BAB 39

358 30 0
                                    

Baru sampai di pejabat tetapi kepala asyik fikirkan Atiya di rumah Tok We. Dia harapkan gadis yang baru dikahwini itu baik-baik saja. 15 minit lagi kelas akan bermula dan dia perlu bersedia. Jadikan Atiya penguat semangat untuk dia terus berusaha membahagiakan gadis itu. Dia mahu bahagia yang Atiya kecapi boleh dibawa hingga ke syurga.

Capai briefcase atas meja lalu melangkah ke dewan kuliah. Hari ini hari terakhir dia menjadi pensyarah sambilan di sini. Selepas ini dia akan tetap pula di sini mengajar anak-anak bangsa tentang flora dan fauna. Itu bidang kemahiran dia.

Sebelum ini dia adalah pensyarah tetap di sebuah kolej swasta di Kuantan. Sudah lama memohon untuk tetap di UMT tetapi dek tiada kelayakan dia tangguhkan dulu dan habiskan Phd di UPM. Ulang alik yang memenatkan hingga penampilan pun tak terurus. Sudah setahun dia genggam ijazah tertinggi itu dan baru hari ini dia diterima. Apakah sebetulnya ini rezeki setelah menikah.

'Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.' - Surah Annur ayat 32

Dan benarlah apa yang telah dijanjikan tuhan.

Dia yakin. Hubungan halal yang direstui ini membawa sejuta rahmat dan mawaddah untuknya dan juga semua orang yang merestui. Abah restu. Tok We juga begitu. Sahak dan Raudah pun sama. Bagi pihak Atiya sendiri, gadis itu juga rela. Dia nampak apa yang orang tak nampak. Atiya sukakan dia tetapi masih mahu jual mahal.

Dia gelengkan kepala bila terkenangkan gadis itu. Tarik keluar telefon dari poket seluar dan letak ibu jari dipengimbas cap jari. Keluarlah muka Atiya yang sedang lena. Dia senyum. Gadis itu begitu lena. Dengkuran halus yang terhasil buat dia rasa mahu selami mimpi yang gadis itu alami. Sebab itulah dia rakam semuanya dalam telefon. Kepalanya disendeng ke pipi Atiya. Selepas itu terhasilah wefie yang lucu tetapi menjadi pengubat rindunya.

Dia rindu Atiya.

Simpan telefon dan tolak daun pintu.

"Mister Zahin?"

"Itu Mister Zahin ke?"

Kakinya terhenti.

"Wow. Benar ke ini Mister Zahin. Tak caya, weh!"

"Weh, Mister Zahin dan jadi lecturer paling kacak. Aku nak kahwin dengan Mister."

"Mister... tolong... tolong. Hati saya dah jatuh."

Dia senyum dengan suara-suara yang muncul. Kaki di susun melangkah ke meja dengan penuh gaya.

"Dah kena panggil sir. Itulah siapa suruh kau orang semua paksa mister ubah penampilan. Aku nak mister yang dulu."

Tergelak besar Zahin dengan suara para pelajarnya. Dia beri salam dan dijawab dengan kuat oleh semua pelajar.

"Sekejap." Salah seorang bangun dan pandang semua menyuruh senyap. Zahin kerutkan dahi.

"Apakah Mister Zahin dah kahwin?"

Zahin ukir senyum.

"Alah. Melepas. Mister... kita love you lah."

Memang ada yang jenis kepala masuk air. Tapi dia tak kisah. Mereka semua dah macam kawan baiknya.

"Dah. Hari ini last day aku ajar kau orang semua."

Dewan senyap. Nampak muka semuanya terkejut.

"Takkan lepas kahwin Mister Zahin dah tukar jadi Mister house husband."

THE SECRET OF MR.ZOOKEEPER (Completed) Where stories live. Discover now