BAB 13

419 33 0
                                    

Zahin hentikan kereta apabila sudah berjumpa dengan orang yang perlu ditolongnya. Kalau bukan sebab Sahak yang memaksa memang dia tak mahu datang ke mari. Dia baru nak lelapkan mata alih-alih Sahak menghubunginya. Itupun sebab Raudah yang suruh. Ikutkan hati dia tak akan tolong misi kerek ini. Tetapi sebagai manusia yang masih ada hati dan perasaan dia akhirnya sampai juga ke sini.

Lihat gadis itu yang duduk memeluk lutut tidak jauh dari kereta dia agak gadis itu sedang menangis. Perlahan dia hampiri. Sengaja tidak mahu gadis itu sedar. Pantas sweater ditubuh dia tanggalkan dan balut tubuh gadis itu.

***

Aku tersentak. 

Pantas bangkit dan menjerit kuat. Namun sebaik melihat rupa di depan terus tindakan aku mati dan palingkan muka tak mahu lihat. Sweater di belakang aku tarik kuat.

"Siapa suruh kau datang?" soal aku dengan suara kuat tanpa pandang dia.

"Siapa lagi. Kawan kau lah." Terus aku pandang kereta lelaki itu. Raudah tak ada pun. Baru teringat. Dia sedang bertugas. Kenapalah Raudah minta tolong lelaki ni. Kot ya pun nak suruh orang janganlah libatkan lelaki berjambang ini. Dari rasa takut dah bertukar jadi nak marah pula.

"Apa benda yang ada dalam kereta kau sampai kau rela duduk kat luar ni?" Lelaki itu bertanya sambil mengarah ke arah kereta Myvi silver yang di parkir di birai jalan. Lelaki itu gelangkan kepala. Sekejap dia toleh ke arah aku. Sekejap dia pandang ke dalam kereta pula. Entah apa yang lucu aku tak tahu.

"Mujur otak kau cerdik. Pasang lampu kecemasan. Cuma part yang tak cerdiknya kau tu penakut."

Mulut dia memang nak kena tampar dengan aku agaknya.

"Hah, apa benda yang masuk dalam kereta kau?" soalnya sedikit kuat.

"Kalau aku tahu tak adanya aku nak hentikan kereta kat sini," hambur aku geram namun tubuh tetap tidak bergerak. Aku perhatikan saja lelaki itu menyuluh lampu ke tempat pemandu. Mengendap ke dalam. Sedang mencari benda yang aku cakap tadi. Kemudian dia suluh pula ke belakang. Mengendap lagi.

"Tak ada apa pun," ujar lelaki itu yang masih mengendap ke dalam.

Aku hairan.

Biar betul. Aku betul-betul nampak ada benda yang terbang masuk ke dalam. Laju pula tu. Kerana lajulah aku tak nampak benda apa yang dah masuk. Kalau ianya binatang aku seram betul. Memang tak dapatlah aku  nak pandu kereta kejap lagi.

"Tak ada apa pun." Dia sudah tegak ke arah aku dan suluh lampu tangan ke muka aku. Terus aku tutup dengan tangan. Silau.

"Kau jangan nak tipulah." aku melangkah perlahan. Acah-acah berani lalu dekati bonet kereta. Dia depakan tangan tanda tidak ada apa pun di dalam. Kerana keadaan sedikit cerah dengan suluhan lampu di tangannya lalu aku percaya dengan cakap dia. Mula menghampiri pintu pemandu. Nampak macam dah berani kan tetapi aku masih seriau. Dia di sebelah menyuluh lampu ke dalam perut kereta sekali lagi.

Aku mengendap. Dia tiba-tiba bongkokkan badan.

"Atau sebenarnya kau rindu aku. Buat-buat ada masalah. Call kawan kau suruh aku datang."

Terus muka aku membahang merah. Bukan aku malu tapi aku geram. Dia ni memang nak makan pelangkung aku agaknya. Pantas sweater di tangan aku baling laju. Cepat pula dia bertindak. Sambar sebelum jatuh ke bawah.

"Maaf ya. Tak ada maknanya nak minta tolong kau. Lagi menakutkan aku adalah. Muka dah macam Orang Utan."

Aku kutuk dia. Langsung tak menduga dia akan renung mata aku dalam-dalam. Kecut perut melihat renungan dia terus aku larikan mata. Kelakuan dia buat hati aku berdenyut tak ikut irama. Apa dah jadi aku tak tahu. Rasa takut bercampur dengan rasa malu sehingga aku sendiri sudah tidak faham dengan diri aku.

THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed) Where stories live. Discover now