Sedar tak sedar bunyi kokokan ayam jantan tanda hari sudah subuh mengejutkan aku dari lena. Perlahan-lahan aku lurutkan gebar. Tak sempat nak bangkit peristiwa semalam menerpa ruang mata. Terus mata aku pandang kiri kanan. Aku cari dia.
Tak ada.
Pantas aku bangun.
Telinga menangkap pula bunyi orang membaca surah alfatihah di luar. Itu suara dia. Aku cam. Lalu aku bangun. Lipat gebar dan melangkah ke muka pintu bilik. Keluarkan sedikit kepala dan intai dia. Sedang solat subuh. Menjadi imam kepada Tok We di belakangnya.
Aku!
Ya Allah, malunya.
Kenapalah aku tak sedar langsung. Buat malu muka sendiri betul. Orang solat berjemaah tapi aku terkedang tidur bagaikan tidak ada hari esok. Malu betul.
Sementara dia sedang solat aku lajukan langkah masuk ke dalam bilik. Tarik pakaian dan alat penjagaan diri serta tuala mandi lalu melangkah ke arah dapur. Cari bilik air. Tak jumpa. Takkan aku nak mandi kat luar macam dia mandi semalam.
Oh, tidak! Tidak!
Mata yang melilau akhirnya nampak pintu plastik dan aku yakin itu bilik air. Sebaik tolak bibir aku lebarkan senyum.
Tapi... seram. Gelapnya. Hanya diterangi lampu dapur sahaja. Takutnya. Tetapi aku kena paksa diri. Lalu dalam samar-samar cahaya aku masuk juga bersama seribu tawakal. Baru nak salin pakaian terasa kaki aku terpijak sesuatu.
"Arghhh!!!"
Aku menjerit kuat dan berlari keluar sehingga merempuh batang tubuh yang tegap dan kuat. Aku peluk dia kuat.
"Kenapa?" dia menyoal risau.
"Ada haiwan kat dalam tu." Balas aku dengan muka tersorok di dadanya.
"Haiwan?"
"Apa Ing?" Kini suara Tok We di luar sana melaung bertanyakan lelaki itu. Aku dongakkan muka. Lihat Zahin angkat tangan. Dia tiba-tiba tarik wayar yang terjuntai di atas kepala. Sama betul dengan lampu kalimantan yang terpasang. Sekejap saja aku lihat bilik air sudah terang.
Lah... ada lampu.
Dia leraikan pelukan aku dan bergerak masuk ke dalam. Aku pula ketap bibir. Tersalah peluk pula.
"Tak ada apa pun," jeritnya dari dalam.
Aku ketap bibir lagi tanda tak berani. Takut.
"Kenapa Ing?" soal Tok We lagi dari luar.
"Tak ada apa-apa pun, Tok." Dia sudah keluar dan tegak pandang aku. Tiba-tiba dia senyum panjang. Dekati aku dan letak tangan atas kepala aku. Terasa tangannya mengurai rambut lurus aku yang pendek separas bahu.
"Sayang memang cantik tanpa tudung. Tapi ini rumah Tok We. Tok We bukan siapa-siapa pun. Lain kali hati-hati. Rambut dan semua kepunyaan sayang sudah jadi hak milik abang. Orang lain tak boleh tengok."
Luruh jantung aku. Waktu subuh macam ni dia nak romantik bagai. Muka aku dah rasa nak terbakar. Dahlah dia bahasakan panggilan sama macam dalam hutan dulu. Kulit muka terasa tebal.
"Nak abang temankan? Abang tak kisah. Lagipun sayang isteri abang."
Aku tahu dia nak usik aku lalu aku tolak tangan dia yang melekap atas kepala dan melangkah laju ke dalam bilik air. Tak toleh langsung dia kat belakang.
Dalam bilik air aku tekup muka.
Malu.
Berapa kali nak dapat malu macam ni.
Isk, kenapa dengan kau ni Tiya.
Aku dah teruk sangat. Kelip-kelipkan mata aku agar aku sedar yang aku sudah menjadi isteri dia. Kalau tak sedar lagi aku tak tahulah nak kata apa. Aku isteri dia, weh!
YOU ARE READING
THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed)
Mystery / ThrillerBLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana segala fakta diputar belit dia larikan diri daripada mereka yang seteru dengannya. Lalu dia benar-be...