BAB 25

365 26 2
                                    

Raudah menangis semahu-mahunya. Dia ke hulu ke hilir menanti Sahak muncul. Rasa nak pecah dadanya sebaik saja sahabat baiknya itu hilang dibawa orang.

Sahak pula meluru ke arah gadis itu yang ditenangkan oleh seorang pengawal perempuan di depan pos keselamatan. Zahin juga dengan cepat mendapatkan Raudah yang nampak betul-betul tidak tenang.

"Rau, apa yang dah jadi?" soal Sahak tidak sabar.

Sebaik terdengar suara Sahak, Raudah hampiri lelaki itu dan kembali hamburkan air mata. Sahak kerisauan. Apatah lagi Raudah langsung tak jelaskan hal sebenarnya. Sepuluh minit sebelum dia sampai Raudah hubungi dia dengan suara tangisan. Kebetulan line telefon pula tidak stabil jadi suara kedengaran tersekat-sekat.

"Abang Hak...." Raudah menangis dan tunjuk ke belakang.

"Apa. Apa yang dah berlaku?" soal Sahak tidak faham.

Mata Zahin pula melilau mencari kelibat Atiya.

"Atiya mana?" pantas dia bertanya. Ketika itu dadanya berdebar kuat.

Tangisan Raudah berhenti tiba-tiba. Siapa lelaki kacak yang bertanyakan perihal Atiya. Siapa dia. Sahak bawa siapa ke sini? Dia malu apabila dalam keadan begini berhadapan dengan lelaki yang dia tak kenal

"Aku abang Ing. Kau terus terang dengan aku. Atiya kat mana?" Sebaik saja lelaki itu berterus terang tangisan Raudah kembali melantun kuat. Kesal semakin beraja di dalam hati. Dia rasa cukup bersalah dengan apa yang telah terjadi.

"Ti... Ti... Tiya."

"Cepatlah cakap. Dia kat mana?" sergah Zahin. Hatinya tak tenteram. Tiba-tiba dia rasa kehilangan.  Sesak nafasnya apabila Raudah langsung tak dapat bercerita dengan elok.

"Sayang, cakap. Tiya kat mana?"

"Dia... dia hilang."

Buntang mata Zahin mendengar cerita gadis itu.

"Macam mana boleh hilang? Sayang merentas hutan je kan. Bukan ada trek pejalan kaki ke." soal Sahak tak percaya. Raudah angguk.

"Rau tak tahu dia hilang kat mana."

Terus bulat mata Zahin mendengar cerita Raudah. Dia pandang Sahak yang nyata terkejut.

"Sayang tak berjalan dengan dia ke?'

Raudah geleng.

"Rau rasa bersalah sangat sebab Rau dah marah Tiya. Rau tak nak dah kawan dengan Tiya. Rau nak Tiya pergi jauh dari Rau tapi tak sangka pula dia akan betul-betul hilang."

"Apa yang jadi sebenarnya ni?" soal Zahin risau. Dia cuba tenangkan diri walhal dalam hatinya perlbagai rasa bercampur aduk.

"Dia dah berhenti kerja jadi misi. Sebab dia takut Rau marah dia jadi dia sanggup temankan Rau kat sini walaupun dia penakut sangat. Tapi Rau langsung tak sangka lelaki tu bawa dia jauh entah ke mana?"

"Rau cakap apa ni?" Sahak bertanya dan sekaligus matanya pandang Zahin. Lagilah Zahin terperanjat.

"Lelaki mana? Rau kenal?"

Raudah geleng kepala.

Zahin pandang pos keselamatan apabila ternampak kelibat dua orang pengawal lelaki muncul tiba-tiba.

"Ini bukan kes sesat. Ini kes culik." Salah seorang pengawal menunjukkan botol kecil yang sudah disimpan di dalam plastik lutsinar. Zahin tarik dan tilik dengan lama. Dia kenal. Itu ubat pelali.

"Aku jumpa dekat tempat dia hilang."

Zahin genggam plastik dengan rasa geram. Tadi sewaktu dalam perjalanan menghantar Sahak ke sini tidak ada sedikitpun rasa untuk berjumpa dengan gadis itu. Tetapi setelah hal buruk ini terjadi hati lelakinya tidak mampu menipu lagi. Dia teramat bimbang. Dia perlu mencari gadis itu. Kalau terjadi sesuatu yang buruk dia pasti akan rasa sangat bersalah.

"Kau jangan bimbang, Ing. Aku dah hubungi peronda. Mereka akan mulakan pencarian selepas maghrib. Kau jangan bimbang." Lelaki kedua berkata. Zahin berjabat tangan sekejap sebelum serahkan semula plastik di tangan.

"Aku ikut sekali."

Raudah pandang Zahin pelik. Lelaki itu nampaknya kenal pengawal kat sini. Pengawal itu mengangguk setuju.

"Tapi aku akan guna jalan yang biasa aku pakai," sambung Zahin lagi dan pengawal itu angguk setuju lagi.

"Ing, kau...."

Sahak pula tak mampu teruskan kata.

"Aku akan balik kampung lepas aku jumpa Atiya."

Raudah pandang Sahak.

"Abang Hak dengan abang Ing nak pergi mana sebenarnya?"

"Abang nak ikut abang Ing balik kampung dia. Tapi lepas dapat tahu Rau ada kat sini abang Ing nak drop abang untuk temankan Rau. Tapi tak sangka pula boleh jadi macam ni."

Terus gugur air mata Raudah yang sudah berhenti sebentar tadi.

"Maafkan Rau sebab dah susahkan abang Hak dengan abang Ing," ucap gadis itu dalam sendu yang kembali berbunyi.

Zahin diam. Pandang Sahak lama. Seolah-olah sedang berfikir mencari jalan penyelesaian. Akhirnya dia luahkan kata setelah lama merenung jauh ke depan.

"Kau bawa Rau balik dengan jeep aku," suruh Zahin.

Sahak memicingkan mata sedikit.

"Kalau aku jumpa tempat yang ada line telefon nanti aku call kau. Aku update perkembangan."

Sahak akur. Lagipun dia percayakan Zahin. Lelaki itu lagi faham hutan berbanding dia.

"Kau jaga diri," pesan Sahak dan kuis Raudah agar mengikutnya ke arah pacuan empat roda milik Zahin.

"Maafkan Rau, abang Ing. Rau dah susahkan abang." Lagi sekali Raudah hamburkan kesal.

Zahin gelengkan kepala.

"Balik dan jaga kesihatan. Jangan fikir sangat. Doakan semoga abang Ing berjaya cari Atiya dan dapat bawa balik dia dengan selamat."

Raudah angguk dalam tangisan.

Mereka sama-sama melangkah ke arah jeep. Raudah tengok Zahin ambil barang-barangnya. Dia tidak tahu apa benda kerana lelaki itu sumbat semuanya ke dalam beg sandang lalu di sandang ke belakang.

"Abang Ing jaga diri. Kalau abang Ing jumpa Tiya abang Ing bagitahu Tiya yang Rau minta maaf sangat-sangat. Tolong cakap dengan dia Rau sayang dia. Rau sayang dia sangat."

Zahin lempar senyum. Dia mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan kedua-duanya.

"Abang, Rau rasa bersalah sangat." Ucap Raudah kesal.

THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed) Where stories live. Discover now