Perth, Australia
Setelah hampir 6 jam berada di dalam kapal terbang. Akhirnya Dhia dan Hana mendarat juga di International Airport in Perth, Australia.
"Finally, here we are." Kata Hana ceria.
"Alhamdulillah. Penatnya.." Tutur Dhia pula.
Mereka berdua merenggangkan badan dahulu sebelum keluar dari kapal terbang.Hana membantu Dhia.
"Terima kasih, kak Hana. Dhia dah banyak susahkan akak." Ucap Dhia ikhlas.
"Takde susah lah. Kan akak dah ditugaskan untuk jaga Dhia. Jadi, ini dah jadi amanah dan tanggungjawab akak. Apa-apa jadi pada Dhia semua pada bawah tanggungjawab akak." Bicara Hana.
Sekarang mereka ingin mengambil beg pakaian mereka pula.
Dhia memang dah boleh berjalan. Tapi, masih lagi harus menggunakan tongkat. Soal tangan yang patahnya pula, sudah semakin membaik.
Balutan di tangannya juga sudah dibuka. Hanya kaki sahaja. Mesti kena banyak buat latihan untuk menguatkan kakinya lagi.
Semangatnya yang kuat dan sokongan dari orang sekeliling lah membuatkan dia ingin cepat-cepat sembuh.
Keluar sahaja dari airport, Hana melilaukan matanya mencari seseorang.
"Kak Hana cari siapa?"
"Cari orang yang ambil kita. Kejap. Dhia tunggu sini dulu." Kata Hana dan berlalu mencari orang tersebut.
Dhia melihat kepergian Hana dan menunggu Hana.
Tak lama selepas itu, Hana datang bersama dengan seorang lelaki yang agak berusia sedikit. Umurnya mungkin agak sama dengan abah.
"Dhia, jom." Ajak Hana.
"Ni ke orangnya?"
"Ha'ah. Jom lah. Emm, sir William. Can you help us to bring this suitcase? I need to help her."
"Of course. Let me bring this suitcase." Sir William beralih membantu untuk membawa beg pakaian Dhia yang agak besar itu.
"Thank you, sir. Sorry, if it bothers you." Ucap Dhia.
"No problem. This has become a task in my job." Sir William menghadiahkan senyuman pada Dhia.
Setelah itu, mereka terus bergerak mendekati kereta Sir William. Dhia menyuruh Hana untuk masuk ke dalam kereta dahulu sementara dia ingin membantu Sir William memasukkan semua beg ke dalam bonet kereta.
Siap sahaja semuanya, Hana dan Sir William memboloskan diri ke dalam kereta. Sir William mula memandu dengan tenang untuk ke apartmen yang akan ditempati mereka berdua.
"Are you guys came here for holiday?" Tanya Sir William.
"No. We study here." Jawab Hana.
"Oh. So, you are a student. This is you guys first time to come here?" Soal Sir William lagi. Cuba untuk beramah mesra.
"No. I have been here several times on vacation." Jawab Hana lagi.
Dhia hanya diam di sebelah dan matanya merenung ke arah luar kereta. Tiada riak.
Hana mengusap lembut lengan Dhia bagi menyedarkan Dhia dari lamunannya.
Berpaling kepala Dhia memandang Hana yang duduk di sebelahnya. Dia tersenyum kecil kepada Hana.
"Dhia okay tak?" Tanya Hana perlahan.
"Dhia cuba untuk okay. Dhia rindu umi, abah, along dan angah." Kata Dhia.
"That's a normal."
Setelah itu, mereka semua senyap tanpa ada seorang pun yang membuka bicara sampai lah ke apartmen mereka.
YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...