Selepas habis sesi luahan antara satu sama lain, mereka berdua duduk di atas katil sambil menunggu orang untuk datang menyiapkan diri mereka.
Dhia duduk dipangku Dayyan. Dayyan dari tadi tidak mahu berjauhan dengan Dhia. Ke mana sahaja Dhia pergi, Dayyan ikut.
"Baby..kau tak nak buka tudung ke?" Tanya Dayyan dengan tangan melilit di pinggang Dhia.
Kepalanya disengetkan menatap wajah isterinya. Dhia malu kerana ditenung sebegitu oleh Dayyan.
"Perlu ke buka?" Soal Dhia kembali.
"Perlu lah. Kita dah halal. Aku bukakan eh?" Dayyan menawar diri untuk membuka tudung Dhia.
"Eh takpa. Saya buka sendiri." Larang Dhia.
Dia mahu bangun dari duduknya di atas paha Dayyan. Tapi, Dayyan memeluknya dengan lebih erat. Dia menggelengkan kepala.
"Lepas lah. Saya nak buka tudung ni." Pinta Dhia perlahan. Dia sebenarnya malu kerana Dayyan memeluknya. Dhia masih lagi tidak terbiasa dan kekok.
"Kenapa tak bagi aku buka?" Dayyan menjungkitkan sebelah keningnya.
"Saya kan boleh buka sendiri." Kata Dhia.
"Biarlah aku buat."
"Tak.."
"Jangan bantah." Tegas suara Dayyan memintas kata-kata Dhia yang ingin membantahnya.
Dhia diam di atas pangkuan Dayyan sambil Dayyan membuka tudungnya. Dicabut satu-persatu pin yang ada di tudungnya dengan berhati-hati.
Siap mencabut semuanya, Dayyan menjatuhkan tudung Dhia dengan perlahan. Dibuka scarf tudung Dhia. Jatuh beralun rambut Dhia dengan cantik. Terpegun Dayyan melihatnya.
Dayyan mengelus lembut rambut Dhia. Ditarik sedikit dan dicium rambut isterinya. Wangi!
Dhia membiarkan sahaja Dayyan. Dia diam dalam pelukan Dayyan. Dayyan semakin mengeratkan pelukannya pada pinggang Dhia.
Mereka berdua sama-sama senyap menikmati suasana itu. Dayyan membenamkan mukanya pada ceruk leher Dhia.
"Bila baby mula pakai tudung?" Tanya Dayyan tiba-tiba bila lama mereka diam.
"Hah?" Blur Dhia.
Dayyan mengangkat kepalanya dari ceruk leher Dhia. Terangkat kedua alisnya. Dayyan tahu yang Dhia dengar pertanyaannya.
"Ohh. Lepas setahun saya pergi." Kata Dhia.
"Boleh aku tahu kau pergi mana?" Ditatap wajah Dhia. Dielus lembut pipi kanan Dhia.
"Perth, Australia."
"Perth?" Terkejut Dayyan mendengar nama tempat.
Dhia menggangguk tanda mengiyakan. Tapi, kenapa Dayyan terkejut sangat?
"Selama 4 tahun kau dekat Perth?"
"Yalah. Dekat Perth 4 tahun. Kenapa?"
"Aku ulang alik dari Malaysia ke Perth ada urusan busines dan kadang-kadang flight pergi sana as a pilot. Tapi, sekali pun aku tak pernah jumpa kau. Tapi, pernah one day aku nampak Hana."
"Nampak kak Hana? Kak Hana tak kata apa dengan saya."
"Aku tak sempat tegur dia. Lagipun aku tahu yang Hana pergi Perth sebab study. Tapi, aku tak tahu pula yang kau pun ada sama dengan Hana dekat Perth." Beritahu Dayyan jujur.
Dhia memberi senyuman manis pada Dayyan. Sesudah itu, terus leher Dayyan dirangkul erat. Kepalanya dilabuhkan di atas dada tegap Dayyan.
Dayyan mengelus lembut sisi kepala Dhia. Sesekali bibirnya hinggap di atas ubun-ubun Dhia.
ANDA SEDANG MEMBACA
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...
![DAYYAN'S LOVER [C]](https://img.wattpad.com/cover/333061970-64-k661872.jpg)