BAB 46

330 22 2
                                    

Sejuknya air kat sungai ni. Memang menggeletar tubuh aku. Itu baru kaki yang terendam dalam air. Belum lagi seluruh tubuh. Memang sejuk dia tak boleh bawa bincang. Betullah air bukit mengalahkan air batu. Huh, mahu aku demam nanti kalau berendam lama dalam sungai ini.

Sememangnya aku kena keluar dan tubuh yang menggeletar tiba-tiba meruap panas. Terasa terbakar pula jiwa aku melihat Suhaira yang muncul tak diundang. Mana ada aku ajak dia. Salina yang tengah memanggang ayam BBQ pun tak ajak. Zahin? Lagilah dia tak akan ajak perempuan tu.

Rasa mendidih makin tinggi apabila Suhaira tiba-tiba menyendeng tepi Zahin yang duduk menolong Salina memanggang ayam. Terus aku jangkah luas keluar dari anak sungai dan merapati suami aku.

“Sayang, basahlah baju abang.”

“Bukan abang nak mandi ke tadi?”

“Ya, tapi abang tak bawa baju nak salin.”

“Dah, baliklah tak pakai baju. Tak salah pun. Orang laki dada tu bukannya aurat kan.”

Zahin geleng kepala. Muka dia nampak nak marah. Mungkin sebab aku bercakap tak pakai otak.

“Memanglah tak aurat sayang. Tapi nak naik motor dengan baju tak pakai nanti orang cakap abang sewel. Kalau dah sewel nanti sayang pun lari.”

Aku langsung tak gelak dengan dia punya lawak. Nak marah adalah. Makin membahang rasanya apabila Suhaira buat-buat manja.

“Abang Ing, Su nak bahagian paha.” Sepupu Zahin hulur pinggan. Haih, geram betul. Zahin pula ikut saja. Terus letak paha ayam yang sudah masak ke dalam. Aku jeling. Nampak Salina pun macam tak puas hati dengan kakaknya.

“Sayang nak makan tak?” tanya Zahin.

“Tak lapar.” Aku bangkit lalu masuk kembali ke dalam anak sungai. Bawa diri sedikit jauh. Hempas punggung atas batu besar. Separuh tubuh aku terendam di dalam air.

“Sayang. Jangan jauh sangat. Kat hujung tu dalam. Air pun laju,” jerit Zahin. Dia terpaksa menjerit kerana aliran air yang cukup laju. Aku pula dengar tetapi sengaja buat-buat tak tahu. Sengaja tunjuk protes. Aku tak suka Suhaira rapat dengan suami aku. Walaupun aku sedar Zahin tidak melayan tetapi aku tetap rasa tak puas hati. Mana tahu hati keras seorang lelaki akan lembut dengan suara manja menggoda Suhaira.

“Sayanggg!”
Zahin panggil. Melambai-lambai kan tangan  menyuruh aku mendekatinya tetapi aku tak mahu. Aku pandang Suhaira yang sudah melangkah menghampiri Zahin. Dia berdiri di sebelah suami aku yang berada di tebing yang sedikit curam. Nampak perempuan itu buat-buat nak jatuh dan Zahin pantas menahan. Terbeliak biji mata aku lihat suami aku pegang lengan Suhaira. 

Sakitnya hati buat aku berdiri. Kepala didongak dan tiba-tiba mata menangkap kelibat seseorang berjaket kulit dan berkacamata hitam di atas jambatan yang tersorok dengan pokok-pokok yang rimbun. Aku tersentak. Kenapa aku rasa aku kenal susuk di hadapan mata. 

“Sayang, jangan!” Halang Zahin saat aku bagaikan dipukau agar mengarah pada susuk di hadapan dan aku tak dengar suara Zahin  kerana kuatnya suara air menderu laju.  Tanpa disangka kaki aku tergelincir.

“Sayangggg!!!”

Sayup-sayup aku dengar hamburan air dan nampak dari jauh Zahin terjun laju dan sesaat dua aku sudah tidak nampak apa-apa. Aku tenggelam dan di  bawa arus hingga ke mana aku tak tahu.

***

Aku celikkan mata. Lihat suasana yang masih asing aku pun menangis tak berlagu. Badan yang menggigil sejuk akhirnya meruap panas apabila dipeluk seseorang.

“Bawa mengucap sayang,” pujuk suara yang cukup aku rindu. Baru beberapa jam tidak mendengar suara itu aku sudah rindu gila.

“Maafkan sayang,” lontar aku lemah dan Zahin eratkan pelukan.

THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed) Where stories live. Discover now