BAB 24

305 18 0
                                    

Panjang betul bebelan Sahak.

Entah apa yang lelaki itu omelkan Zahin tidak tahu. Lagipun Sahak sudah jauh darinya. Cuma sempat dia dengar mulut lelaki itu sebut nama Raudah sebaik saja menjawab panggilan gadis itu. Muka yang asalnya manis sudah berubah bengis.

Tak lama Sahak muncul semula di depannya. Muka lelaki itu kini nampak keruh pula. Zahin pandang lelaki itu yang sudah melompat masuk ke dalam jeep.

"Aku tak fahamlah dengan Raudah ni. Ekstrem sangat. Dia baru cakap dengan aku dia ada kat Taman Negara. Dia tak cakap dengan aku langsung dia nak ke sana. Sekarang dah petang baru nak cakap. Takkan petang kelmarin ke semalam ke dia tak boleh cakap dengan aku. Dia tak tahu ke Taman Negara tu tempat buat aktiviti lasak. Aku tak suka lah," omel Sahak tidak puas hati.

"Okay apa?"

Sahak terkejut dengan jawab balas Zahin.

"Okay apanya. Tak sesuai dengan dia. Tambah lagi yang temankan dia tu Atiya. Dia tu kan penakut."

Tak jadi Zahin hendak memandu sebaik saja nama Atiya disebut Sahak.

"Atiya yang temankan?" soalnya dengan dada yang mula berdetak halus.

"Ya. Raudah punya teruja tu macam dia balik kampung dia. Dia duduk kat sana macam dia duduk rumah sendiri." Sahak masih mengomel. Hati lelakinya risau. Sungguh dia risau dengan buah hatinya itu. Dia tahu Raudah memang sukakan aktiviti lasak tetapi sebagai perempuan tentu tenaganya terbatas. Jika berlaku sesuatu yang tak diingini dia pula tiada di situ untuk menolong.

"Kau macam mana?" soalan Zahin dipandang risau lelaki itu.

"Kalau ikut hati aku nak saja aku ikut dia. Tapi masalahnya aku kan nak ikut kau."

Zahin senyum.

"Kalau macam tu aku balik seorang. Sebelum tu aku hantar kau dekat Kuala Tahan."

"Eh, jauh tu. Kita masuk pintu lainlah."

"Masalahnya dia orang masuk pintu mana?"

"Kuala Tahan."

"Jadi aku hantar kau ke sana."

Terus Sahak angguk setuju.

"Kau... tak nak ikut?"

Zahin sengih panjang.

"Atiya kan ada sama. Kau nak suruh kami perang besar pula ke. Kan tak pasal-pasal jadi padang jarak padang terkukur pula Taman Negara tu nanti."

Sahak lempar sengih dalam rasa bimbang. Bimbangkan Raudah dan juga Atiya.

"Baik kau pergi seorang saja. Lagipun kau pun dah tahu selok belok kat Taman Negara tu. Kau tak perlukan aku."

Ya, dia sudah tahu sebab dia dan Zahin sudah berpengalaman luas dalam bidang perhutanan. Itu makanan mereka ketika zaman belajar. Masalahnya sekarang dia dah lama tak masuk hutan. Entah ingat lagi atau tidak selok belok kat sana. Lainlah Zahin. Sebulan sekali dia akan ke hutan belantara itu. Membuat kaji selidik tentang flora dan fauna. Itu memang tugas dia. Dia pula jarang benar hendak ke hutan simpanan itu kerana kerjanya banyak tertumpu di dalam zoo.

"Insyaallah. Dia orang boleh jaga diri. Lagipun kat situ ramai pengawal keselamatan. 24 jam mereka akan bertindak kalau ada kecemasan."

Zahin cuba meredakan hati Sahak yang tak tenteram. Hati lelaki mana akan tenang kalau buah hati pergi tempat macam tu. Dia pun sama juga. Cuma yang berbeza dia dan Atiya tiada pertalian apa-apa. Debaran yang dirasainya sebentar tadi sudah hilang kerana dia tidak perlu hendak mengingati gadis itu. Terang-terang sudah ditolak dan tak mungkin dia nak risaukan gadis itu.

THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed) Where stories live. Discover now