Dayyan lagi duduk bersama dengan ahli keluarganya yang lain di ruang tamu. Tadi Puan Sri Aisyah berkata ada hal yang hendak dibincangkan.
"Perkara apa mama nak bincang ni?" Tanya Daniel ingin tahu.
"Mama nak bincang soal majlis pertunangan along dengan Azira, anak kawan mama." Beritahu Puan Sri Aisyah jujur.
Terkejut semua yang mendengar termasuk lah dengan Dayyan. Langsung tegak badannya menghadap mamanya itu.
"Apa ni ma? Takde angin, takde ribut tiba-tiba majlis tunang." Marah Dayyan.
"You like it or not, you have no choice. Mama dah bincang dengan kawan mama yang kami akan tunangkan kamu berdua hujung bulan ini." Kata Puan Sri Aisyah tegas.
"What's wrong with you, ma? This is my life. Boleh tak mama jangan masuk campur dalam hidup Am? Am ada pilihan Am sendiri."
"Nak tunggu Am sampai bila? Sampai mama dah mati? Macam tu? Am, mama ni dah tua tau. Mama nak juga tengok Am bahagia. Tunang dengan Azira, ya? Mama tahu dia boleh bahagiakan Am." Pujuk Puan Sri Aisyah.
"No, ma. Ini kehidupan Am. Mana mama tahu yang Am akan bahagia dengan perempuan tu? Am kenal dia pun tidak. Senang-senang macam tu je mama jodohkan Am. Mama langsung tak bincang apa dengan Am. Tahu-tahu dah tetapkan tarikh pertunangan. Am ni anak mama atau bukan?"
"Mama merayu sangat Am." Puan Sri Aisyah memujuk Dayyan lagi.
"Am tak boleh, ma." Ucap Dayyan perlahan.
"Kenapa?"
"Sebab Am dah ada pasangan pilihan hidup Am sendiri. Am dah janji pada diri Am untuk jadikan dia sebagai isteri Am. Cuma dia je yang boleh bahagiakan Am. Am minta maaf, ma. Am tak boleh tunaikan permintaan mama untuk bertunang dengan pilihan mama." Sejurus itu, terus Dayyan melangkah pergi keluar dari rumah agam keluarganya.
Dia tak nak bertengkar dengan Puan Sri Aisyah hanya kerana hal ini.
•••••
"Mama tak pernah tahu pun yang abang kamu dah ada pilihan dia sendiri."
"Sebab mama tak pernah tanya, abang Am. Mama buat keputusan untuk jodohkan abang Am macam ni tanpa berbincang dengan abang Am, mama rasa abang Am terima tak?" Tanya Daniel dengan lembut. Tak mahu menyakiti perasaan mamanya.
Puan Sri Aisyah hanya diam. Tidak tahu mahu menjawab apa.
"Tak kan? Mama sendiri boleh nampak dari awal mama nak jodohkan abang Am dengan sesiapa sahaja mesti abang Am akan bantah dan memberontak. Akhirnya mama dengan abang Am akan bergaduh. Masam muka." Sambung Daniel lagi.
"Sudah-sudah lah ma nak jodohkan abang Am tu. Niel tahu mama risau sebab abang Am dah umur 30 tahun pun masih lagi belum kahwin. Tapi, mama tak perlu risau. Niel yakin yang abang Am dah jumpa perempuan yang sesuai untuk dijadikan isteri. Percaya lah dengan abang Am." Ujar Daniel panjang lebar.
"Kamu tahu ke siapa perempuan tu?" Soal Puan Sri Aisyah. Rasa macam nak tahu pula siapa gerangan gadis tersebut sehingga anaknya boleh menolak perjodohan ini kerananya.
"Niel tak tahu. Tapi, Niel yakin dengan abang Am. Abang Am takkan pilih sebarang perempuan untuk dijadikan isteri." Kata Daniel bersama gelengan.
Daniel tahu siapa perempuan tersebut. Tapi, hanya didiamkan sahaja. Sampai masa nanti Puan Sri Aisyah akan tahu juga.
Waktu tu sampai mesti Puan Sri Aisyah takkan menghalang. Malah dia merestui lagi ada lah.
•••••
YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...