Kelopak mata perlahan-lahan aku buka. Melihat suasana yang sudah sebati dengan aku tekak aku mula terasa kering. Kelipkan mata dan pandang pintu bilik. Ternampak Raudah yang baru masuk dengan membimbit plastik berisi makanan.
"Tiya. Kau dah sedar." Pantas dia berlari dapatkan aku. Dia peluk aku kuat bersama hamburan air mata.
"Syukurlah kau dah sedar."
Dia lepaskan aku lalu letak plastik ke atas meja. Dia pandang bibir aku yang bergerak. Aku dahaga. Pantas tangannya menarik gelas putih dan tuangkan minuman. Dia tak lelah menolong suakan gelas ke mulut. Aku teguk perlahan. Tubuh terasa begitu lemah hingga aku rasa pandangan aku berbalam. Dada aku rasa ketat tiba-tiba. Rasa sebak dan aku rasa aku nak menangis. Tetapi air mata tak mahu keluar.
Kenapa dengan aku ni. Aku rasa kehilangan. Aku rasa ada sesuatu yang kurang kat sini. Aku pandang keliling.
"Kenapa Tiya. Kau cari apa?" soal Raudah dalam keadaan risau. Mukanya nampak was was dengan aku. Mungkin dia fikir aku tak waras. Apatah lagi kolam mata aku memenuh dengan air jernih.
"Kau cari siapa?"
"Dah lama ke aku kat sini?"
Raudah mengangguk.
"Dah hampir sehari. Sekarang dah malam."
Apabila dia sebut malam dada aku terus bergelora. Terbayang insiden demi insiden yang akhirnya membawa aku ke sini. Perasaan kesal memenuhi ruang dada aku. Aku telah menzalimi diri aku. Malah aku heret sekali lelaki yang cuba berkawan dengan aku.
Dalam keadaan sebak aku lihat pintu bilik ditolak dari luar. Muncul Sahak dengan wajah yang tenang. Sebaik terlihat dia hati aku jadi makin tak tenang. Aku dah jumpa apa yang kurang di sini.
"Macam mana dengan Zahin?" tanya aku tak sabar.
Mukanya nampak terkejut. Mungkin dia tidak menyangka aku akan bertanyakan tentang sahabat dia. Raudah juga terkejut. Bila mereka tidak menjawab aku jatuhkan kaki dan dalam keadaan lemah aku heret dua-dua belah kaki aku untuk mendapatkan lelaki itu.
"Kau nak pergi mana? Kau tak sihat lagi."
"Aku nak jumpa Zahin," beritahu aku lemah.
"Sabar Tiya. Sabar." Raudah dekati aku dan peluk aku kuat. Tidak membenarkan aku bergerak keluar.
"Aku banyak buat salah dekat dia. Aku nak jumpa dia. Aku nak minta maaf. Hati aku tak tenang kalau aku tak jumpa dia," luah aku kebimbangan.
"Dia dalam pemantauan. Sesiapapun tak boleh melawat dia."
Aku tersentak.
Leraikan pelukan Raudah dan pusingkan tubuh menghadap Sahak. Lelaki itu nampak tenang. Kenapa dia tak kalut macam aku. Aku resah. Makin resah bila dia cakap tak ada sesiapapun boleh jumpa Zahin.
Kalau dah Sahak cakap begitu bermakna aku pun sama. Aku tak boleh melawat dia. Apakah dia benar-benar dalam keadaan kritikal. Pantas saja kolam yang memenuh tadi sudah pecah bentengnya. Terus melimpah keluar bagaikan tiada hari esok. Nampaknya segala kata-kata Zahin sudah termakbul. Bermula dari tebing sungai tadi jalan kami tak akan sehaluan lagi. Kami akan berjalan di atas jalan sendiri. Dan yang pastinya kami tidak akan berjumpa lagi.
Aku pula!
Dan... akulah yang akan berasa bersalah seumur hidup.
Di depan muka pintu wad aku terduduk dan peluk lutut kuat. Di situ aku hamburkan tangisan semahunya.
"Kau jangan tinggalkan aku. Tolonglah hidup. Tolonglah hidup untuk aku. Aku janji akan terima kau seikhlas hati aku. Aku janji." Aku hamburkan rasa tanpa pedulikan Raudah dan Sahak yang mendengar luahan aku. Aku tak hiraukan mereka. Janji hati aku rasa tenang dan aku takkan rasa bersalah seumur hidup aku.
YOU ARE READING
THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed)
Mystery / ThrillerBLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana segala fakta diputar belit dia larikan diri daripada mereka yang seteru dengannya. Lalu dia benar-be...