"Ing!!!"
Terdengar suara seorang lelaki memanggil nama itu. Hati aku pun mula panas membahang. Patutlah aku rasa macam kenal. Dia memang jahat. Langsung tak berterus-terang. Aku pandang dia macam aku pandang nasi kerabu. Perut tengah lapar. Rasa macam nak kunyah dia hidup-hidup.
Dia pula tarik aku kuat dan aku yang keraskan badan terpaksa bergerak kerana tenaganya yang cukup kuat membuat aku terdorong ke depan. Dia bawa aku ke kawasan yang sedikit lapang.
Muncul tiga orang lelaki berpakaian khas.
"Aku dah jumpa dia." 'Dia' yang dia maksudkan itu aku. Matanya melirik ke arah aku dan ketiga-tiga lelaki itu mengucapkan syukur.
"Kau nak kami temankan kau sampai ke tebing ke?"
Dia menggeleng sekali dua.
"Kau dah tahu kan jalan keluar."
Dia angguk pula. Aku kat sebelah pula rasa nak meletup. Memandangkan lelaki lain ada kat sini aku sabar kejap.
"Dalam setengah jam lagi kau akan sampai kat tebing sungai. Dekat situ nanti kami tunggu kau sampai. Nanti kita naik bot untuk bawa kau balik ke pintu masuk taman negara."
Zahin angguk dan sebaik sahaja ketiga-tiganya pergi aku keraskan diri tidak bergerak.
"Kau tak nak balik?" soalnya ketika dia mahu mulakan langkah. Aku menggeleng geram. Hati sudah tidak mampu berdamai dengan diri lagi.
"Kalau aku tahu kau tak nak balik aku tak akan susah payah cari kau kat sini."
"Kenapa tak berterus-terang?" bicaranya aku balas dengan pertanyaan.
Dia angkat kening dan jungkit bahu.
"Kenapa kau tak cakap yang kau tu Zahin."
Lagi sekali dia hanya buat gaya. Terbalikkan tangan dan tunjuk tapak tangannya.
"Patutlah aku rasa pelik. Bila kau dekat dengan aku haiwan-haiwan lain pun akan muncul."
Dia sengih dan aku rasa nak je aku hempuk kepala dia. Dia boleh sengih begitu.
"Itu tandanya ramai yang sayang kau."
Aku menjeling geram.
"Kau memang jahat."
Dia baru nak melangkah dan kakinya terus kejung.
"Jahat macama mana?"
"Kau sengaja buat aku macam ni?"
"Sengaja apa?"
"Kau buat aku nampak macam bodoh. Bodoh ikut kau sampai ke sini."
"Maaf. Kau sendiri yang datang ke sini lepas tu hilang. Bukan aku yang pujuk kau nak bawa dating kat Taman Negara ni."
Aku cerlungkan mata.
"Aku tak hilanglah. Aku kena culik."
Aku betulkan kata-kata dia.
"Ya, sebab tu lah aku datang selamatkan kau."
"Kenapa nak selamatkan aku? Baik kau tinggalkan aku kat sini. Biar aku reput je kat sini."
"Kau memang tak sayang mulut. Dah ada orang datang selamatkan kau jual mahal pula."
Nampak mukanya tidak puas hati dengan aku.
"Kau sengaja datang selamatkan aku kan?"
"Ya. Supaya aku boleh dating dengan kau. Boleh berdua-duaan dengan kau lama-lama. Kalau aku ajak kau awal-awal lagi kau akan tolak."
![](https://img.wattpad.com/cover/326257293-288-k355203.jpg)
YOU ARE READING
THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed)
Mystery / ThrillerBLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana segala fakta diputar belit dia larikan diri daripada mereka yang seteru dengannya. Lalu dia benar-be...