Sakit!
Sungguh sakit. Betapa sakit yang abah beri tak mampu aku ubati dengan penawar yang ada di dalam dunia ini. Hanya mampu aku rawat dengan menangis semahu-mahunya.
Sampai saja di rumah aku berkurung di dalam bilik. Menimbal balik pilihan yang diberikan. Kalau aku pilih Syed Hamizan aku yakin aku tak akan bahagia. Aku kenal dia. Teramat kenal hingga aku rasa aku langsung tak kuat untuk hidup dengan lelaki seperti dia untuk sepanjang hayat. Entah-entah kalau aku kahwin dengan dia tak sampai sebulan aku yang minta cerai dan aku tak mahu begitu.
Aku nak kahwin sekali sahaja dan mahu hidup dengan lelaki yang aku cinta sampai habis umur. Malah aku tak mahu berkongsi kasih dengan mana-mana perempuan sekalipun. Aku cukup kenal diri aku. Kalau aku kahwin dengan Syed Hamizan yakinkah aku yang dia tidak akan menduakan aku.
Aku buntu.
Kalau aku tak mahu bertunang dengan lelaki itu aku perlu berhenti menjadi misi.
Terus aku pejamkan mata. Ingat semula hamburan nista abah pada aku sampai aku lari balik ke rumah sewa sebelum sempat aku beri keputusan.
"Kau dahlah bodoh lepas tu nak jadi misi. Nak jadi misi kena cerdik. Tapi kau ikut perangai mak kau. Bodoh."
Pedih. Cukup pedih kata-kata abah.
"Aku tak nak keturunan aku ada yang jadi misi tapi aku tak sangka rupanya kau yang akan kerja macam tu. Mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi kan?"
Aku genggam jemari sendiri. Aku tak akan menjawab. Demi menjaga hati ibu, Kak Raihah dan Kak Sarah aku rela pekakkan telinga dan sabarkan diri. Namun bila abah ungkit kejadian dulu hati mana yang tak pecah. Hati mana yang tak berdarah kembali
"Kau memang tak guna.Kau ingat apa yang jadi pada kakak kau. Cakap tengah jadi misi pelatih tapi kakak kau yang tengah sarat tu kau boleh tak tahu nak tolong macam mana. Sampai anak kakak kau mati kat rumah ni. Sebab kebodohan kau itulah kakak kau lumpuh sampai sekarang."
"Abahhh!" kuat suara Kak Raihah membantah cakap abah. Aku hanya mampu kejungkan diri. Bila peristiwa dulu diungkit dan Kak Raihah yang bangkit pertahankan aku terus aku lemah tak berdaya,
"Jangan ungkit, bah!" pesan Kak Raihah bersama suara yang serak.
"Aku ungkit supaya dia sedar diri. Untuk apa dia jadi misi ikut jejak langkah mak dia yang bodoh tu kalau satu nyawa pun dia tak tahu nak selamatkan."
Lagi sekali hati aku disiat-siat. Tak mahu tunggu lagi aku terus keluar dari rumah dan tinggalkan semuanya tanpa suara. Hanya tangisan yang mengiringi aku hingga sampai ke rumah sewa ini. Dan... hingga ke saat ini tangisan aku masih berlagu.
Ketukan di pintu bilik yang tiba-tiba mengejutkan aku. Aku rasa tentu Raudah nak cakap sesuatu sebab masa aku sampai tadi dia ada di ruang tamu. Sedang menonton rancangan kegemarannya dan aku yakin dia tertanya-tanya kenapa aku tak menyapa dia. Malah menonong masuk ke dalam bilik. Cuma dia jenis yang tak gopoh. Tidak akan menyoal aku dalam keadaan aku belum bersedia.
"Tiya, aku nak keluar pergi makan dengan abang Hak. Kau nak ikut."
Aku geleng.
"Tak nak. Aku dah kenyang."
Ya ke aku dah kenyang. Padahal sarapan pagi tadi hanya masuk semulut dua. Makan tengahari pun tak masuk dalam perut lagi. Sekarang dah petang takkan aku tak lapar.
"Kau nak aku tapaukan."
"Tak apalah, Rau. Kalau aku lapar aku masak maggi."
Terdengar tawa halus Raudah di luar.
"Mujur kau cakap nak masak maggi. Kalau kau cakap nak masak siakap tiga rasa, gulai daging ke akulah orang pertama yang happy nak cuba. Lepas tu nak ajak abang Hak makan sama. Tak payah dah nak bagi duit dekat kedai orang."
YOU ARE READING
THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed)
Bí ẩn / Giật gânBLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana segala fakta diputar belit dia larikan diri daripada mereka yang seteru dengannya. Lalu dia benar-be...