BAB 48

330 23 0
                                    

Tubuh sudah berasa sihat. Hajat hati aku mahu keluar dari bilik dan mengambil angin di jemuran. Tetapi pertelingkahan yang terjadi petang-petang begini di ruang tamu menyebabkan aku hanya mampu menyorok di belakang pintu bilik. Mahu tahu apa yang telah terjadi.

“Berapa kau jual tanah aku?” Keras suara Zahin bertanya. Suhaira di atas kerusi rotan hanya menjeling tidak puas hati.

“30 ribu.”

“30 ribu?” Terbuntang mata Zahin tidak percaya. “Eh, kalau zaman penjajah dulu bolehlah harga macam tu. Sekarang zaman IT. Kampung ni pun dah banyak berubah. Jalan dah berturap semua. Orang sini nak ke bandar Kuala Krai... Gua Musang dah senang sangat. Tapi… kau jual tanah aku 30 ribu ringgit je seekar?”

Sakitnya hati tuhan saja yang tahu. Wajah Zahin sudah merah bak besi ditempa. Aku yang mengintai dari celah pintu pun rasa gerun. Tak pernah aku lihat riak mukanya sebegitu.

“Ambil balik!” arah Zahin dengan mata tajam menikam wajah Suhaira yang buat muka tak bersalah.

“Emak dah cakap Su. Itu hak Ing. Mana boleh jual suka hati macam tu je.” Kali ini mak ngah pula yang bersuara.

Suhaira bangkit.

“Su akan bagi balik dekat abang kalau abang Ing kahwin dengan Su.”

Terbeliak mata aku mendengar urusan jual beli yang sungguh menyakitkan hati. Hendak saja aku keluar dan cekik leher Suhaira tetapi balasan kata Zahin memeranjatkan aku.

“Cukuplah sekali kau jerat aku Suhaira. Sekalipun kau berubah jadi perempuan paling cantik atas muka bumi ini aku tak akan jatuh ke tangan kau lagi.”

“Abang Ing…,” Suhaira mendekati suami aku. “Itu kisah lama. Kita buang semua tu. Mula semula.” 

“Mula apa? Nak sakitkan hati aku lagi? Nak derhaka dekat mak kau lagi sekali?” Apabila nama emaknya yang disebut Zahin pantas sahaja perempuan itu mencebik. Sakit betul hati aku. Pantang benar kalau air muka emak sendiri tak dijaga. Aku yang dah tak ada emak ini rasa cukup sedih. Melihat pula wajah mak  ngah yang tunduk ke bawah menahan malu akibat perangai anak sendiri aku pula yang panas hati.

“Abang Ing. Su sayang abang Ing. Kita kahwin. Kita duduk rumah abang yang lama tu. Lagipun Su rela bermadu.” Suhaira tarik lengan Zahin. Pantas pula suami aku rentap. Padan muka! Aku bersorak dalam hati. Nak bermadu konon.

“Belum kahwin lagi kau dah jual harta aku. Kalau dah kahwin, dengan aku aku sekali kau angkut jual dekat siam.”

Hahaha… memang lawak betul. Padan muka kau Suhaira. Takkan kau tak kenal sepupu kau sendiri. Sebelum kahwin dengan aku pun mulut dia boleh tahan menjawab. Nasib baik dah kahwin dengan aku dia sabar saja layan aku.

“Baik kau dapatkan semula tanah aku daripada kau tergedik-gedik nak berpoligami," pesan Zahin keras namun Suhaira tunjuk muka benci.
"Dapatkan juga  rumah pusaka arwah ayah aku. Itupun hak aku yang kau bedal dengan cara kotor."

Aku ternganga.
Ada lagi yang aku tak tahu.

"Pak cik Idris dah jual dekat orang lain. Orang sini jugak. Tapi susah nak dapatkan semula sebab nama semua dah ditukar " Mak Ngah Nafisah mencelah dan aku lihat Zahin pejam mata bersama helaan nafas penuh kesal.

"Kau pandai jerat aku Suhaira. Sampai aku  hilang harta. Aku harap kau akan dapat balasan setimpal atas perbuatan kau," balas Zahin geram. Mak Ngah Nafisah tunduk malu. Aku agak mak ngah sudah cukup segan dengan suami aku.

Zahin hendak berlalu namun Suhaira halang dengan muka tak malu.
"Abang Ing, Su cakap betul
Su rela bermadu."
Entah apa angin perempuan itu. Asyik sebut nak berpoligami. Macam terdesak pula aku tengok.

THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed) Where stories live. Discover now