Bukan main lagi aku siasat. Tanya Raudah dia tak tahu langsung. Tanya Sahak dia hanya diam. Akhirnya rasa sangsi aku terungkai apabila sampai di zoo. Inikah berita gembira yang dia nak kongsi dengan aku?
Bawa aku ke tempat yang aku tak suka. Dia memang sengaja nak tengok aku merajuk.
"Jom, sayang." Dia ajak aku turun dari kereta tetapi aku keraskan badan.
"Kalau tak keluar sayang tak akan tahu berita yang abang nak cakap."
"Kalau datang sini memang tak adanya berita gembira. Aku tak sukalah." Aku keraskan badan. Sedari sampai tadi tubuh sudah menggigil takut. Suara penghuni zoo yang saling bersahutan itu buat telinga aku berdesing. Sekejap bunyi monyet. Sekejap bunyi burung. Bersahut pula yang sebangsa dengan monyet. Tak lama disambut pula bunyi tupai dan macam-macam lagi yang aku tak kenal.
Tiba-tiba dia mendekat.
"Abang janji. Sekejap saja. Sampai kat tempat yang abang nak tunjuk kita ambil masa lima minit je. Lepas tu kita blah." Dia pujuk aku. Aku geleng. Rela duduk dalam kereta. Itupun masih waswas. Bagaimana kalau ada haiwan yang datang nak tumpang.
Baru saja hati memikirkan pasal haiwan tiba-tiba saja melompat seekor tupai di atas cermin kereta lalu menghendap ke dalam. Pantas aku keluar dan merapat ke tubuh Zahin.
"Tengok. Dah muncul. Maknanya dia nak sayang ikut cakap abang."
Pandailah dia. Aku jeling dia macam tengok musuh. Dia pula hamburkan tawa kecil. Tangan aku dia tarik lalu genggam erat.
"Abang ada. Jangan takut." Terus dia tarik aku dan kami sama-sama melangkah ke sebuah rumah. Aku terkejut melihat sekumpulan lelaki muncul dengan kek di tangan. Terus terlerai tautan jemari kami.
"Selamat pengantin baru bos besar. Semoga ikatan halal akan kekal hingga ke syurga."
Sahak di depan menatang kek di tangan seraya mengucapkan kata selamat. Aku terharu. Pandang Zahin tak percaya. Muka dia pun nampak terkejut.
"Kenapalah kau orang selalu susahkan diri. Aku tak mintalah kau buat surprise macam ni."
"Kau kan bos kami yang baik hati. Kami sayang kau kerana Allah. Lepas ni tentu kami akan merindui kau."
Kelip-kelip aku pandang Zahin. Dia hanya senyum. Apa maksud lelaki di sebelah Sahak. Aku tak faham.
"Hari minggu aku akan usahakan datang tengok kau orang semua."
Makin aku tak faham. Masih mengharapkan dia beri penjelasan tetapi ramai pula yang muncul dan peluk lelaki itu. Ucap tahniah dan berikan hadiah. Macam-macam jenis. Paling mengejutkan apabila Raudah muncul dari belakang aku dengan baju uniformnya.
"Sorry Tiya. Baru sempat nak bagi hadiah."
Dia peluk aku lama.
"Aku tak mintalah."
Sama macam Zahin aku juga tidak mengharap dirai begini. Cukuplah mereka tahu aku dah kahwin. Itu dah cukup. Nampak Sahak kerling Raudah dan angkat kening suruh berikan sesuatu. Tiba-tiba Raudah hulurkan kotak besar di tangannya.
Kotak sudah bertukar tangan.
"Tak mahal tapi aku tetap nak bagi."
Aku terima dengan sebak. Lalu Zahin ambil dan kumpulkan pada satu tempat.
"Nanti kau makan kek tu. Aku tolong beli bagi pihak abang Hak sebab aku tahu apa yang kau suka."
Aku angguk. Pandang Raudah dengan wajah sayu. Entah kenapa aku rasa nak nangis.
"Okaylah. Kami balik tempat masing-masing dulu. Nanti kalau buat majlis jangan lupa ajak kami." Jali bersuara dan semua orang sudah kembali menyambung tugas masing-masing. Sahak dan Raudah pula beri aku dan Zahin peluang. Mereka seiring entah ke mana.
YOU ARE READING
THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed)
Mystery / ThrillerBLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana segala fakta diputar belit dia larikan diri daripada mereka yang seteru dengannya. Lalu dia benar-be...