Goyah keyakinannya melihat Atiya yang termenung di birai jendela. Perlukah dia masuk dan tenangkan gadis itu. Dia tahu Atiya dalam kesedihan. Sementelah melihat tangan gadis itu menekup muka sendiri. Kemudian tangan yang lembut itu menyapu kasar air mata. Seolah-olah sudah lama menangis. Apakah gadis itu berkecil hati kerana di tinggalkan seorang diri di dalam bilik selepas diterjah ketakutan sehingga pengsan.
Dia bersalah.
Sungguh dia bersalah.
"Lepas trauma dengan haiwan Ira tu makin sensitif abang Ash tengok. Lagi-lagi dekat nak exam PT3 ni. Pantang tersalah sebut dia akan menangis. Kalau abang Ash balik lambat lagilah dia akan merajuk panjang."
Teringat kata-kata lelaki itu suatu waktu dulu.
"Dengan mak dia tak ada pula nak merajuk."
"Dia rapat sangat dengan abang Ash agaknya."
Ashman senyum.
Memang. Atiya Zahira memang rapat dengannya. Kalau dengan Salima tak macam tu. Mungkin Salima sedikit tegas dan tak melayan sangat. Dia pula ikut apa saja yang anak daranya hendak. Macam hari ini. sudah diajak untuk berkenalan dengan Zahin tetapi ditolaknya dengan rajuk. Katanya tak mahu kenal adik angkat ayah sendiri. Dia tidak suka berkongsi kasih dengan orang lain. Lelaki atau perempuan dia tak suka.
"Abang dah ajak dia. Sebelum exam nak kenalkan Ira dengan Ing. Kebetulan hari ini sambut birthday Ing kat café. Tapi dia tak nak. Merajuk pula. Katanya abang Ash dah ada kawan baru. Tentulah abang akan pinggirkan dia."
Zahin hanya mampu senyum. Dia keluarkan sampul surat.
"Kalau abang Ash tak kisah ini surat untuk Ira. Tanda penghargaan pada dia kerana izinkan Ing menumpang kasih abang Ash."
Tergelak besar lelaki itu dengan kata-kata Zahin.
Sungguh dia malu hendak menyampaikan rasa hati. Dia faham sangat dengan anak lelaki itu. Kasih sudah terbahagi dua dan pastinya dia digelar perampas. Sebab itulah dia mahu gadis itu membaca sendiri surat darinya.
"Ira tu kalau kena caranya mudah saja nak pujuk. Abang Ash bawa balik ayam KFC sejuklah dia nanti. Tak pun abang Ash bawa pergi shopping. Sukalah hati dia. Tapi jangan bawa ke zoo atau hutan. Mendapatlah abang Ash nanti."
Zahin senyum.
Bahu dia tiba-tiba ditepuk orang. Toleh ke sebelah kiri dan kenangan bersama abang Ash berterabur hilang di udara. Tok We angkat kening.
"Dari pukul empat tadi tak tidur-tidur lagi. Dia merajuk teruk dengan kau. Baik kau pujuk cepat. Kalau dia tiba-tiba lari kau yang susah hati." Bisikan Tok We buat bibir Zahin terherot sengih kambing.
"Pujuk dia cepat. Sahak pun dah sampai. Bawakan sarapan pagi. Ajak dia turun makan kat pangkin," pesan Tok We kemudian berlalu pergi. Zahin pandang ke arah Atiya. Genggam tangan kuat-kuat. Mengumpul keyakinan agar gadis itu tidak menolaknya.
****
Aku tolak kuat tangan yang membelit pinggang aku dari belakang. Cara dia buat aku nak marah. Bila tak berjaya aku biarkan dengan hati bengkak. Aku dah tahu dia sudah lama kat luar bilik. Tetapi aku sengaja keraskan diri suruh dia masuk pujuk aku. Aku sedari tadi kat dalam tunggu dia macam dah nak mereng otak aku tetapi dia tetap tak masuk. Bila hari dah cerah baru dia nak tunjuk diri.
"Maafkan abang." Dia peluk kuat.
Memang aku nak merajuk.
Pusingkan badan dan tunjuk muka tak puas hati. Dia tatap mata aku dalam-dalam. Bila bibirnya hendak sentuh dahi terus aku tunduk dan bibirnya mendarat di atas kepala. Dia tergamam dan aku tolak dia kuat.
YOU ARE READING
THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed)
Mystery / ThrillerBLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana segala fakta diputar belit dia larikan diri daripada mereka yang seteru dengannya. Lalu dia benar-be...