Dia ingatkan misi kerek itu seorang saja yang beremosi lebih. Alih-alih hati dia pun kacau bilau. Walaupun sudah seminggu berlalu kepalanya menunjal-nunjal mahu tahu keadaan cik misi yang sentiasa masam mencuka itu.
"Kau apahal. Dari tadi lagi aku tengok kau dah macam bapak singa. Ke sana ke mari macam mak singa kau tengah uzur."
Zahin baling pengeruk sampah dekat Sahak. Mujur lelaki itu cepat mengelak. Jika tidak patah riuk tangan dia. Tak dapat nak tekan papan nombor telefon untuk menghubungi kesayangannya si Raudah.
"Kau dah kenapa? Buat aku macam musuh." Sahak tarik pengeruk yang diam di atas tanah lalu bawa ke arah Zahin. Nampak lelaki itu termenung jauh.
"Ada orang tahu ke kau ada kat sini?"
Bila soalan itu menerjah gegendang telinga pantas pula dia berpaling. Terus teringat gegantung yang terhias dengan wajah Suhaira yang menggoda dengan solekan tebal. Tangannya lembut memegang set kosmetik keluarannya. Gegantung itu dia lihat di setiap tiang lampu jalan raya yang ada di bandar Kuala Lipis ini. Ada tarikh yang tertera iaitu sesi bertemu pengguna barang an gadis itu hari Sabtu nanti.
"Orang tak akan tahu aku ada kat sini," jawabnya acuh tak acuh.
"Habis tu yang kau dah macam ayam kena gigit kutu babi ni apa sebab?"
Tak ada sebab dia nak jadi begitu.
"Misi kerek tu keadaan dia macam mana sekarang?"
Tiba-tiba soalan yang langsung tak diduga Sahak keluar dari mulut Zahin. Terhambur tawa Sahak dengan pertanyaan lelaki itu.
"Kau rindukan dia?" soal Sahak.
"Tak ada masa aku nak rindukan dia."
"Habis tu?"
Terdengar helaan nafas Zahin. Cukup berat dan pastinya Sahak rasa pelik dengan lelaki itu. Apatah lagi Zahin tak pernah duduk termenung begini.
"Masa aku hantar dia balik minggu lepas dia menangis teresak-esak. Konon-konon nak tunjuk kuat tapi aku tahu dia lemah. Emosi dia tak stabil. Masa aku hantar kereta dia pula muka dia macam tu lah. Muncung sedepa. Mata dia tu aku rasa nak cucuk je. Jeling aku macamlah aku ni betul-betul penjahat."
"Budak kaya macam tu lah."
"Maksud kau?"
"Rau cakap Atiya tu budak bandar. Anak orang kaya tapi sejauh mana kekayaan keluarga dia itu Rau tak tahu sebab Atiya tu perahsia."
"Perahsia?"
"Tak tahulah aku nak cakap. Lepas kejadian malam tu dia dengan Rau jarang jumpa. Shif lain-lain. Cuma dia perasan kalau kat tempat kerja Atiya tu banyak termenung."
Zahin pandang jauh ke depan.
"Itu je ke yang Rau cakap."
Sahak angguk.
"Kami kalau jumpa tak adanya nak cakap pasal orang lain. Raudah buka sikit cerita pasal Atiya tu pun dah cukup baik. Kami ni hanya cakap pasal diri sendiri je, Ing."
Ya lah. Orang tengah mabuk bercinta. Dah tak nampak orang lain.
"Eh, yang kau lebih-lebih nak tahu pasal misi kerek tu kenapa?"
"Salah ke aku tanya?"
"Dia kan seteru kau."
"Aku bukan musuh dia tapi dia tu yang buat aku macam musuh dia."
"Kalau macam tu kau sebenarnya sukakan dia kan?" teka Sahak tiba-tiba.
"Suka? Lambat lagi."
Sahak tepuk dahi.
YOU ARE READING
THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed)
Mystery / ThrillerBLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana segala fakta diputar belit dia larikan diri daripada mereka yang seteru dengannya. Lalu dia benar-be...