"Kenapa balik juga." Hambur kak Raihah sebaik saja aku tolak daun pintu.
Aku terkejut.
Dia baling bantal tepat ke muka aku."Kak Rai...." Aku dekati dia dengan bantal yang sempat aku tangkap. Aku nampak dia gelisah. Sakit pula dada aku melihat dia yang tidak tenang. Aku tahu hatinya tak tenteram. Melihat wajah serabutnya aku makin tak keruan.
"Kenapa dengan Kak Rai. Tak pernah Tiya tengok Kak Rai macam ni."
"Tiya tanya diri Tiya. Kenapa Tiya balik juga sedangkan Kak Rai tak bagi."
"Demi semua Kak Rai. Tiya korbankan hati dan perasaan Tiya untuk semua orang."
"Tiya tahu tak. Tiya kena kahwin esok. Syed Hamizan akan datang esok. Abah dah siapkan semuanya."
Aku hempaskan punggung sebelah Kak Rai.
"Ibu dah bagitahu Tiya. Tapi Tiya tak akan kahwin dengan Syed Hamizan. Tiya akan kahwin dengan lelaki yang Tiya cinta."
Muka Kak Raihah nampak terkejut. Bulat matanya pandang aku.
"Dia ada kat bilik tetamu. Dia hantar Tiya balik dan terus dia minta izin abah nak kahwin dengan Tiya."
Nampak muka tak percaya Kak Raihah.
"Siapa lelaki tu. Apa kerja dia?"
"Nama dia Zahin Hilmi. Dia kerja sebagai penjaga haiwan dekat zoo Lipis kak."
Wajah Kak Raihah makin berubah.
"Berapa lama Tiya bercinta dengan dia."
Aku malu nak berterus terang tetapi kerana Kak Raihah sudah begitu rapat dengan aku maka aku buang rasa malu.
"Baru seminggu kak."
"Baru seminggu!"
Dia celikkan mata. Aku tahu dia tak setuju dengan hubungan ini. Tetapi hati aku dah tersuka dengan lelaki itu. Aku pun tak sangka secepat ini kami boleh berhubungan."Seminggu. Apalah sangat yang Tiya boleh tahu pasal dia. Entah-entah dia penipu besar."
Aku terkejut. Hati aku mula diganggu- gugat dengan perasaan waswas.
"Lagipula kerja dia tak akan menjamin kebahagiaan Tiya. Kak Rai kenal Tiya. Tiya boleh ke hidup dengan lelaki yang tak ada duit macam tu?"
Ya, Kak Rai faham aku. Mulalah kepala aku nak fikir yang bukan-bukan. Tetapi kalau dia tak ada duit macam mana dia boleh berjanji nak bagi 30 ribu nanti. Ah, aku tak boleh hadam. Hati sudah tak yakin dengan perasaan sendiri pula?
"Kak... Kak Rai rehat ya. Dah satu pagi. Nanti kita bincang esok ya kak Rai."
Aku bangkit. Kerana kepala yang diserang pelbagai soalan aku rasa aku tak mampu nak hadap semuanya malam ini juga. Aku perlu rehatkan diri.
"Tiya mungkir janji," luah Kak Rai dalam suara tangis. Aku tersentak.
"Tiya janji apa dengan kak Rai?"
"Tiya cakap Tiya tak nak kahwin. Tiya tak akan kahwin. Tapi... Tiya...." Dia tak habiskan ayatnya. Hanya tangisan yang menjadi pengakhiran bicara. Aku kejung di depan pintu. Menghadam segala ayat yang Kak Rai keluarkan.
"Tapi Tiya tak cakap pun Tiya tak akan jatuh cinta."
"Kak Rai kecewa dengan Tiya."
Ah, aku tak faham. Kenapa dengan Kak Rai. Kenapa emosinya nampak tak stabil. Aku mula keliling pandang tengok bilik. Ketika ini barulah aku sedar abang Adnan tiada di sisinya.
"Abang Ad pergi mana?" Dia tidak menjawab sebaliknya hanya menangis dan menangis sampai aku tak sanggup tinggalkan dia. Dengan langkah laju aku hampiri Kak Rai dan peluk kuat.
"Abang Ad dah tak sayangkan Kak Rai. Abang Ad dah ada perempuan lain."
Ya Allah, patutlah emosi dia tak stabil. Melihat dia yang tak surut menangis mata aku pun sama. Tanpa segan silu hamburkan tangisan.
Pedihnya hidup sebagai perempuan.
*****
Kak Raihah sudah tidur dan aku tinggalkan dia untuk ke bilik aku. Di pertengahan jalan telefon aku berbunyi nyaring. Pantas aku masuk ke dalam bilik. Kunci pintu dan tersenyum melihat nama pemanggil.
Dalam senyum melihat nama Maybank sayang hati aku tetap dipagut resah. Aku resah menanti hari esok. Separuh hati teruja dengan cara dia tepati janji. Separuh lagi hati aku tak yakin yang kami mampu hidup bersama. Kata-kata Kak Rai buat aku bingung.
'Tak tidur lagi?'
'Baru keluar dari bilik Kak Rai. Dia tak sihat.'
'Kau jaga diri.'
Ah, kalau dalam telefon kenapa aku cepat benar cair dengan dia. Suara dia begitu memikat hati.
'Kita jumpa esok.'
'Ya, mana boleh jumpa sekarang.'
Terdengar gelak halus dia.
'Aku tidur kat hotel.'
Erk. Aku terperanjat. Terus melangkah laju ke arah tingkap. Dari situ aku lihat lampu kereta aku terang. Telefon pula tetap melekap di telinga.
'Pinjam kereta. Esok aku nak bawa duit yang banyak untuk kau. Kalau naik bas kan tercicir nanti kau nangis pula.'
'Kau cakap apa ni?'
Aku tak suka cara dia. Bila kesungguhan aku diukur dengan duit aku mula malu. Apakah nampak sangat yang aku ni materialistik.
Dia gelak pula.
'Kau kan nak duit. Eloklah, kau tak perlu malu minta dengan aku. Abah kau dah wakilkan.'
'Aku tak nak duit kau lah. Kalau esok kau bawa cincin plastik pun aku terima.'
Dia terdiam.
'Betul?'
'Kau janji nak kahwin dengan aku kan. Nanti bila dah kahwin kau akan kenal perangai sebenar aku. Masa tu kau jangan nak lari. Jangan nak buat tak tahu. Kau tak tahu perangai aku ni teruk.'
'Contoh?'
Aku kelu. Ada saja kata-kata dia yang nak patahkan bicara aku.
'Aku takut haiwan.'
'Okay. Itu aku memang dah tahu. Tak kahwin lagi pun aku dah tahu. Contoh lain?'
'Aku takut gelap.'
'Itupun aku tahu.'
Aku ketap bibir.
'Tapi aku ada satu contoh yang aku dah tahu.'
'Apa dia?'
'Kau tak pandai masak.'
Terus muka aku membahang merah. Entah dia nampak atau tidak aku yang berdiri di tingkap ini. Sebaik dia angkat lampu tinggi aku tahu dia nampak muka aku yang sudah muncung sedepa. Dalam telefon terdengar gelak halus dia.
'Tak pandai masak tak apa. Aku boleh ajar. Tapi kalau tak pandai basuh pinggan mangkuk lepas makan aku tak boleh terima. Sebab aku dah biasa basuh sendiri.'
Muka aku makin tebal. Ini mesti Raudah yang bocorkan rahsia aku. Siap kau Rau. Aku singgah Lipis nanti aku tarik rambut kau.
'Dah, kau pergi tidur. Esok aku tak nak tengok muka kau letih. Pucat.'
Suruh dia lalu putuskan talian. Sebentar kemudian kereta aku perlahan-lahan berundur dan tak lama dia keluar dari laman rumah. Dia tinggalkan aku bersama debaran yang tak sudah.
Baru berpaling hsndak ke katil satu pesanan ringkas tiba-tiba menjengah masuk.
'Aku sayang kau.'
Itulah dia. Sejak seminggu ini dia tak lupa akhiri perbualan kami dengan ayat keramat itu. Aku sudah yakin. Orang lain? Tolong jangan ganggu gugat hati aku.
YOU ARE READING
THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed)
Mystery / ThrillerBLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana segala fakta diputar belit dia larikan diri daripada mereka yang seteru dengannya. Lalu dia benar-be...