BAB 26

372 28 0
                                    

Aku kesal.

Kenapa semua ini terjadi saat aku mahu bebaskan diri dari belenggu masalah yang membelit aku. Tetapi sekarang aku terbelit pula dengan masalah lain. Malah masalah ini boleh menerbangkan nyawa aku bila-bila masa sahaja.

Aku peluk lutut kuat-kuat. Air mata pula tak henti-henti menjunam keluar. Dalam keadaan gelap inilah aku terbayangkan wajah semua orang yang aku sayang. Wajah ibu yang tentu risau kalau tahu aku hilang. Wajah Kak Raihah yang tak lekang dengan senyuman dan wajah itu tentu akan keruh apabila mendapat tahu aku berada di tempat yang tak sepatutnya. Kak Sarah pula tentu tak akan ceria lagi.

Bersalahnya aku kerana kejadian ini akan membuat semua orang dalam keadaan tidak tenang. Tapi abah?

Adakah dia akan gembira. Bukankah dia tak suka aku. Tentu dia ternanti-nanti saat aku terkubur tanpa nisan. Tetapi tergamakkah abah melihat anak saudaranya tersakiti. Aku darah dagingnya. Takkan dia sanggup lihat aku begini.

Soalan aku tak terjawab apabila kedengaran suara salah seorang lelaki mengherdik aku.

"Kau diam. Jangan nak menangis." Kuat suara lelaki itu menjerkah aku. Aku tak nampak wajah kedua-duanya kerana keadaan yang cukup gelap. Aku tak tahu kat mana aku sekarang. Cuma yang pastinya ini hutan. Aku pasti kerana bunyi unggas dan juga haiwan saling bersahutan. Aku seriau. Takut sehingga hanya mampu menangis dan menangis.

"Kau senyap!" jerkah yang seorang lagi.

"Kau nak suruh aku gelak ke apa. Kau dah culik aku lepas tu kau suruh aku bangga dengan kau ke apa. Kau memang jahat," tempik aku kuat bersama tangisan dan tak semena-mena sebuah tamparan hinggap di pipi. Aku rasa dunia aku berputar macam gasing. Sama dengan putaran bumi yang menghasilkan siang dan malam. Itulah yang aku rasa sekarang.

Berpinar-pinar mata aku melihat kedua-dua lelaki itu mengendap ke kiri dan ke kanan. Samar sahaja. Bulu roma tiba-tiba tegak berdiri setelah ada bunyi yang menakutkan tiba-tiba muncul. Bunyi apa aku tak tahu. Kalau tadi bunyi cengkerik aku tak kisah sangat. Tetapi bunyi tadi seperti pontianak mengilai dan aku gerun.

Aku bangkit mahu mencari tempat untuk bersembunyi. Namun tangan aku ditangkap lelaki tadi.

"Kau nak ke mana?" soal lelaki itu.

"Aku nak balik."

Tangisan aku masih tak surut.

"Kau nampak jalan?" soalnya dan aku memang tak nampak. Tempat kami sekarang ini pun hanya disimbahi cahaya lampu telefon dia.

Tiba-tiba aku teringat akan beg sandang aku. Gagau di belakang. Tidak ada. Hati sudah risau. Macam mana kalau terjatuh kat mana-mana. Entah-entah lelaki itu yang dah ambil beg aku. Lagipun semua yang penting ada dalam tu.

"Mana beg aku?" soal aku kasar dan rentap tangan lelaki yang cengkam lengan aku namun aku tak berjaya. Tenaga lelaki itu cukup kuat.

Tak semena-mena terasa kepala aku dihempap sesuatu. Sakit dan aku tersentak. Aku rasa itu beg aku. Nampak samar-samar lelaki seorang lagi mula berjalan ke depan. Dalam keadaan malap aku tunduk dengan pergerakan terbatas. Hendak capai beg aku. Gagau dan aku rasa aku dah tersentuh sesuatu yang tak sepatutnya.

"Arghhh!!!"

Kuat aku menjerit bersama air mata yang kembali menjunam ke bawah. Serentak itu binatang itu berdesup lari. Nafas bergerak cepat. Terasa hendak mati apabila tersentuh sesuatu yang amat menggelikan. Aku dan sentuh apa.

Sekali lagi aku menjerit dan tiba-tiba mulut aku ditekup kuat.

"Sekali lagi kau menjerit aku tak teragak-agak bunuh kau." Amaran lelaki itu buat aku meraung pula. Namun suara tak keluar kerana mulut aku ditekup.

"Weh, kau. Jangan. Kau jangan nak buat onar. Kita cuma kena culik dia. Bukan bunuh. Kalau dia mati kita pun akan mati."

Tangisan aku terus terhenti. Kebenaran apa yang aku dengar ini. Pantas aku rentap tangan lelaki yang tengah tekup mulut aku. Tak sangka tangannya terlerai.

"Siapa yang suruh culik aku?" soal aku dengan rasa sakit hati. Pandang kedua-dua orang lelaki itu. Walaupun hanya nampak samar-samar aku tahu mereka langsung tak boleh dipercayai.

"Dah, jangan layan. Sebelum subuh kita bergerak. Tinggalkan dia kat sini."

Hah, tinggalkan aku kat sini?

Kecut perut aku mendengar perbualan mereka. Makin kecut apabila tahu mereka nak tinggalkan aku seorang diri. Tangan menggigil kuat dan kepala sudah tidak mampu berfikir secara rasioanal.

"Siapa yang suruh tinggalkan aku kat sini. Tolong jangan buat aku macam ni. Apa salah aku sampai aku kena buang kat sini. " Aku dah tak tahu nak buat macam mana. Kepala aku langsung tak berfungsi sekarang. Aku hanya tahu nak larikan diri. Tetapi aku tak mampu kerana kedua-duanya pantas bertindak.

"Nampaknya fajar dah terbit. Jomlah."

"Eh, kau orang nak pergi mana?" jerit aku pada kedua-dua lelaki terbabit yang sudah bergerak. Terdengar derap langkah mereka memijak ranting kayu. Malah terdengar pokok-pokok renek dipatahkan.

"Jangan tinggalkan aku. Kalau kau nak culik aku sekalipun kau bawalah aku kat tempat terang," jerit aku kuat. Namun suara mereka tidak menyahut. Yang terdengar hanyalah bunyi haiwan di dalam hutan. Saling bersahutan dan tubuh aku menggigil tiada henti.

Tidak ada cahaya. Bulan pun tidak kelihatan untuk membantu aku. Aku buntu. Hanya mampu menangis dan menangis. Aku takut. Malah ketakutan ini bukan biasa-biasa. Aku rasa haiwan di dalam hutan ini sedang ke mari hendak menjamu aku.

Aku menangis dan menangis lagi. Kaki tak mampu bergerak kerana aku tak tahu mana satu arah yang perlu aku ikut. Tuhan tolonglah. Aku tak nak terkubur tanpa nisan.

Aku sudah tidak mampu untuk duduk di bawah. Hendak berdiri pun aku tak tahu. Terasa makhluk di atas tanah akan menggigit aku. Makhluk di atas pula tentu sedang menanti untuk menyambar aku. Mata naik pandang pokok-pokok tinggi. Terasa ada harimau bintang yang sedang memerhati aku. Kemudian aku dengar bunyi burung pula. Cukup kuat dan terus aku terbayang garuda. Pasti aku akan disambar. Aku mengundur. Tersentuh pokok kayu lalu aku menjerit kuat. Aku rasa aku akan mati kat sini. Esok pagi orang akan jumpa aku tanpa nyawa. Itupun kalau orang jumpa. Entah-entah aku akan mereput kat sini.

Aku pejamkan mata. Gelap. Aku buka mata. Juga gelap. Suara pula sudah tidak ada untuk menangis. Tubuh aku berpeluh tak berhenti. Aku rasa penat hingga aku rasa aku hanya nak berbaring. Kepala berpusing. Aku sudah tidak tentu arah. Tubuh makin lama makin penat. Macam mana sekalipun aku kena kuatkan diri. Aku perlu hidup untuk diri aku sendiri.

"Tolong!!! Tolonggg!!!" jerit aku dengan suara yang cukup letih.

Mencari-cari pertolongan di dalam suasana gelap. Tidak akan ada bantuan kerana aku bukan di bandar. Bukan juga bersama Raudah. Aku rasa inilah penamat hidup aku.

Tuhan, andai ini takdir yang kau tulis kau ampunkanlah dosa aku. Doa aku dan serentak itu tubuh aku melurut jatuh namun tak terhempas ke bawah. Terasa ada tangan panjang yang menahan aku dari terhempas kuat.

Aku tak sedar.

THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed) Where stories live. Discover now