Dayyan menuruni tangga untuk ke tingkat bawah. Dayyan mendengar seperti ada bunyi bising di dapur.
Dayyan berjalan menghampiri dapur dan dapat Dayyan lihat Dhia yang sedang mengacau sesuatu di dalam periuk. Dia hanya memerhati isterinya di kaunter table.
"Sedap ke eh?" Tanya Dhia sendiri sambil merasa sedikit makanan yang dimasaknya.
"Emm..sedap macam selalu. Ini Dhia Marwa lah. Sentiasa tip top." Puji Dhia diri sendiri.
Selepas itu, Dhia sambung mengacau lagi sebelum ditutup api dapur.
"Hmm..rasa macam nak letak sesuatu je. Biar Dayyan tu tak pandang perempuan lain. Tapi, tak baik. Dosa besar. Syirik. Astaghfirullah al azim." Bebel Dhia dan beristighfar dengan menggeleng kepala.
Dayyan yang mendengar dan melihat kelakuan isterinya sudah tergelak kecil. Alahai isteri comel sangat ni kenapa?
Dhia yang mendengar suara ketawa seseorang di belakangnya terus berpusing. Dia dah tahu siapa orang itu. Kerana dekat rumah ni tiada orang lain lagi selain dari dirinya dan Dayyan sahaja.
"Kau nak bomoh kan aku ke, baby?" Tanya Dayyan dengan menaikkan sebelah keningnya.
Dhia hanya diam memerhati suaminya dari atas hingga bawah dengan hanya memakai short pants. Bahagian atas badan pula terdedah dari sebarang kain.
Nampak perut ketul-ketul yang enam pack itu. Nampak menyelerakan. Dah macam roti bun.
Rambutnya pula messy. Dah gaya ala-ala badboy gitu. Dahtu Dayyan menyilangkan tangannya. Nampak macho lah weh. Tengok bicep dia. Huwaaaa!!
Dhia nak minta oksigen. Tolong!!
"Berapa lama awak kat belakang ni?" Tanya Dhia seperti acuh tak acuh.
"Dah lama. Dapat lah hubby dengar orang tu nak letak 'something' dalam makanan tu supaya hubby tak pandang perempuan lain." Jawab Dayyan dengan tersenyum-senyum.
Terkelu lidah Dhia. Selepas itu, Dhia berpusing berjalan mengambil mangkuk di rak untuk meletakkan sayur lemak yang dimasaknya tadi ke dalam mangkuk.
Dayyan mengeluh. Marah lagi ke ni? Panggil hubby pun tidak.
Dayyan mendekati Dhia. Dia melingkarkan tangan besarnya di pinggang Dhia.
Terhinjut kedua bahu Dhia. Untung tak jatuh mangkuk yang dipegangnya itu. Kalau, jatuh memang kena lah Dayyan ni.
"Are you still mad at me?" Tanya Dayyan dengan dagunya diletakkan di atas kepala Dhia.
Dhia diam dan meneruskan mencedok sayur lemak itu masuk ke dalam mangkuk. Dibiarkan sahaja Dayyan yang berada di belakangnya.
Tapi, yang dia rimas sekarang ni tangan Dayyan tak duduk diam. Dhia menyudahkan mencedok sayur lemak itu dan dibawa ke meja makan.
Dayyan masih lagi memeluknya. Dia mengikuti ke mana sahaja isterinya pergi. Dayyan masih setia memeluk Dhia.
Walaupun Dhia rasa agak sukar untuk bergerak kerana Dayyan yang memeluknya itu. Tapi, dibiarkan sahaja. Sebab dia pun suka.
"Lepas. Dah siap tu." Arah Dhia. Suaranya masih dingin.
Sebenarnya Dhia sudah tak marahkan Dayyan. Tapi, saja dia nak tengok macam mana Dayyan pujuk dia. Lagipun, tadi dia ada call Muiz dan Mikail. Mereka dah ceritakan semuanya.
"Tak nak." Kata Dayyan.
"Saya kata lepas." Dayyan menggeleng.
"Dayyan Amsyar." Dhia menyebut nama penuh Dayyan. Mengendur bahu Dayyan.
ANDA SEDANG MEMBACA
DAYYAN'S LOVER [C]
RomantikDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...
![DAYYAN'S LOVER [C]](https://img.wattpad.com/cover/333061970-64-k661872.jpg)