BAB 51

320 27 0
                                    

Aku meronta-ronta minta dilepaskan. Tali yang mengikat tangan cuba dileraikan namun tak berhasil. Kerana hari yang cukup gelap buat aku ketakutan.  Tetapi suasana di tebing sungai yang berjaya dilihat mata kerana cahaya purnama yang menyinari alam menyedarkan aku  akan sesuatu.  Tempat ini seakan pernah aku jejaki. Terus kepala toleh ke kanan dan ke kiri. Hanya nampak hutan. Sebaik aku tunduk ke bawah barulah aku yakin. 

Di bawah sana ada jeti tempat bot dan sampan berhenti. Inilah tempat yang  telah menjadi saksi Zahin ditembak. Terus air mata aku jatuh berlinangan. Kenapa aku di bawa ke sini lagi? Sama macam dulu. Cuma yang berbeza mata aku tidak ditutup. Aku bebas melihat ke merata tempat. Cumanya penglihatan terhad kerana hari cukup gelap.

“Kau siapa? kenapa kau culik aku. Kenapa kau bawa aku ke sini. Siapa yang suruh kau buat kerja gila macam ni?” jerit aku kuat. Mengarahkan suara kepada susuk di atas jeti yang bersantai sambil menghisap rokok. Aku tahu susuk itu mendengar sebab dia berpaling saat suara aku terlontar keluar. Apatah lagi lampu suluh di tangan terarah pada aku. 

Bila cahaya kembali menerangi jeti, mata aku terus menilik susuk itu. Aku tak kenal. Nampak seperti tua renta. Tetapi pemakaiannya macam anak muda. Siap berjaket serta berseluar senteng paras betis.

“Aku nak balik?” jerit aku kuat. Tak semena-mena lelaki itu laju menjejak cenuram yang sudah menjadi tangga. Segera menghampiri  lalu mengacukan pisau ke leher aku.

“Diam!” jerkah pemilik suara. “Kalau nak hidup lama baik kau diam.” Suara itu menggertak kuat. Badan aku pantas menggigil ketakutan.

“Lepaskan aku.” Aku meronta-ronta dan pantas pula sebiji menampar singgah ke pipi aku. Cukup kuat sehingga aku tersungkur ke atas rumput.

“Tunggu orang yang nak dekat kau muncul. Lepas tu aku serahkan kepada dia. Ikut suka dialah nak buat apa. Janji orang tu bayar. Kalau dia tak bayar macam yang dia janji, aku takkan lepaskan kau.”

Ya Allah, apa yang dia tu cakap. Sungguh aku takut. 

Siapakah orang yang hendak sangat dekat aku. Aku tak pernah benci sesiapa. Aku juga tak pernah sakitkan hati orang. Siapa pula yang mahukan aku. 

“Kau hantar aku balik. Aku nak balik,” rayu aku seraya bangkit lalu mengengsot hendak memaut betis lelaki itu.  Tetapi cepat pula dia mengelak.

“Diamlah.” jerkah lelaki itu sekali lagi dan tanpa disangka-sangka lelaki itu tolak aku ke atas tanah. Aku menjerit kuat. Tidak tahu apa yang lelaki itu hendak buat tetapi aku tetap melaungkan nama orang.

Panggilan abang yang aku keluarkan. Hanya lelaki itu yang terlintas di kepala.

“Kalau kau nak selamat baik kau diam, perempuan!” jerkah lelaki itu lagi. Lantas kembali berdiri tegak. 

Akhirnya aku mengiring di atas tanah sambil menangis kuat. Langsung tidak pedulikan lelaki itu yang telah kembali ke jeti dan meninggalkan aku yang masih terikat tangan dan kaki. Hamburkan air mata semahu-mahunya. Saat itulah wajah Zahin hadir dalam kepala. Apabila dalam keadaan begini aku teringatkan dia. Bukankah dia sudah berjanji akan melindungi aku. Menjaga aku sehingga ke akhir hayat dia. Tetapi dia tak muncul macam dulu. Lalu hati aku membenci begitu banyak.

Makin sakit hati sebaik mengingati surat dan gambar yang aku lihat pagi tadi. Pantaskah aku mengharapkan dia datang menolong jika aku sudah tidak mahu melihatnya lagi. Bukankah tadi aku melarikan diri kerana kejutan yang tak terduga.

Kenapa mesti dia?

Di saat aku sudah menyerahkan seluruh jiwa dan raga tuhan buka pintu rahsia. Hati menuduh dialah penyebab kematian ayah dengan emak. Walhal aku sendiri tidak tahu apakah sebab sebenar berlakunya musibah dalam hidup aku.

Aku benci dengan semua yang berlaku. Aku benci. Lalu aku hempas semuanya dalam jeritan keras. Sehinggakan berterbangan segala unggas di atas pohon-pohon. Aku melalak meraung kuat-kuat. Sudah tidak menghiraukan tempat yang aku diami.

“Engkau memang cari penyakit.” 

Tak semena-mena lelaki itu datang lalu tampar muka aku berkali-kali. Tidak cukup dengan cara begitu susuk tersebut terajang perut aku pula.  Senak. Cukup senak sehingga tiada lagi suara yang mampu aku luahkan.

“Cukup!” 

Terdengar satu suara yang menghentikan tindakan lelaki itu. 

Aku terkedu.

Erk, suara itu! Suara itu seakan pernah aku dengar. Dalam gelap aku cuba melihat wajah yang tertutup dengan pelitup muka. Cermin mata hitam yang menutup matanya menyebabkan aku sukar hendak mengecam. Apatah lagi susuk itu berbungkus dengan hoodie. Siap membawa dua orang lelaki yang sasa. 

“Kau siapa? Kau nak apa dari aku?” jerit aku kuat. 

“Kau diam.” lelaki yang menyepak aku tadi berikan tamparan sekali lagi dan dunia aku terus gelap gelita.

***

Keadaan yang gelap gelita ini menyukarkan mata melihat tempat Honey berhenti. Tetapi bunyi aliran sungai sedikit sebanyak berjaya diteka Zahin. Akhirnya dia tahu dekat mana dia berada sekarang ini. Melihat kepala Honey yang menoleh ke kiri dan ke kanan dia tahu Orang utan itu sedang mencari Atiya dengan cara menghidu bau.

“Kau tahu kat mana Atiya?” Zahin menyoal gusar. Bimbang makhluk itu tersalah jalan. Honey pula bongkokkan badan. Sungguh Zahin risau. Benarkah apa yang dia buat sekaranh. Bimbang juga andainya dia tidak berjaya menemui isterinya. 

Jeep polis yang berhenti di belakang mengejutkan Zahin. Kelihatan Inspektor Roslam keluar dari perut pacuan empat roda bersama anak buahnya.

“Dah empat pagi. Kau rasa dia benar-benar ada kat sini ke?”

Zahin angguk yakin. Setelah lama memerhati dia mula yakin. 

“Dia pernah hilang dekat taman ini. Aku agak memang orang jahat tu bawa dia ke sini sekali lagi. Kau tahu kan tempat aku kena tembak hari tu?”

Ins. Roslam angguk.

“Kita jumpa kat sana.” 

Tak semena-mena Honey mula masuk ke dalam hutan melalui tebing sungai. Zahin yang menyedari memberi isyarat kepada Ins. Roslam untuk memulakan pencarian. 

“Kalau kau jumpa jangan bertindak sembarangan. Tapi kalau tak jumpa kita berkumpul dekat perkampungan orang asli.” pesan polis tersebut yang memakai pakaian kasual semasa beroperasi di luar. Zahin angguk bersetuju. Pantas sahaja dia meredah denai. Mengekori jejak Honey dengan laju. Selaju rentak jantungnya yang berdegup kuat. Amat berharap pencariannya akan tamat  apabila siang menjelang.

Honey pula terus memanjat dari satu dahan ke satu dahan. Berhenti seketika mencari arah. Tak lama bergayut lagi sehingga membawa Zahin ke tebing sungai tempat bot dan sampan berhenti.

THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed) Where stories live. Discover now