Aku buka tingkap luas-luas. Mahu angin luar menerpa masuk ke dalam kereta saat aku memandu. Aku tak mahu hidupkan penghawa dingin. Kalau aku berkurung begini air mata aku akan makin banyak yang gugur. Aku mahu angin luar bawa duka aku pergi. Tak mahu ingat apa-apa pun pasal tuan punya banglo dan anak beranaknya. Jika aku ingat aku tak mampu nak terus bekerja esok hari.
Hari semakin gelap. Melalui pula jalan Bentong dan hampir pula dengan Krau Wildlife Reserve hati aku yang sedih tadi mula tak tenang. Aku takut betul. Tambah-tambah lagi kereta yang lalu lalang hanya sebuah dua sahaja.
Tutup tingkat dan aku tekan minyak. Dari 80 km sejam dan naik jadi 120 km sejam. Bab memandu aku tak kisah tapi bab tak ada orang ini yang aku seriau sangat. Terpaksa aku perlahankan pemanduan kerana jalan yang bengkang-bengkok. Bila tiba di jalan yang lurus aku pecut laju.
Sedar tak sedar ada setengah jam lagi untuk aku sampai ke rumah sewa. Lalu aku perlahankan kereta. Turunkan cermin sekali lagi. Waktu malam begini tak elok sebenarnya buka tingkap tapi itulah aku. Aku nak angin malam yang segar masuk ke dalam sebab aku dah selalu sangat dengan penghawa dingin sampai tubuh pun rasa kering-kontang. Tengah asyik memandu aku terkejut besar. Entah lembaga apa yang terbang masuk ke dalam kereta. Serta merta aku brek mengejut. Aku tak tunggu lama terus keluar.
Ya Allah, apa benda pula yang masuk dalam kereta.
Aku menjauh. Tarik keluar telefon dan hubungi Raudah.
"Aku tengah on call ni, Tiya."
Itu jawab dia dan rasa lutut aku nak tercabut. Sebuah kereta pun tak lalu. Apatah lagi sekarang sudah hampir dua belas tengah malam.
"Rau... aku takut ni, Rau." Mata aku sudah menggugurkan mutiara jernih.
"Kau tunggu kejap. Aku minta tolong kawan," suruh Raudah. Aku pandang keliling. Kawasan ini memang tidak ada rumah kampung.
Ya Allah, ujian apa pula yang Kau nak bagi dekat aku. Aku dah tak tahu nak buat apa. Sekejap yang Raudah janjikan sudah bagaikan setahun menunggu.
Menggigil tubuh aku. Lantas aku duduk di birai jalan dan peluk lutut. Muka aku sembamkan ke lutut dan menangis bagaikan anak kecil.
Aku berharap ada yang sudi berhenti untuk menolong aku.
YOU ARE READING
THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed)
Mystery / ThrillerBLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana segala fakta diputar belit dia larikan diri daripada mereka yang seteru dengannya. Lalu dia benar-be...