"Maaf. Kami dah masuk campur urusan encik."
Lelaki itu gelengkan kepala.
"Tak apa. Isteri saya ni tengah merajuk. Sampai kat tengah jalan ni kena pujuk dia."Aku tunjuk muka geram.
"Kau...." Aku nak bersuara tetapi bila salah seorang lelaki keluarkan kata aku terus membisu.
"Pujuk isteri elok-elok. Perempuan ni macam tulah. Dia bukan nak merajuk sangat sebenarnya tapi dia nak kita yang lelaki ni tahu perasaan dia. Pujuk elok-elok ya nak."
Hisy, mangkuk ayun betul. Memang malang nasib aku hari ini bila jumpa lelaki ini. Aku hembus nafas geram. Pandang Raudah yang tersengih-sengih. Entah apa yang lucu pun aku tak tahu.
Kumpulan lelaki itu sudah berlalu pergi sebaik saja selesai bersalaman dengan lelaki berjambang tadi. Langsung aku tak percaya dia guna taktik macam tu untuk selamatkan diri dia. Dia ingat masalah dah selesai ke. Tak. Makin bertambah adalah. Aku memang sakit hati sangat sekarang. Pandai-pandai dia reka cerita aku ni isteri dia.
Mata yang menghantar kumpulan pakcik tadi mula beralih pandang muka dia. Dia memang nampak jahat pada mata aku. Sejak dia tolong aku tadi aku sudah agak dia memang jahat.
"Kau nak apa? Aku tak kenal pun kau. Yang kau cakap aku isteri kau tu kenapa?" hambur aku dengan rasa sakit hati.
"Aku nak tolong kau tapi kau pula jual mahal."
"Aku tak sakitlah. Nak tolong buat apa."
Dia gelak besar.
"Kalau kau tak sakit kau tak akan mengaduh bila aku letak kau dalam kereta tadi. Kalau kau tak sakit kau akan lawan masa aku nak angkat kau. Kau akan cepat-cepat jalan sendiri. Tapi tak pula kau nak buat."
"Kau nak tolong aku buat apa?" Aku memang tak nak mengalah. Rasa takut sebentar tadi sudah hilang. Aku sudah berani. Segala rambut yang meliar dekat muka dia sudah tidak mampu buat aku takut. Aku tentang mata dia.
"Bila lihat orang dalam kesusahan takkan kau nak diamkan saja. Tak kiralah lelaki atau perempuan kita kena tolong."
Aku telan liur.
Betul. Apa yang dia cakap itu betul.
"Tapi masalahnya kau bawa aku masuk dalam kereta. Nak buat apa. Nak culik aku kan."
"Perasan jugak kau ni ya. Ingat kau cantik sangat ke sampai aku nak culik kau."
Ya Allah, mamat ni.
Rasa nak saja aku aplikasikan segala ilmu sambut kelahiran bayi dekat mamat ni. Pandai-pandai saja cakap aku perasan. Mental pula tu sampai dia bagitahu lelaki-lelaki tadi aku ni isteri dia. Aduhai, memang malang sungguh nasib aku hari ini! Dahlah terjatuh dekat pasar malam. Lepas tu jumpa pula dengan mamat entah dari hutan mana. Penampilan dah macam orang yang terkurung dalam gua bertahun-tahun lamanya. Menyeramkan.
Aku jeling dia geram. Tetapi boleh pula dia sengih panjang.
"Atau... kau sebenarnya dah berkenan dekat aku sebab itulah kau tak buat apa-apa masa aku angkat kau."
Whattt!!!
"Tolong sikit, eh. Muka dah macam orang utan. Kau ingat aku tak loya ke tengok kau. Bukan setakat orang utan, hantu pun ya jugak."
Opps!
Kau memang tak sayang mulut Atiya Zahira. Mata pandang Raudah yang tiba-tiba jegilkan matanya.
"Ooohhhh, Orang Utan... hantu!"
Mamat tu terangguk-angguk ibarat sedang mendengar penjelasan dari pensyarah universiti.
"Tapi Orang Utan ini, malah hantu inilah yang dah tolong kau tadi. Langsung kau tak hargai apa yang aku buat."
YOU ARE READING
THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed)
Mystery / ThrillerBLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana segala fakta diputar belit dia larikan diri daripada mereka yang seteru dengannya. Lalu dia benar-be...