BAB 47

314 21 0
                                    

Zahin kecilkan pandangan.

Bertembung dengan sebuah kereta lama yang masuk ke lorong rumah mak ngah hati diterpa curiga. Pacuan empat roda berjenama Toyota Corolla itu seakan dikenali. Namun dia tidak mahu cepat bersangka buruk. Lalu dia tinggalkan wilmana usang terbabit lalu bergerak ke kebun getah sejauh tiga kilometer dari rumah mak ngah.

Naik turun bukit. Malah melalui denai dan pinggir sungai untuk melihat kebunnya yang seluas 2 ekar. Kata orang kampung, zaman dia kecil dulu dia sudah kaya sebab ada tanah seluas itu. Kalau buat tanah lot dapatlah 10 buah rumah banglo. Tetapi dia belum lagi kaya. Sekadar hendak memberi kesenangan kepada Atiya itu sudah lebih dari cukup.

Dia tak masuk sehingga ke tengah kebun. Sekadar berhenti di batu penanda. Melihat suasana pagi yang hampir menjengah ke tengahari.

"Tengok kebun ke?" Dia disapa seseorang. Pantas berpaling. Zahin cukup mengenali lelaki terbabit. Itu imam kampung sini. Melihat pemakaian lelaki itu yang berkemeja lusuh dan seluar yang terlukis cat sana sini dia beranggapan orang tua itu hendak balik ke rumah selepas selesai menoreh getah. Pak imam masih seperti dulu. Tak berubah wajah bersih tersebut. Namun begitu lelaki awal 60 an itu tidak mengenalinya.

"Kebun sendiri ke?" soal pak imam dan Zahin mengangguk mengiyakan.

"Anak ke yang beli dengan Suhaira?"

Tersentak Zahin tidak percaya. 'Beli! Beli apa?'

"Tanah ni tanah Ing, pak imam."

Orang tua itu mengangguk.

"Ya. Suhaira jual. Dia cakap Ing yang suruh."

Keliru. Sungguh dia keliru. Mulalah darahnya menyirap naik. Dia tahan seketika. Biar yang tengah kusut dia leraikan dulu.

"Pak imam kenal ke dengan Ing?"

"Mana tak kenalnya. Tapi dah lama dia keluar dari kampung. Lama betul tak balik ke sini. Tak tahulah macam mana rupa dia sekarang," balas pak imam seraya mata melilau menilik muka Zahin. Mata orang tua itu terpaku melihat mata anak muda di sebelah. Lama menilik.

"Eh, jangan-jangan kamu...."

Zahin hadiahkan senyuman.

"Inilah Ing, pak imam."

Terbeliak mata pak imam. Tak semena-mena memeluk Zahin.

"Dah lama tak jumpa. Sihat sungguh nampak."

Tergelak Zahin dengan kata-kata orang tua itu. Jenuh juga tilik diri sendiri. Sihat yang bagaimana maksud pak imam. Berisi atau sihat sejahtera.

"Alhamdulillah pak. Mungkin bahagia sebab dah ada orang rumah."

Tersenyum bahagia pak imam dengan kenyataan yang baru didengari.

"Lama tak balik sampai dah beristeri. Lain kali kalau datang lagi bawa anak sekali."

Sudah tentu. Itu impian orang yang sudah bernikah. Tambahan pula dia yang sihat walafiat dan gagah perkasa. Tentulah mahukan keturunan. Tetapi dia abaikan semua itu. Soal tanahnya yang perlu menjadi bahan perbincangan.

"Bila Su jual tanah ni pak imam?"

"Tak ingatlah pulak, Ing. Rasanya macam dah lama sangat."

"Jual kat siapa?"

Pak imam gelengkan kepala.

"Tak tahulah. Tapi rasanya orang Kota Bharu. Adalah sekali dua datang jenguk kebun."

Terangguk-angguk Zahin dengan cerita pak imam. Lantas dia tarik telefon dari dalam poket seluar. Meminta pak imam berikan nombor. Mereka berbalas miss call.

THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed) Where stories live. Discover now