BAB 50

380 27 2
                                    

“Apa yang dah jadi tok?” tanya Zahin sebaik tiba. Langsung terkejut melihat orang tua itu yang duduk bersandar di dinding bilik stor sambil mengusap kepala. Mata tua itu melihat ke arahnya dengan pandangan berkaca-kaca.

“Cari Tiya. Cari dia,” arah Tok We gusar. 

“Kenapa?” soal Zahin bimbang. Tanpa menunggu jawapan orang tua itu terus dia jangkah anak tangga seluasnya. Mencari sang isteri hingga ke segenap penjuru rumah. Namun tidak berjumpa. Kepalanya mengagak. Tentu ada yang telah membuat jahat. Lantas dia kembali kepada Tok We.

“Tiya tak ada.” Sungguh dia risau.

Tok We hembus nafas geram.

“Mungkin dia dah kena culik.”

Segala tekaannya dirasakan berasas. Sejak diintai orang ketika berada di rumah mak ngah dia sudah mengagak ada orang yang hendak menjahanamkan dia. Dia ingatkan dengan balik ke rumah Tok We dia dan Atiya akan selamat. Rupanya tidak.

“Kau balik awal pun Tiya dah tak ada. Mana nak cari dia?” Tok We luah rasa kecewa.

“Ing pergi Zoo nak jenguk orang kat sana. Masa tu lah Honey hilang entah ke mana. Semua orang risaukan dia yang tengah mengandung. Jadi Ing balik sini. Ingatkan Honey ada kat sini.”

Tok We gelengkan kepala. 

Zahin resah. Dia mundar-mandir di depan pintu bilik stor. Tergerak hatinya hendak masuk ke dalam. Saat dia masuk mata terus menangkap surat dan gambar yang berterabur di atas lantai.

“Tok We?”
Pantas dia keluar dan tunjukkan barang di tangan kepada orang tua itu.

“Dia dah tahu siapa kau.”

Terus Zahin rasa kesal tak sudah. Tak sepatutnya Atiya tahu lebih awal. Dia mahu bongkarkan kebenaran lebih dahulu sebelum Atiya tahu. Tetapi lain pula yang jadi. Lalu dia ligat mencari cara hendak menjejak keberadaan sang isteri. Salah faham ini perlu diperbetulkan.

“Masa aku turun ke bawah nak jenguk Tiya, isteri kau tu tengah menangis. Bila dia tahu kebenaran dia lari. Masa tulah ada orang hentak kepala aku. Aku yakin. Orang tu tak pandai nak bunuh orang.”

Zahin genggam barang di tangan. “Ing pergi jumpa Ins. Roslam. Kena minta bantuan dia juga.”

“Tapi Tiya hilang tak sampai dua tiga jam.”

“Tak apa. Usaha dulu. Kalau tak dapat Ing usaha cara lain pula.” Habis berkata dia papah Tok We biar orang tua itu berehat di dalam rumah. Namun tak sempat menjejak anak tangga terasa ada pokok yang bergoyang. Terus dia berpaling.

Honey muncul dari belakang. Terperanjat Zahin lantas dudukkan Tok We ke atas anak tangga. Terus dia terjah Honey yang sudah berdiri membawa wajah hiba. Mata orang utan itu nampak berkaca-kaca.

“Kau ke mana. Masa aku pergi jumpa kau kat sangkar, kau tak ada,” soal Zahin risau. Honey tidak menjawab sebaliknya tarik Zahin hendak membawa lelaki itu ke arah hutan. “Ada apa?” soal Zahin makin risau. 

“Dia nak suruh kau ikut dia agaknya.” laung Tok We sedikit kuat. “Agaknya dia tahu Atiya ada kat mana.”

Berdetak jantung Zahin. Barangkali Honey sudah tahu. Lantas dia Segera masuk ke dalam rumah. Keluar semula dengan menyandang beg yang selalu menjadi temannya jika hendak masuk ke dalam hutan.

“Doakan urusan Ing mudah dan Ing selamat Tok We,” pinta Zahin. Dia salam orang tua di atas tangga. Lantas masuk ke dalam jeep wrangler lalu mengekori Honey yang sudah melompat dari satu dahan ke satu dahan.  Dalam kereta dia menghubungi Sahak. Mengkhabarkan berita kurang baik. Malah meminta lelaki itu membantu Tok We.

Kaki pijak pedal minyak dengan kuat. Berharap usahanya akan menemui jalan penyelesaian.                                                   

THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed) Where stories live. Discover now