BAB 40

465 34 7
                                    

Aku rasa ada benda di depan aku. Kulit tangan terasa disentuh oleh sesuatu yang berbulu. Mata yang terpejam tak yakin untuk dibuka. Rasa ini sama seperti ketika aku diterjah Orang Utan di dalam zoo dulu.

"Tok We!!!" aku panggil kuat. Menggeletar tubuh menahan rasa.

"Ada apa?" Terdengar suara orang tua itu di dalam rumah. Bermakna Tok We tinggalkan aku saat aku menangis tadi. Dia mahu aku tenang sendiri. Tetapi masalahnya aku rasa tak tenang sekarang. Aku yakin ada sesuatu di depan aku.

Kali ini pipi aku pula yang di usap. Bukan. Pipi aku dicium. Lantas aku buka mata dan terbuntang luas mata aku melihat Orang Utan tersengih di depan aku.

"Arggghhh!!!"

Aku menjerit kuat dan berlari laju bersama air mata yang kembali lebat. Tak sangka pula aku rempuh seseorang. Terus aku peluk erat dengan tangan menggigil ketakutan. Pelukan aku pula dibalas mesra.

"Honey. Jangan."

Sebaik terdengar suara itu aku dongakkan kepala. Melihat wajah Zahin air mata aku bercucuran semula.

"Jangan menangis. Itu Honey."

Dia sapu air mata yang membasahi wajah aku.

Terdengar pula suara makhluk itu. Dekat. Sangat dekat hingga aku rasa nak pitam. Nasib baik Zahin eratkan pelukan jika tidak aku akan melurut ke bawah.

"Uh... uh...."

Honey mendekat dan tiba-tiba ia mencium pipi Zahin. Buntang aku dengan perbuatan makhluk itu. Zahin pula senyum panjang sambil matanya tak lepas pandang aku.

"Honey. Kau pergi kat sana. Tunggu aku datang," arah Zahin dan telunjuknya tegak pada pangkin yang diperbuat daripada buluh. Pangkin itu ada di bawah pokok rambutan.

"Uh... uh.... Uh...." Sekali lagi Honey berbunyi. Malah sekali lagi dia beri ciuman di pipi Zahin. Aku pantas sembamkan muka di dada lelaki itu kerana terlalu takut. Takut ia mencium aku pula. Ketatkan pula pelukan bila tangan Honey naik menyentuh kepala aku. Aku sekali lagi menjerit kuat memanggil lelaki itu.

"Abanggg!!!"

Aku ketakutan dan kedengaranlah tawa Zahin. Entah apa yang lucu aku tak tahu.

"Honey tak makan orang. Dia makan buah. Paling dia suka kalau dapat makan madu," cerita Zahin dan aku toleh ke arah kiri. Nampak Orang Utan itu sudah duduk di atas pangkin besar. Bila rasa ia tak akan datang dekat aku leraikan pelukan. Tetapi sepantas kilat Zahin tarik aku rapat semula.

"Panggil abang. Rasa macam tak cukup."

Kelip-kelip aku pandang dia. Aku sedar aku dah tersasul tadi. Kalau nak panggil lagi sekali memang aku malu.

"Lepaslah." Aku merengek. Malu sebenarnya.

"Honey yang duduk jauh kat zoo tu pun sambut abang balik dengan ciuman. Takkan sayang nak tengok je."

Menyebu merah muka aku dengan usikan dia.

"Lepaslah." Aku meronta-ronta. Dia paut pinggang aku kemas.

"Cium dulu. Macam Honey tadi."

"Noooo." Aku panjangkan nada. Dia ketawa.

"Kalu macam tu biar abang yang buat."

Terus dia cuppkan pipi aku dan mata aku terus buntang melihat dia yang sudah tersenyum panjang.

"Abang sayang sayang," ucapnya sambil pandang aku redup.

Dan... urat saraf aku terasa keras. Entah darah mengalir elok atau tidak dengan apa yang dia dah buat. Jantung pula melompat sana-sini bagaikan hendak menyertai Honey di pangkin. Aku malu tapi apa yang dia buat menyebabkan hati aku berbunga lebat. Malah aku terbang tinggi bersama burung-burung melihat keindahan bunga-bunga yang mekar mewangi di taman hati.

THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang