BAB 17

365 27 0
                                    

'Kau ingat kau siapa perempuan?'

Kau adalah satu-satunya gadis yang aku rasa nak dekati setelah sekian lama aku tutup pintu hati aku untuk mana-mana perempuan.

Bukan tak ada yang luahkan rasa tetapi dia yang tidak mahu buka pintu hatinya. Niat hatinya tadi sebaik sampai dari UMT hendak beli air kopi dekat satu-satunya café estetik yang masuk dengan tekaknya. Alih-alih kata-kata gadis itu buat dia patah hati.

Dia sengaja mahu mencuba. Dia tidak mengharapkan gadis itu menerima. Paling kurang pun diam sahaja. Tetapi bila penampilan diri yang diungkit dihina dia rasa dia tak perlu nak terhegeh-hegeh lagi. Lalu dia pandu pacuan empat rodanya kembali ke zoo.

Keluar dari perut jeep dia dekati Honey yang masih dalam pemerhatian. Nampak Sahak sedang membantu Honey berjalan menuju ke sarangnya.

"Dah sampai. Mana kopi?" soal Sahak. Biasanya Zahin akan belikan dia kopi sebagai buah tangan. Tetapi hari ini kosong pula tangannya.

"Kopi tak menjadi tahun ni."

Bila Zahin balas begitu tahulah dia ada sesuatu yang buat suara lelaki itu mendatar.

"Baru nak pikat burung alih-alih dah terlepas. Nampak gayanya aku kena sambung Phd dalam jurusan Zoology pulak. Ilmu tentang haiwan tak cukup sebab tu burung yang aku nak pikat tu terbang lari."

Terbahak-bahak ketawa Sahak pecah keluar. Sama naik pula dengan bunyi haiwan dekat dalam zoo yang saling bersahutan.

"Aduh, bang Ing! Kok bisa direject."

Zahin jungkit bahu. Hempas punggung atas tunggul kayu mati. Sahak ikut serta. Honey pula duduk di atas tanah di depannya.

"Aku jumpa misi Atiya tadi." Akhirnya Zahin berterus-terang.

"Aku dah agak."

"Awal-awal lagi dia reject aku."

Sahak geleng kepala.

"Padanlah dengan kau. Siapa suruh jadi Orang Utan. Mentang-mentang kau kawan baik dengan Honey takkanlah kau nak tukar diri jadi macam Honey juga."

Zahin tunduk. Daun kayu yang gugur dia capai lalu carik-carikkan.

"Sebab tu aku malas nak fikir pasal perempuan. Dahlah." Dia bangkit.

"Nak ke mana?"

"Aku nak masuk pejabat sekejap. Nak setelkan kerja. Lusa pak we Honey dah nak sampai. Jadi kena buat persiapan sebaiknya. Kau jaga Honey elok-elok."

Sahak angguk.

"Luka dia dah sembuh cuma tak boleh nak aktif sangat."

"Tak apa. Pastikan dia dalam keadaan sihat. Lepas pakwe dia datang sini aku kena balik UMT seminggu. Nak habiskan kelas budak-budak. Dua minggu lagi dia orang nak exam. Jadi kena turunkan banyak ilmu. Kasihan sebab kelas aku banyak tertunda."

"Maaf. Yang tu aku tak boleh nak menolong. Mengajar bukan kemahiran aku."

Zahin senyum. Dia hampiri Honey. Orang utan itu terus bangkit dan peluk Zahin apabila lelaki itu mendekatinya. Matanya berair.

"Eh, kau jangan nak emo sangat. Masa tak ada pakwe kau tak adanya nak emo macam ni. Bila pakwe kau dah nak sampai kau nak menangis bagai apahal?" bebel Zahin macam mak nenek.

Honey tiba-tiba memeluk Zahin erat. Tersentuh hati Zahin dengan perlakuan haiwan itu.

"Kau jaga diri elok-elok. Lepas tu kau bercinta baik-baik. Jangan nak mengada-nagada. Nanti bila kau dah ada anak aku gerenti kau tak akan peluk aku lagi."

Sahak geleng kepala mendengar patah-patah kata yang terbit dari mulut Zahin.

"Kau pun jangan nak sedih sangat. Burung bukan seekor. Lebih-lebih lagi kalau kau dah berubah. Tentu banyak burung yang muncul. Paling penting burung secretary pun datang menyondol kau nanti."

Tergelak Zahin dengar lawak Sahak.

Dia lepaskan Honey dan usap kepala Orang Utan itu lama. Rasa bersalah pula hendak tinggalkan Honey dalam tempoh seminggu. Tetapi apakan daya. Kerjanya menuntut seribu pengorbanan. Hingga perempuan pun tak sudi masuk dekat.

Tak apa janji kepala dia ringan tanpa masalah perempuan.

***

Janji tinggal janji.

Kata tak nak beratkan kepala dengan masalah perempuan. Alih-alih kerjanya tak jalan. Kepala asyik duk fikir tentang cik misi yang dah menolak dia dengan hinaan.

Dia bangkit menuju ke bilik air. Lihat pantulan diri di hadapan cermin.

Mana-mana perempuan akan takut apabila terserempak dengan dia. Bukan saja cik misi itu bahkan pelajarnya juga takutkan dia. Tetapi takut mereka sekadar gurauan. Terngiang-ngiang suara pelajar perempuan kelasnya menyuruh dia membuang segala rambut halus yang panjang di mukanya.

"Mister Z. Ubahlah penampilan. Tentu mister kacak gila."

Dia hanya mampu sengih. Panggilan mister diberikan oleh para pelajarnya kerana dia yang nampak macam orang asing. Memang sesuailah dengan dia.

"Mister, tak salah nak berjambang tapi trimlah elok-elok baru saya jatuh hati dengan mister."

Tergeleng-geleng kepala dia saat disuruh begitu.

"Belum masanya."

"Nak tunggu sampai bila mister. Kalau mister ubah kami tak agak-agak akan ubah panggilan. Kami akan panggil Sir Zahin." Lagi seorang bersuara.

"Bila saya dah jumpa orang yang berjaya buat saya nak buang semua ni."

Bergema kelas dengan sorakan para pelajarnya. Masing-masing dah macam haiwan di dalam hutan. Saling bersahutan.

"Tahulah kamu belajar Zoologi. Tapi berpada-padalah. Dah puas saya dengar macam-macam bunyi kat dalam zoo. Takkan sampai ke sini nak dengar suara kamu pula."

Masing-masing ketawa gembira dengan lawaknya.

Akhirnya dia akur.

Sentuh mukanya dan usap segala rambut yang tumbuh di muka. Dah macam Tom Hanks dalam filem Cast Away pula rupanya. Walau jauh bezanya dia tetap tergelak.

Nampak gaya memang kena cukur semua. Barulah orang tak menjauh. Dia pun tak serabut.

THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed) Where stories live. Discover now