Malamnya, Dhia masih lagi tidak bertegur dengan Dayyan. Dayyan sendiri pun masuk bilik hanya diam sahaja. Nampak Dhia juga dibuat tidak tahu.
Dhia yang duduk di kerusi sambil menghadap cermin meja solek itu tersentak sedikit apabila pintu biliknya dikuak. Dia meneruskan sahaja kerjanya menyapu losyen di tangan. Dia tahu siapa.
Dayyan lah.
Dayyan melangkah masuk ke dalam bilik da melihat Dhia. Dia duduk di birai katil. Direnung sahaja isterinya yang senyap. Rindu pula dia dengan celoteh Dhia. Selalunya masa-masa macam ni mulut Dhia macam popcorn. Ada sahaja yang nak diceritakan.
Siap sahaja Dhia memakai losyen. Dia bangun dan berjalan naik memanjat katil. Dia mula merebahkan badannya dengan selesa di atas tilam. Ditarik selimut sehingga ke paras leher.
Bukannya dia tak nak tegur Dayyan. Tapi, hati dia masih lagi terasa dengan Dayyan.
Dayyan memandang Dhia dan dia turut merebahkan badan ke atas tilam di sebelah Dhia. Dia melihat ke sebelah. Ada penjarakan antara mereka.
Perlahan Dayyan mendekatkan diri dia dengan Dhia. Selepas itu, tangan Dhia naik memeluk pinggang Dhia. Dhia yang terasa pinggang nya dipeluk dari belakang mula mencelikkan matanya.
"I'm sorry, sayang. Hubby takda niat nak marah sayang tengah hari tadi. Hubby cuma nak sayang rehat dan cepat sembuh. Hubby minta maaf." Ucap Dayyan perlahan.
Kepalanya dirapatkan dengan belakang Dhia. Dia mencium rambut Dhia. Langsung tiada jarak antara mereka bila Dayyan mengeratkan lebih lagi pelukan.
Diam.
Dhia kaku.
Lama-lama Dhia semakin merasa agak rimas kerana pelukan tersebut terlalu erat. Dhia menolak tangan Dayyan yang berada di pinggangnya.
Tersentak Dayyan apabila tangan nya ditolak Dhia.
"Sayang.." Perlahan suara Dayyan menyeru Dhia.
"Apa?" Jawab Dhia acuh tak acuh.
"Sayang, hubby minta maaf."
"Senang. Awak dah marah saya. Lepas tu, awak nak minta maaf. Saya terasa sangat." Kata Dhia. Panggilan hubby dan Dhia juga tiada.
"Hubby minta maaf..hubby tahu hubby salah. Hubby tak sepatutnya marah sayang. Hubby cuma risaukan sayang je."
"Apa-apa je lah. Saya penat. Nak tidur. Nanti tak tidur kena marah lagi." Sinis Dhia membalas kata-kata Dayyan.
Tangan Dayyan naik memeluk Dhia sekali lagi. Wajahnya turut disembamkan di ceruk leher Dhia. Dikucup sekejap leher Dhia. Terasa geli pula Dhia dibuatnya.
"Sayang.." Merengek Dayyan.
"Lepas lah. Apa benda awak ni? Saya rimas." Dhia mencuba melepaskan pelukan tersebut. Tapi, tidak berjaya. Banyak kali dicuba, tetap sama. Akhirnya, dia mengalah. Dia biarkan sahaja Dayyan memeluk.
"Sayang, I'm sorry. I am really sorry. Please.." Merayu Dayyan tidak berhenti meminta maaf kepada Dhia.
Lama-lama Dhia merasa kesian. Perlahan Dhia memusingkan badannya menghadap Dayyan. Pusing sahaja, puncak hidung masing-masing tersentuh. Tersangat rapat. Langsung tiada jarak.
Dhia usap pipi Dayyan. Mata mereka bersabung. Dalam pandangan masing-masing.
"Hubby minta maaf." Ucap Dayyan sekali lagi. Tak jemu dia mengucapkan kata maaf.
"Janji hubby tak buat lagi?" Tanya Dhia serius.
"Janji."
"Hubby tak pernah tinggi suara dengan Dhia tau. Tapi, tadi.." Kata-kata Dhia terhenti bila Dayyan mencium bibir Dhia.
YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...