BAB 35

359 32 5
                                    

Adakah harapan aku hanya akan tinggal harapan.

Dari subuh membawa ke tengahari aku mengharapkan Zahin muncul. Namun bayangnya sedikitpun tidak kelihatan. Dada pula berdebar kencang tak sudah-sudah. Fikiran mula meneroka perkara-perkara yang mengarut. Jangan-jangan dia tak ada duit. Atau aku hanya dipermainkan dia sebab aku pernah menghina dia dulu.

Hati aku rasa sakit. Makin sakit bila jam sudah menganjak ke angka dua petang. Dari pintu utama rumah aku mengendap. Nampak kelibat keluarga Syed Hamizan muncul dengan rombongannya. Kemudian muncul pula imam yang akan mewalikan aku. Kolam mata aku mula bergenang. Apakah aku akan jadi isteri orang lain. Tidak. Aku tidak sanggup kerana aku hanya mengharapkan Zahin untuk bawa aku lari jauh dari abah. Kerana rasa takut yang tak sudah aku dail nombor telefon Zahin lagi sekali.

Seperti tadi tidak juga berjawab.

Makin hati aku kecut kering. Mana kau? Jangan pemainkan aku. Aku dah sayang kau sangat. Jangan sampai aku cari kau ke lubang cacing. Aku bunuh kau nanti. Entah kenapa keluar pula ayat begitu. Mungkin kerana rasa takut yang tak sudah. Aku takut abah akan kurung aku dan aku tak mampu bebas lagi. Malah aku akan terkurung pula dalam penjara Syed Hamizan. Bayang masa depan yang belum pasti itu tetap juga hadir bermain-main di fikiran.

Akhirnya rasa takut itu hilang di bawa angin petang apabila kereta aku yang dipandu Zahin sudah berhenti betul-betul di depan rumah. Tanpa segan-silu aku berlari mendapatkan dia yang baru keluar dari perut kereta. Saat itu semua mata mengekori langkah aku.

"Kenapa lambat?" soal aku tanpa rasa malu. Malah muka pun membahang merah sebab nak marah. Kolam mata pula sudah bergenang dengan air jernih. Aku takut. Aku takut dia mungkiri janji.

Tanpa disangka-sangak air mata aku menitis gugur juga. Dalam tangisan aku lihat dia pandang aku lama. Malah begitu dalam sehingga aku rasa pelik.

"Ira."

Aku tersentak.

Kenapa tiba-tiba nama itu yang dia sebut. Itu nama timangan aku yang hanya ayah dengan emak sahaja yang boleh guna. Orang lain aku tak benarkan. Sejak mereka berdua tiada aku haramkan terus orang panggil aku Ira.

Kepala aku tak mampu nak berfikir panjang.

"Kau nak mainkan aku ke?" soal aku tak berlapik. Dia hanya senyum. Malah seperti tiada apa pun yang berlaku. Tidakkah dia tahu aku dah tunggu dia lama. Macam orang gila.

"Aku dah cakap dengan kau aku lelaki yang berpegang pada janji. Kau gadis yang aku sayang. Kenapa aku nak khianati orang yang aku sayang. Kalau aku buat begitu bermakna aku tak sayang kau."

Kali ini aku benar-benar menangis. Tunduk ke bawah hamburkan air mata sampaikan aku langsung tak hiraukan orang di dalam.

"Kau tak bersiap pun untuk aku."

Aku mendongak. Kata-kata dia bernada kecewa. Aku pandang baju di tubuh. Kerana takut janji tak ditepati aku langsung tepis pertolongan kak Sarah sebelum zohor tadi. Dia mahu siapkan aku tetapi aku yang tak mahu.

"Kau bersiap untuk aku. Biar lancar lidah aku nak sebut nama kau."

Dia senyum dan aku ketap bibir sakit hati tetapi di akhirnya aku lorekkan senyuman. Hanya untuk dia.

****

Hanya untuk aku.

Itulah yang aku lihat dalam matanya saat dia melirik ke arah aku usai menjawab akad.

Langsung aku tak menduga. Bukan 30 ribu yang dia bawa tetapi 2 kali ganda jumlah tersebut. Tergamam. Aku tak tahu nak kata apa. Tetapi aku lagi tergamam dengan apa yang aku lihat selepas aku sudah sah menjadi isteri Zahin.

THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed) Where stories live. Discover now