Malam mulai menjelma. Dayyan sudah terduduk di tepi sinki. Tak larat dah. Dari tadi dia ulang alik dan keluar masuk ke tandas. Dan sejak dari dua hari lepas juga lah dia asyik kerap muntah.
Dia sendiri pun tidak tahu apa punca dia boleh muntah sehingga sekerap ini. Dia ada tersalah makan ke? Perutnya masuk angin ke?
Tiba-tiba, Dayyan merasakan belakang badannya seperti ada seseorang yang mengusap lembut. Perlahan kepalanya berpaling melihat figura tersebut.
"Hubby okay tak ni? Nak pergi klinik?" Risau Dhia melihat keadaan suaminya yang seperti ini.
Menggeleng perlahan kepala Dayyan. Tapi, dia sungguh tak larat. Terpejam matanya dan melepaskan nafas berat.
Dhia yang melihatkan Dayyan seperti itu langsung dipeluk suaminya dengan erat. Puncak kepala Dayyan dilabuhkan beberapa kucupan.
Tangan Dayyan naik memeluk pinggang Dhia. Wajahnya disembamkan di dada isterinya. Dayyan merasa tenang dan rasa mual yang ingin dia muntahkan tadi beransur hilang. Rasa peningnya juga berkurangan.
"Hubby, kejap." Berkerut wajah Dayyan apabila Dhia melepaskan pelukan mereka. Kacau lah isteri dia ni.
Selepas itu, Dhia menghulurkan tangannya setelah berdiri dari cangkungannya tadi.
"Jom. Kita keluar dari bilik air. Takkan nak bermanja dekat sini." Dayyan menyambut huluran tangan Dhia.
Berdiri sahaja terus badan Dhia dipeluk dari belakang. Wajahnya disembamkan pula di ceruk leher Dhia.
"Kalau dah macam ni, macam mana nak jalan. Lepas sekejap lah." Laju Dayyan menggeleng tidak mahu.
"Jalan je lah. Hubby selesa macam ni. Bila hubby bau sayang, rasa mual hubby hilang." Beritahu Dayyan perlahan.
"Yalah." Mengalah Dhia. Dibiarkan sahaja Dayyan yang bergelayut manja dengannya.
Agak susah buat mereka untuk berjalan seperti ini. Tapi, apa kan daya. Dah si baby tua ni tak nak berenggang langsung. Nak tak nak, terpaksalah Dhia.
Sampai sahaja di katil, mereka melabuhkan duduk di atas katil. Sempat tadi tangan Dhia mencapai remote tv.
"Hubby jangan ketat-ketat lah peluknya. Tak boleh nafas ni." Kata Dhia.
"Sorry, baby." Dayyan merenggangkan sedikit pelukan mereka.
Tiba-tiba, baru Dhia teringat yang dia ingin memberitahu tentang kandungannya ini kepada Dayyan. Mesti Dayyan happy.
"Hubby..lepas kejap. Dhia nak ambil barang." Pinta Dhia dengan lembut.
"Biar je lah barang tu."
"Mana boleh biar. Ni suprise tau. Nak tak?"
"Esok-esok je lah, sayang."
"Mana boleh. Penat tau Dhia berusaha nak ada kan suprise ni untuk hubby. Lepas sekejap je. Dhia janji." Dhia menepuk-nepuk tangan Dayyan yang berlingkar di pinggangnya itu.
Mahu tidak mahu, Dayyan melepaskan jua walaupun dengan terpaksa. Cemberut wajahnya. Dhia yang melihat wajah suaminya sudah tersenyum. Dicium pipi Dayyan sekejap sebelum turun dari katil mendekati handbag nya.
Dayyan pula melihat isterinya dari ekor mata. Dapat dilihat yang Dhia sedang mengeluarkan sesuatu dari handbag. Nampak macam kotak kecil pastu ada reben. Kotak tu pula berwarna merah jambu dan biru cair.
Setelah Dhia mengambil kotak tersebut, dia berjalan semula mendekati Dayyan. Tersenyum-senyum Dhia. Apa yang Dayyan nampak dan perasan. Wajah isterinya semakin berseri-seri. Cantik dia luar biasa.
YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...