Penasaran aku di dalam bilik menunggu dia.
Dia janji nak datang sebelum aku keluar wad tetapi dia tetap tidak muncul walau hari sudah menganjak ke waktu zuhur. Dia cakap dia sejenis yang berpegang pada janji tetapi kalau hal sekecil ini pun dia tak boleh nak tepati buat apa dia berjanji. Buat apa dia canang pada aku tentang dirinya yang teguh pada janji.
Muka aku mula cemberut menunggu dia.
"Kalau dia tak datang juga kita terus balik. Malaslah aku nak tunggu." Suara aku kedengaran keras. Kelip-kelip Raudah pandang aku. Tak lama dia ketawa kecil.
"Aku nampak seorang Atiya dah kembali. Ini baru Atiya."
Aku yang baru saja bangkit dari sofa untuk ke bilik air pandang dia dengan muka terkejut.
"Apa maksud kau?" soal aku tak faham. Tiba-tiba dia datang peluk aku. Erat.
"Sekalipun kita terpisah jauh kau jangan lupakan aku tau."
Terus hati aku berdenyut sakit.
"Kau tak akan tinggal kat sini lagi. Tentu kita susah nak jumpa dah."
Jujur aku memang tak sanggup nak tinggalkan dia. Malah aku tak mahu tinggalkan kerja aku. Tetapi demi memenuhi permintaan abah aku terpaksa. Tambahan pula aku tak mahu abah terus membenci aku. Jadi aku ikut pilihan yang aku tak suka ini demi kebahagiaan aku juga.
"Maafkan aku, Rau. Aku sayang kau dan aku tak akan lupakan kau."
Pelukan sudah dileraikan dan dia pegang bahu aku. Matanya pandang tepat ke mata aku.
"Nanti kalau kau nak bercuti kau datang sini. Boleh aku temankan kau. Kau tentu rindu nak tengok haiwan kat sini. Nak keliling zoo kan. Paling penting kau tentu akan merindui lelaki yang dah tak ada jambang tu."
Terus air mata aku menitik dalam gelak tak percaya.
Aku tak percaya yang aku telah melontarkan janji untuk hidup dengan dia. Aku langsung tak menduga aku boleh berjanji untuk menyayangi dia. Terasa begitu cepat masa berlalu. Dalam bergaduh dengan dia aku sudah terlanjur berjanji.
Hati tiba-tiba tersiat pedih.
Esok aku dah nak balik ke rumah abah. Apakah janji aku akan tertunai. Apakah aku mampu untuk teruskan janji bila aku dan dia saling berjauhan. Aku mula goyah. Tak yakin dengan diri sendiri.
"Rau... bila aku dah jauh macam ni kau tolong tengokkan Zahin."
Raudah buntangkan mata.
"Loh... kan ada telefon. Call je lah."
Erk... betul jugak. Tapi masalahnya kami tak pernah bercakap dalam telefon. Aku mula rasa malu. Nak minta nombor telefon dengan dia! Rasanya berat betul mulut aku nak buka. Kalau aku mulakan itu tandanya aku dah tunjuk perasaan aku.
"Telefon kau mana?"
Aku terpinga-pinga. Baru sedar ada di dalam beg. Aku simpan pagi tadi setelah penuh baterinya. Terima kasih pada Raudah yang tolong cas ketika aku terlantar dalam wad.
Aku dekati katil dan tarik zip beg sandang aku. Keluarkan telefon dan seret layar skrin. Banyak betul miss call. Whatsapp pun beratus-ratus naik. Sejak aku duduk dalam wad memang aku tak hiraukan gajet itu. Aku hanya risaukan diri Zahin sahaja.
Itu tandanya aku cintakan dia ke?
Kalau kita risaukan orang lain bermakna kita sayang dia ke?
Mata aku jauh pandang ke depan. Tapi aku tak nampak apa-apa di depan. Hanya nampak Zahin. Isk, apa yang dah jadi dengan aku ni.
YOU ARE READING
THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed)
Mystery / ThrillerBLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana segala fakta diputar belit dia larikan diri daripada mereka yang seteru dengannya. Lalu dia benar-be...