Sudah tidak jadi masalah. Dia sudah yakin dengan keputusannya. Lalu dia pandang pantulan diri di hadapan cermin. Tersenyum melihat diri yang langsung tak nampak kacak di mata orang. Dia akui memang dia sengaja mengubah penampilan menjadi sebegitu rupa. Semuanya bersebab.
Jadi kali ini dia akan buang semuanya. Sejak berjumpa Atiya segala prinsip yang dia pegang terbang bebas di angkasa. Dia rasa hatinya tak mampu menipu lagi. Sudah sampai masanya dia menjadi lelaki dambaan wanita. Namun begitu dia tidak mengharapkan Atiya seratus peratus. Kalau tekadnya terlalu tinggi dia bimbang dia akan jatuh tersungkur.
Jadi yang paling penting adalah penampilan. Kalau dengan cara inipun Atiya masih keras hatinya dia tidak kisah . Masih ramai lagi yang sudi. Lagipun perubahan bukan semata cinta sahaja. Ia juga demi masa depannya yang cerah.
Pandang pisau cukur dan gunting silih berganti. Terherot senyum di bibir tanda dia sudah yakin.
Esok, semua orang akan terkejut. Dia jamin Tok we dan Sahak serta semua orang yang mengenali dia akan rasa bersyukur sangat-sangat. Kalau mereka akan bahagia jadi apa salahnya jika dia menguji ketajaman mata pisau dan gunting ini pada malam ini.
Dia sudah yakin. Bahagia itu perlu dicari.
YOU ARE READING
THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed)
Mystery / ThrillerBLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana segala fakta diputar belit dia larikan diri daripada mereka yang seteru dengannya. Lalu dia benar-be...