BAB 55

422 25 0
                                    

Aku menangis semahu-mahunya. Dari malam sehingga ke dinihari kelopak mata aku langsung tak mahu tertutup. Jenuh Zahin mengetuk pintu mahu masuk ke dalam. Dengan kata lain mahu memujuk aku. Tetapi aku tetap keraskan diri. Dalam dada masih ada perasaan benci pada dia. Mengapa dulu dia tak berterus-terang. Tidaklah aku meletakkan kesangsian pada dia. Tidak juga aku tanam kebencian pada adik angkat arwah ayah. Aku juga tidak akan menjadi keras begini.

Hari sudah hampir pagi. Setengah jam lagi azan subuh akan berkemundang. Aku pula masih di sini. Puas menangis aku membebel entah apa-apa. Puas membebel aku menangis kembali.

"Sayang, buka pintu. Abang nak masuk." suara Zahin di luar sana aku tak endahkan. "Abang nak ambil barang abang. Lepas subuh nanti abang nak hantar abah dengan ibu ke hospital."

Aku tersentak.

Abah dengan ibu masih ada di sini. Bermakna mereka bermalam di sini. Cepat-cepat aku sapu air mata. Tarik tuala sendiri dengan kasar dan cepat-cepat aku buka pintu. Tak sempat Zahin hendak bersuara aku rempuh kasar lalu beredar ke bilik air. Dalam 20 minit bersihkan diri aku keluar. Zahin sedang menunggu di luar bilik air.

"Sayang...."

Ada benda yang dia nak bagitahu aku tetapi aku masih belum ada rasa hendak mendengar apa-apa cerita lagi. Aku masih belum boleh menerima semua yang berlaku. Aku belum reda. Terus aku tinggalkan dia dan menguncikan diri di dalam bilik. segala pakaian untuk dia bawa solat aku tinggalkan di luar.

"Kenapa buat abang macam ni. Itu bilik abang. Sayang tak boleh guna seorang." kedengaran suara Zahin melirih sayu.

Ada aku kisah. Aku nak tenangkan diri.

Usai solat subuh aku berteleku di atas sejadah. Menghitung detik dan waktu agar diri kuat untuk menerima suratan takdir. Suara ibu dan abah di luar yang memberitahu aku akan ke hospital apabila hari sudah siang aku tidak hiraukan. Langsung pekakkan telinga. Zahin pun sama. asyik merayu aku hendakkan seluar slack dia yang tersadai atas katil.

Aku berpaling.

Pantas pula tangan menarik seluarnya. Sentuh poket kiri kanan. Tidak ada apa-apa. Lantas aku sentuh pula poket belakang. Ada dompet Zahin. Terus aku tarik dan buka. Dalam cahaya lampu kalimantang aku dapat lihat wajah mudanya yang melekat di dada kad pengenalan. Aku tarik. Tetapi mata terpaku pada gambar berukuran pasport. Gambar gadis remaja. Gambar yang tiba-tiba sahaja meluruhkan air mata aku dengan banyaknya.

Aku seka air mata dan tengok belah belakang. Ada nama aku berserta tarikh lahir. Makinlah air mata aku menderu laju. Melihat pula ada kertas kecil berlipat di dalam dompet aku keluarkan dan buka.

'Hajat aku...

Ya Allah... kau kabulkanlah apa yang hati aku simpan selama ini. Kau kurniakan aku seorang Atiya Zahira yang benar-benar tulus menjadi seorang isteri. Yang akan bersama aku ketika susah dan senang. Yang mampu menerima aku seadanya.'

Itukah hajat dia.

Serasa tidak mampu menanggung beban kesedihan lalu aku buka jendela. hendak hamburkan segala tangisan di situ. Tetapi aku silap percaturan. Baru sekejap menangis di muka jendela seekor makhluk berbulu muncul dari bawah.

Aku menjerit kuat.

Serentak itu juga ketukan demi ketukan terdengar dari daun pintu berseling seli dengan suara memanggil nama aku. Aku pula terus bertempik sambil mata terpejam rapat. Ketukan sudah berhenti. Makhluk tadi juga sudah tiada. Mata terbuntang tak percaya. Zahin bergayut dibirai jendela. Dengan susah masuk ke dalam dan tarik aku ke katil.

"Kenapa?" soal Zahin resah. Aku menggigil dan soalannya terjawab apabil makhluk itu muncul dari balik almari. Zahin mendengus kuat.

"Honey. Kau tu baru lepas operate. Kenapa datang ke sini?" soal Zahin geram. Tiba-tiba Honey mendekati aku. Tangannya yang rentang naik ke atas dan kepala dilentokkan ke bahu aku. Serta merta tangisan aku kembali beraja.

"Honey nak tenangkan sayang. Dia betina dan dia tahu hati seorang isteri macam sayang. Please, jangan menyendiri lagi." Zahin memujuk dan aku berpaling membelakangi kedua-duanya. Sapu kedua-dua belah mata dan tunjuk gambar passport di tangan yang aku genggams edari tadi. pantas Zahin ambil.

Terbit sengih panjang dari bibirnya.

"Gambar ini abang curi dari dompet arwah ayah. Abang nak kenal budak perempuan yang sanggup pulangkan balik surat yang abang kasi. Sampai hati dia buat abang terluka. Abang nak kawan dengan dia tapi dia reject abang macam tu je. Sadis betul hidup abang."

Kata-kata dia tak lawak langsung. Terus aku menjauh. Kelip-kelip Honey pandang aku. Aku pula larikan diri. Hendak keluar. Walaupun aku dengan Honey macam boleh berkawan tetapi sikap penakut aku masih ada.

Aku buka telekung solat.

"Sayang nak menjauh lagi? Apakah abang memang salah?" apabila pertanyaan itu terlontar keluar aku pun pejamkan mata. Hela nafas panjang.

"Berikan Tiya masa." terus aku keluar dan berjumpa dengan abah dan ibu.

***

Aku lihat Zahin menekur ke bawah. Lama berfikir sebelum memutuskan permintaan aku.

"Fikir masak-masak Tiya. Jangan kerana semua yang dah berlaku Tiya buat keputusan ikut kata hati." Abah menasihati. Ibu pula memandang sayu.

"Tiya nekad."

"Tapi Tiya...," ibu mencelah.

"Bukan ke abah dengan ibu nak hantar Kak Rai ke wad psikiatri. Jadi selama kak Rai tak ada izinkan Tiya duduk dengan abah dan ibu." Aku meminta. Namun wajah abah tercarik luka. Nampak benar dia tidak mengizinkan.

"Syurga Tiya di bawah tapak kaki Ing." Abah mengingatkan aku.
Suasana jadi senyap sunyi. Hanya kedengaran hela nafas semua orang.

"Abah jaga Tiya buat sementara waktu." Tiba-tiba Zahin bersuara. Dia pandang aku dengan mata kesal." Ing izinkan dia duduk dengan abah. Kalau abah tak mampu Ing akan hantar Tiya ke mana saja Tiya nak pergi. Selama mana dia nak tenangkan diri dan Ing akan tunggu sehingga Tiya benar-benar mahu jumpa Ing."

Hampir tersembur air mata aku dengan kebaikan Zahin. Nyata dia tetap seorang suami yang memahami. Malah sanggup mengikut segala kemahuan aku.

"Bukan abah tak izinkan tapi...."

"Demi kebahagiaan Tiya." Pantas Zahin mencelah.

Aku tersentak. Kenapa kebahagiaan aku. Bukan kami?

"Baiklah. Tapi Tiya kena ikut cakap Ing walaupun jauh dari suami sendiri."

Zahin ukir senyum dalam kesedihan.

"Jangan lupa hubungi abang setiap kali Tiya rindu abang." Pesanan Zahin aku biarkan bagai angin lalu. Terus masuk ke dalam kereta abah tanpa memandang buat kali terakhir. Saat kereta mula meluncur pergi barulah aku berpaling memandang dia di belakang. Sungguh aku akan merindui dia setiap masa.

***

Perlu ke aku terus menjauhkan diri hanya kerana kisah lalu. Aku sudah maklum semua itu bukan salah suami aku. Jadi, perlu ke aku terus berkeras.

Pandang awan hitam di langit sewaktu petang baru tiba.

"Semua yang berlaku ada sebabnya yang tersendiri, Tiya. Zahin muncul menjadi pelindung saat Tiya ketakutan. Zahin tahu di mana lemahnya isteri dia jadi dia lah heronya. Tiya kena ingat, kalau tak ada sebab kukuh nak menjauhkan diri tak boleh Tiya. Kalau sekadar nak mengubati hati yang sakit, Zahin itu sendiri adalah ubat Tiya. "
Abah menasihati di kala aku mengambil keputusan untuk terus tinggal di rumahnya.

"Tiya dah tahu kan. Ing tak salah. Ing hanya menumpang kasih arwah ayah Tiya. Jadi jangan tinggalkan suami lama-lama sangat, " pesan abah lagi dan aku merenung awan hitam yang berarak pergi dengan seribu kekesalan.

Biarkan kebencjan itu pergi bersama awan mendung. Hadirkan langit biru agar cinta terus mekar selamanya.

Sekali abang berjanji selamanya abang akan tepati dan sayang... jangan musnahkan janji abang. Jika tidak bahagia kita akan hancur.

Kata-kata Zahin bergema dalam hati.
Aku sayang dia. Aku akan selamanya akan menyintai dia.

Lalu tangisan kekesalan pun mengalir laju.

THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed) Where stories live. Discover now