Dia menyedari sesuatu. Ketika hampir subuh dia dapat merasai pokok di belakang hingga di depannya bergoyang-goyang. Bunyi angin yang terhasil cukup meyakinkan dia. Makhluk kesayangannya itu tahu di mana Atiya berada. Tanpa berlengah dia ikut arah yang dilalui Honey.
Dengan hanya bersuluhkan cahaya lampu tangan yang malap dia berjaya menjejak Orang Utan itu. Dadanya berdebar kuat. Malah hampir pecah saat lampunya menyuluh seseorang di pangkuan Honey. Pantas kakinya merentas laju mengalahkan semak samun yang ada.
"Atiya!" dia menyebut nama gadis itu tetapi sayang tubuh gadis itu tidak bereaksi. Matanya beralih pula pada Honey.
"Macam mana kau tahu dia ada kat sini. Kau jauh dekat zoo sana kan. Macam mana kau....?"
Ah, Zahin tak mampu habiskan pertanyaannya kerana terdengar esak tangis Atiya. Lampu suluh di tangan dia gantung di leher lalu cempung gadis itu dan bawa ke kawasan lapang. Sandarkan gadis itu ke batang pokok yang merimbun biar duduknya selesa.
"Aaa... aiiirr."
Suara gadis itu melirih lemah. Pantas Zahin tarik air mineral dari poket beg sandangnya. Disuakan ke mulut Atiya.
Seteguk. Dua teguk dan bila sampai teguk yang ketiga gadis itu terkulai layu sekali lagi.
"Honey, kau rasa apa yang patut aku buat. Nak keluar dari sini makan masa. Kalau aku kendong dia agak-agak jam berapa baru sampai."
Honey kelipkan matanya. Zahin sudah faham.
"Baik. Aku tunggu siang."
Lampu suluh di leher dimatikan. Tidak mahu cahaya itu mengganggu haiwan lain. Lagipun keselamatan semua perlu di jaga. Beg sandang di belakang dia baringkan ke atas tanah. Hari sudah hampir cerah dan dia tidak mahu terlelap walau seketika. Dia mahu berjaga-jaga.
Honey tiba-tiba mara ke arah Atiya. Hempas punggung sebelah gadis itu. Sekali lagi Zahin mendengar esak tangis Atiya. Kalaulah hari sudah cerah mahu saja dia duduk depan gadis itu dan merenung wajah itu agar segala beban Atiya hilang di bawa angin pagi. Namun hari masih gelap dan dia tidak mahu melakukan apa-apa yang tidak berfaedah. Lagipun kepala masih berfikir. Di mana lelaki yang dikatakan menculik gadis itu. Kenapa mereka tinggalkan gadis itu sendirian. Atau barangkali Atiya berjaya lolos.
Dalam samar-samar cahaya subuh dia lihat kepala gadis itu mula melentok ke dada Honey. Zahin herot senyum. Gadis itu takutkan haiwan tetapi diakhirnya haiwan itulah yang ada di sebelah. Menjadi penyelamat.
*****
Perlahan-lahan aku angkat kelopak mata apabila terasa mata aku di panah cahaya yang cukup terang. Leher yang lenguh buat aku tegakkan badan. Mata aku pejamkan kembali dan pusingkan kepala ke kiri dan ke kanan. Biar lenguhnya hilang. Tubuh tiada kudrat tetapi aku rasa sedikit lega. Aku tak tahu kenapa. Terasa seperti aku telah tidur di atas tilam yang cukup empuk.
Tangan aku angkat tinggi dan menggeliat bagaikan kucing yang baru bangun tidur. Kemudian aku jatuhkan kembali dan tiba-tiba aku rasa aku tersentuh sesuatu yang berbulu. Terus kelopak mata aku angkat laju. Kepala ditelengkan ke arah kanan. Sebaik sahaja melihat makhluk di sebelah terus aku menjerit lalu merangkak laju melarikan diri. Tak sangka terlanggar pula sesuatu di depan. Pantas aku melompat ke atas. Duduk sembunyikan diri.
Spontan tangan cepat-cepatl tarik kain yang membalut 'sesuatu itu'. Tanpa sedar aku sembamkan muka di situ. Aroma peluh yang bercampur dengan pewangi yang masuk ke dalam rongga hidung buat aku angkat muka. Melihat baju berwarna putih yang sudah bertompok dengan selut dan lumut terus aku pandang wajah yang tak lepas memandang aku.
Automatik aku melompat turun dan punggung jatuh ke atas tanah. Sakit pula yang aku dapat sebaik punggung tercucuk ranting kayu yang sudah mati. Dada berdebar teruk. Berdebar kerana takutkan makhluk yang ada di sebelah aku tadi bercampur dengan malu kerana sudah membuat kesalahan yang tak disengajakan.
YOU ARE READING
THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed)
Mystery / ThrillerBLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana segala fakta diputar belit dia larikan diri daripada mereka yang seteru dengannya. Lalu dia benar-be...