BAB 34

376 32 1
                                    

Zahin hentikan kereta. Menggeliat kecil membetulkan urat setelah lama memandu. Dari Lipis ke Shah Alam. Rehat sekejap di rumah Atiya. Tapi tak sepenuhnya rehat. Fikirannya banyak terganggu. Dia teringat segala tingkah laku abah Atiya. Adakah orang tua itu akan lepaskan Atiya dengan baik.

Dia bimbang.

Awal-awal lagi bahasa orang tua itu kasar. Tetapi jadi mendatar sebaik saja mengetahui namanya. Dia tahu lelaki itu sudah lama bersiap sedia untuk bertemu muka dengannya. Cuma masa saja yang tidak mengizinkan. Akhirnya hari ini mereka bersua juga.

Setelah lama mencari akhirnya dia ketemu juga dengan lelaki ini. Tuhan permudahkan urusan dia. Jadinya dia harap segala rancangan akan berjalan lancar. Nafas dihembus kuat. Membiarkan semua masalah yang membelenggu terungkai pergi.

Atiya!

Dia harap gadis itu juga baik-baik saja. Dia perlu rehat agar esok yang telah dijanjikan tidak dicemari dengan kesilapan. Dia tekad untuk memperisterikan Atiya. Belum kenal tidak apa. Janji segala kesalnya terbayar.

Baru hendak tarik picu pintu kereta mata terpandang beg sandang Atiya. Ah, gadis itu tertinggal di dalam dan dia tidak patut membiarkannya di sini. Lalu dia sandang ke belakang dan keluar dari perut kereta. Masuk ke dalam hotel bajet. Nasibnya baik kerana masih ada bilik kosong untuk di huni.

Sesudah mendaftar masuk dia terus ke bilik. Tidak tunggu lama hempaskan tubuh di atas katil. Penat. Dia rasa sungguh penat. Dalam penat hati turut takut dan bimbang. Dia bimbang orang tua itu tiba-tiba saja menukar fikiran. Kalau itu yang jadi dia kena cari cara lain. Hatinya hanya mahu Atiya. Sungguh kuat penangan gadis itu.

Segala tekadnya dulu terbang bebas gara-gara Atiya. Sikap gadis itu yang berlawanan dengannya buat dia makin mahukan Atiya. Kenapa tuhan campakkan cinta dalam hatinya ketika dia tekad tidak mahu mengenali mana-mana gadis. Pasti ada sebabnya dan sebabnya adalah kerana nama gadis itu yang dia lihat di dada. Nametag yang belum ditanggalkan saat pertama kali terserempak dengan gadis itu buat dia rasa mahu mencari dan mencari. Akhirnya dia jumpa apa yang dia cari selama ini.

Namun fikirannya tak tenang.

Badan yang sudah terlentang di atas katil cuba direhatkan sebaiknya. Namun kepala pula masih nak berfungsi. Tak mampu dia tenteramkan emosi lantas dia bangkit. Lihat beg sandang Atiya. Tangannya terasa gatal mahu meneroka isi di dalam. Lantas tangannya tarik beg sandang yang dihempas sebelahnya tadi. Dia tarik zip.

Terus bibir terherot senyum sebaik tangannya menarik sebungkus biskut. Senyumnya makin melebar apabila melihat jenama biskut itu. Ini adalah biskut yang selalu dia makan sekiranya tidak sempat hendak menjamah makanan berat. Biskut ini juga dia berikan kepada Atiya saat mereka di dalam hutan.

Munchy's Oat Krunch Nutty Chocolate with Hazelnut.

Nampaknya Atiya sejenis yang menghargai. Wajah ketatnya bukan ukuran gadis itu pembenci. Gadis itu menghargai pertolongannya. Ini buktinya. Momen ini pastinya menjadi daya penarik pada dirinya. Dia yakin Atiya juga sukakan dia. Cuma gadis itu tak pandai tunjuk.

Kali ini dia tarik keluar dompet gadis itu. Teragak-agak untuk melihat isi di dalam. Namun hati berkeras mahu tahu. Walaupun maklumat gadis itu sudah ada dalam tangannya dia tetap mahu melihat yang asal.

Dompet gadis itu di buka.

Entah kenapa dada berdebar hebat sebaik mata menangkap sekeping gambar yang sudah dipotong. Meninggalkan separuh tubuh sahaja. Dari dada ke muka sahaja yang disimpan. Latar belakang yang menghiasi amat dikenali. Lalu kolam matanya bergenang.

Dia rindu dengan lelaki itu. Serta merta perasaan bersalah turut hadir. Kalaulah masa boleh diputar kembali dia pasti akan korbankan dirinya. Biar lelaki itu yang hidup bahagia bersama keluarganya. Namun siapalah dia untuk menolak segala yang diberi tuhan. Siapa juga dia untuk memadam takdir yang telah ditulis Tuhan. Dia hanya manusia biasa. Nampak gagah di mata orang. Namun ada masanya dia lemah juga.

THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed) Where stories live. Discover now