Loyalty Airlines
Dayyan duduk termenung memandang pemandangan luar yang ditembusi dari cermin besar ruangan bilik pejabatnya.
Ruangan besar biliknya ini sunyi sepi sahaja. Dah macam kawasan tanah perkuburan.
Tiba-tiba, Dayyan teringat akan perihal Dhia. Dah berbulan dia mencari Dhia. Datang ke rumah keluarganya juga Dhia tiada. Bila ditanya tentang Dhia pada Muiz pasti Muiz mengelak.
Seperti sedang menyembunyikan sesuatu yang dia tidak tahu. Bukan Muiz sahaja. Bahkan orang sekelilingnya termasuk lah keluarganya.
Mengeluh Dayyan. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia terus-terusan memikirkan tentang Dhia. Sebelum ni, dia yang suruh Dhia jauhkan diri dari dia.
Dayyan teringatkan kembali ucapan dia terhadap Dhia. Mesti Dhia terasa sangat dengan kata-katanya.
Flashback
Sempat Dayyan bersuara sebelum meninggalkan Dhia di situ keseorangan diri.
"Kau tak kenal aku, Dhia. Kau buang je lah perasaan kau tu. Sebab aku takkan hargai sikit pun perasaan kau pada aku. Kau tu budak mentah lagi. Kau tak malu ke nak cintakan lelaki yang sebaya dengan abang kau?"
"Taraf kita berbeza. Aku takkan suka atau jatuh cinta dengan perempuan macam kau. Perempuan macam kau ni senang untuk aku pijak dan buang je. Jadi, aku nak kau pergi jauh dari hidup aku. Kalau, boleh jangan pernah tunjuk muka kau depan aku lagi. Jijik. Kau ingat tu." Dayyan berkata dengan kasar.
Setelah itu, baru Dayyan membuka langkah meninggalkan Dhia yang sudah menangis.
Tiada langsung sekelumit perasaan bersalah dalam hati Dayyan selepas melontarkan kata-kata seperti itu pada Dhia.
Dia membiarkan sahaja Dhia menangis sendiri tanpa dipujuk.
End Flashback
Mengeluh Dayyan lagi. Dia memicit pelipisnya. Pening dia.
Lagi satu yang buatkan dia tertanya-tanya. Siapa perempuan yang tarik dia masa kemalangan hari tu? Dia yakin ada seseorang di situ yang turut sama kena langgar sekali dengan dia.
Perkara ini juga bila ditanya. Pasti keluarganya atau kawan-kawannya akan mengelak untuk menjawab.
Macam ada sesuatu yang disembunyikan. Dhia juga pergi hilang macam tu je. Langsung tiada khabar berita.
'Tok tok tok'
Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk dari luar. Tersentak Dayyan. Dia memusingkan kerusinya mengadap meja kerjanya semula sebelum memberi izin pada orang tersebut untuk masuk.
"Masuk." Laung Dayyan.
Perlahan pintu itu dikuak dari luar. Terpampang lah seorang perempuan seksi masuk ke dalam ruangan bilik pejabat Dayyan.
Lagi-lagi, Dayyan mengeluh. Hari ni saja dah banyak kali dia mengeluh. Matanya dinaikkan ke atas.
"Hai, sayang." Kata perempuan seksi itu.
"Kau nak apa ni, Syaqila?" Tanya Dayyan kasar.
"I nak ajak you lunch. Jom? Dah lama kita tak lunch sama. I miss you." Ucap Syaqila dengan nada manja.
Dia berjalan mendekati Dayyan yang sedang duduk di kerusinya. Selepas itu, Syaqila mengurut bahu Dayyan.
"I tahu you penat. Kesian you. Dah lah baru lepas keluar hospital. Now, you kena kerja pula. Kenapa tak duduk rehat je dekat rumah?"
Diam. Dayyan hanya membiarkan sahaja apa yang dilakukan Syaqila sekarang.
Dia memerhati.
"Sayang..I'm talking to you. Jawab lah."
![](https://img.wattpad.com/cover/333061970-288-k661872.jpg)
YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...