Sayang seribu kali sayang. Musuh yang tak dikenali telah tinggalkan bukti yang kukuh.
Zahin tilik peluru getah yang ditunjukkan inspektor Roslam. Peluru itu yang diam di dalam plastik memang dia kenal. Sama macam peluru yang membenam bahu Honey. Walaupun ia sekadar peluru getah risikonya amat berbahaya. Boleh pecah jantungnya jika tembakan itu tepat ke dada.
"Tapi aku rasa tembakan itu tersasar."
Zahin panggung kepala.
"Apa maksud kau?" hatinya gusar. Mata ditumpukan sepenuhnya pada lelaki berpangkat inspektor itu. Rakan baiknya yang selalu menjadi pemudah cara ketika berhadapan dengan masalah jenayah itu terangguk-angguk.
Dia polis yang berwibawa di ibu pejabat polis Kuala Lipis ini. Nasibnya baik kerana lelaki itu tak jemu menjawab soalan berkaitan kejadian yang menimpa dirinya.
"Unit Anjing Pengesan dah pun jalankan tugas. Hasil yang mereka dapat tembakan tu bukan disasarkan pada kau."
"Maksudnya orang tu sasarkan Atiya."
Inspektor Roslam angguk.
"Masih awal untuk buat sebarang keputusan. Kau tunggu kami laksanakan tugas kami sebaiknya."
Sudah tentu. Dia tak akan masuk campur. Lagipun itu bukan tugas dia. Tugas dia hanya menjaga haiwan.
"Macam mana dengan result Honey?"
"Masih dalam siasatan Ing. Harap kau bersabar."
Zahin angguk faham. Sudah lama dia berada di dalam bilik Inspektor Roslam. Sekarang masanya untuk dia kembali ke zoo.
"Kau jangan bimbang. Aku akan pastikan orang itu dibawa ke muka pengadilan."
Zahin angguk. Selepas bersalaman dengan lelaki berpangkat itu dia melangkah ke pacuan empat rodanya. Dia benamkan tubuhnya ke atas kerusi. Enjin dihidupkan tetapi dia tidak menekan minyak. Kepalanya teringat akan kejadian yang menimpa dia dan Atiya.
Kalau benar peluru itu disasarkan pada Atiya apa sebabnya. Adakah gadis itu ada musuh tanpa dia sedar. Tapi dari pemerhatiannya Atiya bukan gadis brutal. Bukan kaki gangster. Bukan juga gadis pengadu domba.
Apakah sebab mulut dia yang sedikit lancang ada orang yang sakit hati. Jadi dihantarnya penembak upahan.
Isk, berat benar telahannya! Mana mungkin orang nak tembak semata-mata kerana bermulut lancang. Hanya dia saja yang berani tembak. Itupun sudah tembus ke hati Atiya. Biar gadis itu tak mampu lupakan dia dengan tembakan cintanya.
Dia senyum. Jika kepalanya teringatkan Atiya bibirnya pantas terherot senyum.
Dia keluarkan telefon dan hantar pesanan pada gadis itu. Dia mahu Atiya tahu setiap saat dia hanya teringatkan gadis itu.
Zahin senyum.
Berharap kejadian demi kejadian yang berlaku akan temui penamatnya. Dia tidak mahu hubungan yang baru terbina ini dilanda badai. Sebab itulah dia rahsiakan semuanya dari Atiya. Dia sekadar memberitahu gadis itu masalah hanya bermula di tebing sungai. Padahal dia tidak mahu Atiya bimbang. Dia pula risau kiranya gadis itu akan ketakutan sepanjang masa. Jadi biar dia sahaja yang ambil risiko.
Dalam kepala yang sarat dengan pelbagai persoalan dia mula tekan minyak dan memandu keluar dari balai polis. Keretanya di arah ke rumah Tok We. Memandangkan hari ini hari minggu jadi dia mahu berbincang dengan orang tua itu.
***
Idris cabut topi hitam di atas kepala lalu dihempas ke atas katil hotel. Perasaan tidak puas hatinya terus beraja. Kenapa rancangannya gagal. Siapa yang sudah menembak Zahin. Siapa pula yang menculik gadis yang bernama Atiya itu.
YOU ARE READING
THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed)
Mystère / ThrillerBLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana segala fakta diputar belit dia larikan diri daripada mereka yang seteru dengannya. Lalu dia benar-be...