zoo singgah sebentar ke tempat aku.

"Sayang kemas yang kotak biru. Abang nak buku yang ada sticker oren saja. Yang lain sayang letak dalam box lain." beritahu dia jelas. Aku yang berdiri di tepi almari usang mendekati suami aku.

"Nak ke mana?" 

"Pergi jumpa Sahak kejap."

"Honey?"

Terus dia paut kepala aku lalu hadiahkan kucupan mesra di pipi.

"Sayang nak jenguk Honey juga ke?"

Aku angguk. Walaupun ada rasa seram tetapi aku rindu pula nak tengok ibu tengah mengandung. Apakah Honey masih alahan. Atau sudah boleh bergerak aktif seperti dulu.

"Sayang siapkan kerja ni dulu. Esok-esoklah pergi jenguk madu sayang."

Terhambur tawa halus Zahin dengan jawapan aku. 

"Dah pandai bergurau." 

Dahi aku Zahin elus lembut.  Kemudian berlalu pergi. 

Aku pula tekapkan tangan ke dahi yang sedikit benjol. Teringat hal semalam. Sebaik terhantuk aku pitam lalu pengsan. Sedar-sedar sudah berada di dalam bilik. Elok saja tidur di sebelah dia. Sebelum azan subuh Zahin sudah bangkit dan solat berjemaah dengan Tok We. Tinggalkan aku yang terlewat bangun. Tetapi sempatlah juga menjadi makmum masbuk dia.

Tangan terus mengelus tempat yang sedikit sengal sambil kepala cuba mencari jawapan pada pertanyaan yang tak terjawab. Siapa yang mengekori? Kenapa air muka Zahin berubah? Semalam macam mafia. Hari ini dah jadi kaunselor.

Tidak mahu menyerabutkan kepala aku bergerak ke arah storage box berwarna biru. Labuhkan punggung lalu cari buku yang dilekatkan dengan sticker oren. Tersenyum sendiri. Melihat banyaknya buku berkaitan dengan haiwan dan hutan aku mula teringatkan arwah ayah. Suami aku dan ayah punyai minat yang sama. Sungguh aku tak sangka. Dalam aku takutkan haiwan dan hutan akhirnya aku kahwin dengan lelaki yang meminati benda yang aku tak suka. 

Aku hela nafas panjang. Kalau sudah diatur tuhan, elak macam mana sekalipun tetap akan jumpa juga. Sudah takdir dan aku terima dengan reda.

Tangan terus bekerja. Seronok pula memilih buku yang pelbagai saiz dan warna. Ralik menyusun tak semena-mena mata terpandang sampul surat berwarna tanah bersaiz kad kahwin. Dilekatkan dengan sticker hati. Nampak terlalu lama.  Tangan tak teragak-agak terus tarik cepat. Kepala aku mula nak buat kerja jahat. Mungkin surat cinta suami aku. Adalah yang boleh aku bahan dia nanti.

Aku buka.

Terus mata terbuntang luas. Ada nama aku. Kenapa nama aku? Melihat tarikh di bawah dada mula berdetak hebat.

Kepada Atiya Zahira,

Maafkan abang andainya surat ini mengganggu Ira. Ketahuilah oleh Ira, abang bukan merampas kasih sayang ayah Ira. Abang hanya menumpang bermanja. Sesungguhnya kasih ayah Ira terhadap Ira tak pernah berubah walau musim silih berganti. Abang tak tahu persahabatan abang dengan ayah Ira menyebabkan Ira tidak sukakan abang. Lalu abang hanya boleh memohon segunung kemaafan. 

Jika Ira ada masa luang, datanglah ke rumah Tok We. Kita boleh saling mengenali. Dari situ mungkin kita boleh jadi kawan baik. Abang akan tunggu Ira cuti sekolah nanti.
Selamat menduduki peperiksaan SPM. Moga berjaya.

THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed) Where stories live. Discover now