BAB 37

347 29 2
                                    

Tak tahu nak sorok kat mana muka aku. Merah membahang saat tersedar aku dah tersalah laku. Lagi bertambah malu apabila dia di sebelah masih tersenyum. Saat sampai di rumah Tok We pun dia masih senyum. Mana nak sorok muka bila tersedar aku dah peluk dia erat. Lama pula tu. Dan dia pula biarkan saja tanpa kata.

"Eloklah ada rasa malu. Malu itu penguat cinta."

Tiba-tiba saja Tok We berbunyi ketika suara kami tidak kedengaran. Hanya hela nafas yang mencuri sepi buat seketika.

"Kena ada malu juga depan suami. Barulah kita tak akan buat benda tak elok," sambung Tok we lagi. Orang tua itu sudah naik ke atas jemuran. Pintu di buka dan dia menghilang di balik daun pintu. Aku pula jejak anak tangga. Tiba-tiba tangan ditarik dan jemari aku dipaut mesra.

Aku tersentak.

Dada mula berdebar kuat.

"Seminggu ni kita duduk sini dulu. Aku kena setelkan kerja aku. Lepas dah setel aku nak bawa kau balik ke kampung aku. Nak selesaikan urusan di sana. Kau tak kisah kan?"

Aku angguk. Jemari kami yang bertaut lama buat aku tak tentu arah. Tiba-tiba dia mendekat. Malah makin rapat. Kerana aku berada di anak tangga pertama dan dia di bawah, ketinggian kami sudah jadi sama. Dada rasa nak pecah bila dia dekatkan mukanya ke muka aku. Hampir berlaga hidung kami. Dengan hanya diterangi cahaya mentol yang suram ini dia pandang aku dalam.

Dia beri senyum. Senyum yang aku seorang saja nampak.

Dalam rasa tak tentu arah ini dia sentuh kepala aku dan tundukkan sedikit. Tak semena-mena bibirnya mendarat di dahi aku. Lama.

"Aku akan sentiasa jadi langit untuk kau berlindung," ucapnya mesra setelah bibir cantiknya lekang dari dahi aku.

Hutan belantara di hati aku terasa ditebas. Kini menjadi taman bunga nan indah. Tapi aku tak mahu terburu-buru. Jemari yang bersilang tadi aku leraikan. Kini lengan dia aku cubit kuat.

"Hari tu jadi maybank. Sekarang nak jadi langit pula. Berapa banyak kuasa yang kau ada sampai boleh bertukar-tukar banyak kali."

Pecah tawa besarnya bersama tangan tak lepas mengusap lengan sendiri. Aku tahu dia rasa pedih. Kena cubit kan. Bukan lembut aku buat. Bak memulas skru longgar di kaki katil. Sakit bukan kepalang. Tapi dalam sakit pun dia masih merenung aku. Nampak mengada pula tu.

Terus aku pusingkan tubuh.

"Aku letihlah. Nak tidur. Mana bilik?" aku bertanya sambil kaki jejak anak tangga hingga ke muka pintu.

"Bilik? Jom." Dia pun laju naik ke atas dan tarik tangan aku. Tunjuk bilik berpintu kayu. Aku tahu pintu itu buatan sendiri. Bukan diupah dekat mana-mana kedai. Aku renung permukaan daun pintu. Urat di pintu kayu yang berbentuk pusaran seperti cap jari manusia itu seakan pernah aku lihat. Nampak klasik. Aku rasa aku pernah nampak. Tetapi aku tak pasti di mana.

Daun pintu dikuak. Dada aku berdebar sebaik melihat suasana di dalam. Kenapa aku rasa aku pernah lihat. Almari kayu. Katil kayu dan juga daun tingkap. Aku rasa aku pernah nampak. Kecuali meja kayu sebesar meja sekolah. Sedikit lain ukirannya. Bagaikan dibuat oleh orang yang tidak mahir. Nampak bengkang bengkok kakinya. Tetapi meja itu tetap utuh dan gah di hujung dinding berdekatan jendela.

"Malam ni kau tidur dekat katil tu. Nama katil tu katil bujang tapi sebab kita dah kahwin aku upgrade jadi katil buwin."

Hah, dia merepek apa ni?

Aku kerutkan dahi. Melihat aku yang bingung dia akhirnya ketawa juga.

"Katil orang bujang yang dah kahwin."

Aku jeling dia geram. Kaki aku angkat masuk ke dalam bilik yang sederhana kecil. Kalau dibandingkan dengan bilik aku dekat rumah Raudah rasanya lebih kurang sama. Tapi kalau nak dibandingkan dengan bilik aku di rumah abah bilik aku lagi besar.

THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed) Where stories live. Discover now