BAB 01

762 43 4
                                    

Aku dongakkan kepala lalu pejamkan mata rapat-rapat. Kemudian gelengkan ke kiri ke kanan sekali dua biar hilang lenguh di batang tengkuk. Sehari suntuk duduk di atas kerusi menyempurnakan tugas buat tubuh terasa lenguh. Badan letih dan lemau. Kepala pun terasa berat.

Nasiblah badan.

Siapa suruh jadi jururawat. Masa mula-mula memohon kerja ini aku ingatkan tugasnya tidaklah berat. Sekali bila dah mula bekerja betapa penatnya menggalas amanah yang satu ini. Walaupun sudah hampir lima tahun menjadi jururawat terlatih bebannya mengalahkan doktor. Tambah-tambah lagi tugas di wad bersalin ini. Ianya tugas yang amat aku minati tetapi lelahnya sukar ditangani. Itu belum lagi dicampur dengan tugas on call. Berganda-gandalah bebanan yang terpaksa aku galas.

Sukarnya hidup sebagai jururawat. Bukan aku sahaja. Mana-mana jururawatlah. Waktu bekerja yang mengikut shif ini buat aku sukar untuk memanjakan diri sendiri sekali sekala. Kadang-kadang hendak berlibur bersama teman pun perlukan perancangan yang rapi. Waktu bekerja yang tak sama buat aku dan kawan serumah jarang bertemu muka. Kadang-kadang terbit juga rasa kesal kerana masa yang terhad. Tetapi gembira dan puas hati itu melebihi segalanya. Jadi aku tolak rasa kesal dan bulatkan tekad untuk terus menggendong amanah ini.

Tugas aku?

Jaga wad bersalin. Tapi hari ini aku hanya duduk di meja pendaftaran. Sekali-sekala sahaja bergerak. Kalau ikutkan hati aku nak duduk kat labour room tapi tak dapat. Walaupun aku ada pos basik midwife aku tetap kena ikut arahan penyelia. Kat mana dia letak aku kat situlah aku kena bertugas.

Bila agaknya aku dapat sambut bayi baru? Dah ada kepakaran tapi belum ada rezeki. Jarang sekali aku dapat sambut bayi. Itupun kalau tak cukup bidan. Setakat ini aku boleh bilang dengan jari berapa kali aku dah sambut bayi baru lahir. Tak banyak pun.

Aku suka kalau dapat menjadi orang pertama yang akan melihat bayi baru lahir. Orang pertama yang akan menyentuh tubuh bayi dan orang pertama yang akan mendengar tangisan baru. Perasaan itu tak mampu aku gambarkan. Luruh air mata saat wangian bayi menyentuh hidung aku. Cukup mendamaikan. Malah aku bersyukur dengan apa yang telah tuhan takdirkan pada aku.

Gembira dan sedih silih berganti ketika bekerja. Semua itu mengajar aku menjadi tabah dan kuat dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri. Tetapi dalam kuat-kuat aku sensitif itu tetap ada. Hanya orang tertentu sahaja yang kenal luar dan dalam aku. Dan... orang yang tahu sangat pasal aku tentu sedang melangkah menghampiri aku.

Aku pasti.

"Atiya Zahira."

Kuusss semangat!
Memang betul dia dah sampai. Terkejutlah juga bila dia sergah aku. Sampai terjatuh buku catatan yang ada di tangan aku.

Aku pandang ke belakang dan lihat Raudah sedang tersengih macam kerang busuk. Tangannya memegang sebekas biskut chipsmore.

"Kau nak apa?" aku bertanya pada Raudah yang sudah menarik kerusi lalu duduk. Mulutnya bergerak-gerak mengunyah biskut di tangan.

"Tak nak balik lagi ke?" soalnya riang.

"Nak balik dah ni." Aku kemaskan barang. Sebenarnya waktu shif sudah habis jam 2 petang tadi. Sengaja aku berlama di wad ini melihat panorama di dalam yang sudah sebati dengan aku. Sengaja. Kalau balik pun tak ada apa yang boleh aku buat. Sekadar tengok tv. Puas tonton drama itu ini aku tidur. Itu sajalah kerjanya.

Nak jaga anak? Suami tak ada lagi dan aku pun tak bermimpi untuk tamatkan zaman bujang aku yang penuh suka dan duka ini.

Bekas berisi biskut Raudah hulurkan untuk aku tetapi aku gelengkan kepala tanda tidak mahu.

"Aku tak sabar betul nak pergi tengok binatang hujung minggu nanti," ujar Raudah sungguh ceria dan buat aku hamburkan gelak yang kuat hingga tersedak. Terus Raudah tepuk belakang aku.

THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed) Where stories live. Discover now