"Kau rasa?"
Sahak jungkit bahu. Usai solat maghrib berjemaah Zahin duduk mengadap dia. Tok We pun ikut sama. Sebelum solat tadi Zahin cuba masuk bilik tetapi Atiya kunci. Lepas solat pun sama. Masih berkunci. Dia tak faham. Apa yang dia dah buat sampai gadis itu mengunci diri.
"Kenapa ya?" soal Zahin lagi. Tercari-cari salah sendiri.
"Dia cemburu."
Zahin kerutkan dahi. Pandang Tok We tidak faham.
"Dari tadi lagi. Sejak Honey muncul aku nampak dia muncung je. Dia cemburu dengan Honey. Sepatutnya kau layan dia. Kau dengan dia sama-sama baru. Kena duduk bersama lama-lama. Selami hati dia. Bukannya kau layan Honey."
Zahin garu kepala tak gatal. Rupanya ilmu memikat dia masih cetek. Kata nak kenal Atiya tapi lepas kahwin tak terbuat pula. Baru sehari. Kalau dah bertahun-tahun tak juga kenal maknanya itu salah dia.
Sahak pula gelak lucu. Pandang Zahin yang nampak risau.
Tok We tepuk paha Zahin lembut. Menyedarkan lelaki itu akan kelalaiannya.
"Kau kena usaha baru Atiya boleh beri sepenuhnya. Dah. Hantar Honey balik. Lepas tu pujuk Atiya. Sehari dia duduk dengan aku kat sini pun aku dah boleh baca perangai dia. Bukan susah pun nak lembutkan hati dia. Lagipun dia memang dah lembut cuma berlagak keras je lebih. Padahal aku tahu dia tak kuat. Kau kena pandai cari cara nak kekalkan dia sebelah kau."
Nasihat Tok We buat Zahin fikir panjang. Ada betulnya apa yang orang tua itu cakap. Sekadar guna mulut manis tak akan jadi. Kena buat sesuatu yang boleh eratkan ikatan ini sampai ke syurga.
"Itulah kau. Bercinta dengan Honey tapi kahwin dengan Atiya. Kan dua-dua dah merajuk." Sahak mencelah dan Zahin ketap gerahamnya geram.
"Baik kau pergi hantar Honey. Aku nak pergi cari makanan dulu. Dari petang tadi lagi tak makan."
"Nak bercinta, nak kahwin tapi tak pandai."
Lagi sekali Sahak cuba bakar perasaannya. Zahin tak tunggu lama. Tarik lengan Sahak dan suruh lelaki itu cepat-cepat beredar.
"Kalau kau tak nak celah kangkang kau perit baik kau pergi."
Sahak sengih. Pandang kiri kanan.
"Masalahnya mana Honey."
Dan... masing-masing terlopong hinggalah suara jeritan bergema dari bilik Atiya.
Alamak!!!
Zahin tepuk dahi.
Memang dia cari penyakit.
*****
Tak ada penyakit cari penyakit.
Aku ingat jendela dah dikunci rupanya tidak. Tak pasal-pasal Honey masuk ke dalam melalui pintu jendela yang dikupil dengan kukunya. Agak-agak akulah. Aku memang tak sempat nak lari. Berbungkus di dalam gebar dengan tubuh menggigil takut.
Tak mampu aku nak bernafas dengan betul apabila terasa tubuh aku dipeluk.
"Honey!!!" Kuat suara Zahin memanggil nama haiwan itu.
"Dah balik." Kali ini suara Sahak pula yang kedengaran. Tetapi haiwan itu tidak mahu pergi. Kini dia peluk aku kuat. Aku tak mampu nak tenangkan diri. Menjerit saja kerja aku.
"Hati aku tak sedap lah, Ing. Aku rasa Honey nak cakap sesuatu dekat Atiya. Tentu dia fikir Atiya orang yang boleh tenangkan dia."
Aku dengar bisikan Sahak. Perlahan-lahan pula tubuh Honey sudah terlerai dari tubuh aku. Terasa tilam melengkung ke bawah. Rupanya Zahin hempas punggung sebelah aku.
YOU ARE READING
THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed)
Mystery / ThrillerBLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana segala fakta diputar belit dia larikan diri daripada mereka yang seteru dengannya. Lalu dia benar-be...