Aku tahu muka aku mendung macam hari nak hujan. Malah masam mencuka sepanjang jalan. Aku tak hirau dia nak cakap apa pun. Hati aku tengah sakit. Sanggup dia tinggalkan aku lama-lama dalam kereta semata-mata duduk bercakap dengan abah. Lelaki itu bukannya suka aku pun. Kenapa dia pula lebih-lebih nak berbual.
Dia cuba buat aku senyum tapi aku tunjuk perangai buruk aku. Dah dia nak kahwin dengan aku. Dia janji nak hidup dengan aku. Jadi dia kena hadap perangai aku.
Sebaik kereta sampai di laman rumah sewa Raudah aku menonong keluar tak pandang dia. Tambah lagi hari sudah gelap malam. Aku tak tunggu dia. Saat melangkah kasar hendak masuk ke dalam rumah dia tarik lengan aku.
"Kenapa? Dari rumah abah lagi kau senyap je?" soalan lelaki itu aku tak jawab. Renggut kasar pegangan tangannya lalu masuk ke dalam. Terkejut besar pula sebaik melihat batang tubuh di atas sofa. Ada Tok We dan Sahak sedang berbual dengan Raudah.
Raudah sambut aku di muka pintu dengan gembira. Peluk aku erat bagaikan tak mahu lepaskan sampai ke tua.
"Tahniah, Tiya. Tak sangka kan. Balik rumah family kau sebab benda lain. Eh, tetiba je dah kahwin. Nampaknya Lipis dengan kau tak dapat dipisahkan dan kita pun tak akan jauh lagi."
Aku kejung dengan pelukan Raudah. Dia sudah leraikan. Mukanya memang manis sungguh. Aku tahu tentu Zahin yang sudah ceritakan pada mereka yang ada dalam rumah ini. Aku tidak membalas kata-kata Raudah. Sebaliknya tunjuk muka kelat lalu melangkah masuk ke dalam bilik.
***
"Macam tu lah, abang Ing. Kena banyak sabar tau. Tiya tu kalau datang angin kus-kus dia hai makan hatilah abang nanti."
Zahin di muka pintu hanya beri sengih sahaja.
Sahak pula tunjuk muka ketat. Terus dia mendekat dan bagi penumbuk di muka Zahin. Terkejut Tok We dengan tindakan lelaki itu. Zahin paut muka sendiri. Gerakkan geraham yang sakit akibat tumbukan Sahak.
Muka serius Sahak tiba-tiba berubah. Tidak jadi Tok We hendak masuk campur.
"Aku akui. Kau hebat." Terus Sahak peluk erat dan tepuk belakang Zahin dua tiga kali.
"Kau kena percaya. Sekali aku guna air liur aku tangan tok kadi aku jabat."
Sahak percaya dan dia bawa lelaki itu ke sofa.
"Tapi aku sakit hati dengan kau. Sambut pengantin baru dengan cara kotor." Zahin tembak sedas.
Tersengih Sahak apabila sedar dia sudah terlepas laku. Zahin pandang tajam. Beri amaran akan balas balik. Jika Sahak berkahwin nanti dia juga akan buat begitu.
Habis beradu mulut terus Zahin mendapatkan Tok we dan bersalaman dengan orang tua itu.
"Allah, rilek ah Ing. Ini kita panggil trend zaman baru." Sahak tutup salah sendiri.
Raudah yang asalnya terkejut sudah rasa lega. Bimbang juga kiranya Zahin balas balik. Rosak pula muka buah hatinya. Kat mana nak baiki nanti. Dia bukan doktor bedah plastik.
"Jomlah. Minum dulu, abang Ing. Nanti Rau pergi panggil Tiya. Abang duduklah."
Raudah yang sememangnya sedang berdiri beri senyuman lalu melangkah ke bilik Atiya.
***
Bunyi ketukan di daun pintu tak aku hiraukan. Lagipun pintu Tltak berkunci dan aku tahu orang di luar tentu akan masuk juga. Jadi tak perlu aku nak bangun untuk bukakan pintu.
Akhirnya Raudah masuk juga.
"Kenapa dengan kau ni?" pertanyaan Raudah buat aku menangis tiba-tiba. Tangan yang sedang melipat kain baju untuk dimasukkan ke dalam beg pakaian dihentikan. Aku sapu air mata.
"Eh, kenapa emotional sangat ni."
Raudah sudah menghampiri dan gosok lengan aku.
"Tak sangka betul. Tup-tup kahwin. Malam tu bukan main lagi kau kalut nak balik. Ini kalau abang Hak tak cakap dengan aku memang aku tak tahu apa-apa."
Aku masih lagi menangis.
"Yang kau nak menangis bagai tu kenapa?"
Aku ketap bibir.
"Entahlah Rau. Aku tak tahu nak cakap apa. Benda yang berlaku ni sekelip mata saja. Asal tak suka dekat dia tapi sekarang dah jadi suami aku pula."
Terdengar gelak Raudah dan buat aku geram.
"Sebab tu orang cakap jangan terlampau benci nanti lama-lama jadi suka. Hah, kan dah kena batang hidung sendiri."
"Kau jangan nak pedas sangat."
Raudah gelak lagi.
"Abang Ing tu kan handsome. Padanlah dengan kau. Tak puas hati apa lagi."
"Aku ni rasa serba salah."
"Nak serba salah apa pulak. Dia awal-awal lagi suka dekat kau. Kau ambil peluang cintai dia setulus hati. Aku yakin abang Ing akan setia pada kau seorang saja."
"Bukan setia yang aku cari."
"Habis tu?"
"Aku nak yang bertanggungjawab. Kalau setia saja tak cukup. Mampu ke dia nak laksanakan amanah pada aku yang masih tak tahu nak rasa apa ni?"
"Kau tak suka dia?"
Aku diam. Pandang kain baju aku.
"Kau dah kahwin dengan dia. pandai-pandai kaulah Tiya. Aku Cuma boleh berharap kau dengan dia akan bahagia."
Aku tarik nafas panjang dan hembus dengan rasa takut.
"Aku takut, Rau. Aku takut dia akan pergi Rau. Dia muncul macam pelangi. Lepas tu dia akan pergi macam tu je."
"Aku tak akan jadi pelangi. Sesekali tak akan jadi pelangi. Tapi aku akan jadi langit untuk kau bernaung dengan riang. Biru yang kau lihat pada waktu siang akan bawa bahagia dalam hidup kau. Dan gelap yang buat kau tak nampak pada waktu malam akan aku hadiahkan purnama untuk kau berjalan dengan yakin bersama aku."
Kelip-kelip aku pandang dia. Tak percaya dia masuk ke dalam bilik aku dan berdiri depan aku seolah-olah kami sudah saling melengkapi. Pandangan matanya serius. Lagi aku tak sangka usai dia bermadah aku dengar ayat yang buat hati aku tak mampu menipu lagi.
"Pertama kali jumpa kau aku sudah tanam tekad. Kau gadis yang aku damba. Aku nak jadi langit kau tapi tak kesampaian. Bila kau hilang dalam hutan aku yakin jodoh kita kuat. Aku sayang kau. Kau tak nampak lagi?"
Usai berkata air mata aku jatuh buat kesekian kalinya. Tak hiraukan Raudah aku bangkit lalu peluk dia erat. Dia kejung dalam pelukan aku. Raudah pula menyusup keluar dengan muka merah.
YOU ARE READING
THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed)
Mystery / ThrillerBLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana segala fakta diputar belit dia larikan diri daripada mereka yang seteru dengannya. Lalu dia benar-be...