Macam manalah dia boleh buat tak tahu. Kerasnya kepala gadis itu buat dia makin mahu terus mendekati. Dia hendak sangat berdepan dengan gadis itu dan dia mahu tahu rahsia apakah yang gadis itu simpan hingga hatinya sekeras itu. Namun dia sedar diri. Kalau orang dah tak suka kenapa dia pula yang perlu terhegeh-hegeh.
Zahin gelengkan kepala. Memang gadis itu sungguh keras hati. Pantas saja buat hatinya kesal berubah.
Pandang tisu di tangan. Ikut hati memang dia tak mahu lagi ambil tahu fasal cik misi itu. Namun sebaik terpandang gadis itu yang menangis di bawah pokok dia rasa dia perlu menolong. Hatinya tersiat melihat kesedihan gadis itu. Nampak seperti sangat berat beban yang digalas. Tetapi dia tidak berani hendak mendekat. Apatah lagi gadis itu awal-awal lagi sudah menolaknya. Jadi dia sedar diri. Cukuplah sekadar pertolongan dari jauh.
Siapa sangka alih-alih gadis itu ke mari dan kembalikan tisu yang dia sudah beri. Hanya sekilas cuma gadis itu melihatnya. Dia hairan. Takkanlah gadis itu langsung tidak mengenali dia.
Pelik.
Menonong saja gadis itu pergi dan dia tidak mahu lagi mengharapkan pintu hati gadis itu terbuka. Tidak perlu dia mengejar gadis itu kerana masih ada yang lagi penting untuk dia kejar. Tinggalkan gerai yang menjual anak pokok buah-buahan dia bergerak ke satu gerai demi satu gerai. Apabila tiba di sebuah gerai dia terperanjat. Namun sedaya upaya dia sembunyikan riak wajahnya.
SuRaBeauty.
Dia pandang gadis di depan yang tidak berkelip melihatnya. Terus perutnya bergelora. Apatah lagi setelah melihat susuk tubuh di sebelah gadis itu. Mata tajam itu tak pernah berubah. Pastilah wajah itu akan sentiasa dia ingat hingga ke hujung hayat kerana ada hutang yang belum selesai.
"Zahin!"
Lelaki itu memanggilnya saat dia sudah melangkah untuk meninggalkan kedua-dua manusia itu.
"Abang Ing." Kali ini suara Suhaira pula yang kedengaran. Lagi luas dia menjangkah lagi cepat gadis itu mengejarnya. Kerana tidak mahu drama petang ini panjang dia pun hentikan langkah. Ketika itu orang semakin surut. Mungkin sebab zuhur sudah tiba jadi masing-masing bersurai untuk menunaikan kewajipan yang satu.
"Abang Ing" sapa Suhaira lembut namun telinga Zahin sesekali tidak akan tergoda lagi.
"Macam mana kau boleh cam aku?" soal dirinya ketika Suhaira tak lepas memandang. Tak berkelip gadis itu melihatnya. Bagaikan melihat sesuatu yang menguntungkan.
"Biar musim berganti musim mata abang Ing tak pernah berubah. Dari hari kita terserempak Su memang dah agak itu memang abang. Biarpun hari tu abang berjambang. Lagipun suara abang pun tak banyak berubah."
Zahin beri senyum sinis.
"Jadi hari itu kau kasar dengan aku kerana rupa aku. Takkan sebab aku dah berubah terus kau cair pula." Dia tak perlu berlapik kalau bercakap dengan Suhaira.
Suhaira diam.
Kalau dulu Zahinlah antara lelaki kampung yang kacak dan bergaya. Bila lelaki itu sudah meningkat dewasa dia lihat kacak itu tak berkurang langsung. Malah makin bertambah. Cukuplah kalau dia katakan dia langsung tak mahu alihkan pandangannya. Dia rasa dia jatuh cinta buat kali kedua. Dia mahukan Zahin kembali dalam hidupnya.
"Abang...." tak habis ayatnya apabila bapa tirinya tiba-tiba mencelah.
"Betullah kau masih hidup. Aku ingatkan kau dah mati."
Zahin beri senyum sinis lagi.
"Kalau tuhan menginginkan aku untuk terus bernyawa kau tak akan mampu berbuat apa. Kau hantarlah seberapa banyak orang kau untuk pukul aku. Kau rancanglah apa saja untuk musnahkan aku tapi kau tak tahu. Tuhan itu maha kuasa. Dia yang menentukan segala-galanya."
YOU ARE READING
THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed)
Mystery / ThrillerBLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana segala fakta diputar belit dia larikan diri daripada mereka yang seteru dengannya. Lalu dia benar-be...