Apa yang dah berlaku sebenarnya hanya Zahin yang tahu.
Mukanya serius pandang gadis gempal yang sedang meriba kepala gadis yang bermulut lancang itu. Dia tahu gadis itu bukan buat-buat pengsan apabila melihat wajahnya yang pucat macam mayat. Dia perhati mata gadis itu yang langsung tak bergerak. Kelopak mata tertutup rapat.
Dia mahu pergi. Tidak kuasa hendak menolong gadis yang sudah memfitnah dirinya. Lagipun dia sudah meluahkan janji tidak mahu menolong gadis itu walau apa saja yang terjadi. Namun melihat kesedihan rakan gadis itu yang asyik menampar pipi tuan empunya badan dia mula tarik botol plastik di pinggang. Botol yang dia isi dengan air putih untuk diteguk ketika haus sewaktu bekerja itu hanya tinggal sedikit.
Dia mencangkung di sebelah gadis yang sudah pengsan itu. Tuangkan air ke atas tangan lalu percikkan ke muka gadis itu. Tak lama gadis itu celikkan mata. Terpisat-pisat melihat ke kiri dan ke kanan. Tak lama gadis itu tegakkan badan yang elok berlunjur sebentar tadi. Baru saja betulkan kedudukan si gadis tiba-tiba mengaduh kecil. Tangan itu memegang pinggang dan mengurut keras.
Zahin senyum senget.
Dia tahu. Sakit gadis itu masih belum sembuh sejak jatuh di pasar malam tempoh hari. Dia dengar rengekan si gadis dengan muka tawar.
Mata bertentang mata namun berbeza makna.
***
Aku pandang lelaki di sebelah yang sudah tegak berdiri.
"Sakit Rau." Dengan muka tak malu aku mengadu.
"Haiwan tadi cakar kau ke?" soal Raudah bingung. Aku gelengkan kepala.
"Tak. Pinggang ni sakit lagi," ujar aku pedih. Mata sekali lagi melirik lelaki di depan yang sudah tercegat macam komander. Tetapi tegaknya tak lama. Sekarang dia sudah mula melangkah.
"Eh, nak pergi mana?" tiba-tiba Raudah bertanya dan aku terkejut. Kenapa pula Raudah tanya macam tu.
"Aku bukannya bodyguard dia nak kena tunggu sampai esok." Ternyata kata-kata lelaki itu penuh sindiran. Dia ingat aku tak faham.
"Ya, encik bukan bodyguard dia tapi tolonglah saya. Saya tak larat nak papah dia sampai ke tempat parking sana tu."
Tiba-tiba saja lelaki itu ketawa menyindir. Aku jeling Raudah geram. Pandai pula nak minta tolong mamat tu.
"Rasanya dia tak akan terima pertolongan aku. Hari tu bukan dia cakap dia tak sudi ke."
Aku julingkan mata ke atas.
"Orang tu memang tak sudi langsung. Buat apa aku terhegeh-hegeh nak tolong dia." Lagi lelaki itu menyambung kata.
Eeeiii... dia memang nak sakitkan hati aku.
"Tak payah Rau. Aku boleh bangun sendiri. Kau ingat aku hadap sangat ke dengan pertolongan dia tu."
Mulut aku tak nak kalah. Dia ingat aku nak sangat dia tolong aku. Tak hingin lah. Lalu dengan susah payah aku bangun dan cuba berdiri tegak. Tak mampu. Aku bongkokkan badan. Tak kisahlah berjalan macam moyang bongkok tujuh sekalipun. Janji aku boleh cepat-cepat pergi dari sini. Tak kuasa nak menghadap muka mamat berjambang itu. Mengalahkan singa yang aku tengok dalam kurungan tadi. Memang menakutkan. Malah meloyakan tekak aku.
"Eh, tadi cakap tak nak tolong. Dah, pergilah." Halau aku geram. Nampak lelaki itu hembus nafas sinis.
"Harap muka je comel tapi mulut mengalahkan haiwan bergayut kat sini," kutuk mamat tu.
Apa!
Dia ingat aku tak dengar ke.Aku dengarlah apa yang dia cakap.
"Eh, kalau orang dah tak sudi tak payahlah nak mengutuk bagai." Aku hamburkan kata tetapi lelaki itu buat tidak tahu. Sebaliknya mula melangkah dan menghampiri rakannya yang entah datang dari mana.
YOU ARE READING
THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed)
Mystery / ThrillerBLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana segala fakta diputar belit dia larikan diri daripada mereka yang seteru dengannya. Lalu dia benar-be...