Pejam celik-pejam celik lagi satu hari tinggal untuk Dhia akan habiskan masa pantangnya yang selama 44 hari.
Tak sabar Dhia untuk habiskan masa-masa pantang dia ini. Lepas ni, boleh lah dia makan macam-macam. Dia dah jemu makan makanan orang pantang. Walaupun sedap dan Dayyan selalu bertukar menu.
Tapi, tetap sahaja dia dah bosan. Dayyan pula sekarang dah dua hari mula masuk ke office semula. Sekarang ini, Dhia di rumah dijaga oleh Dara.
"Kak long." Panggil Dara ceria.
Dhia yang sedang duduk di tepi kolam mula berpaling memandang Dara yang berjalan mendekati dirinya. Terukir senyuman dia melihat adik iparnya ini.
Di tangan Dara pula ada satu kotak besar. Sampai sahaja dekat, baru Dhia dapat lihat dengan jelas kotak apa. Ternyata pizza yang baru sahaja Dara pesan tadi.
Dara mengambil tempat di sebelah kakak iparnya sambil tersenyum senang.
"Kak long nak? Kalau nak, ambil je. Dara tak boleh makan seorang." Ujar Dara selamba.
Kejung Dhia. Adik ipar dia ni biar betul? Aku tengah pantang lagi ni. Ini kalau Dayyan tahu, mampus aku. Dengan adik dia ni sekali kena. Cari nahas betul si Dara ni.
"Kak long tengah dalam pantang lagi ni Dara." Kata Dhia.
"Dah nak habis pun kan? Boleh je."
"Boleh tu boleh. Tapi, kalau tahu dek along Dara memang habis lah kak long kena nanti. Lagi-lagi kalau mama tahu. Dara kena bebel tau. Nak kena bebel dengan mama?" Tanya Dhia dengan merenung wajah Dara.
Dara menggelengkan kepala tidak mahu. Tapi selepas itu, dia mendapat satu idea. Dara sudah merasa idea dia ini adalah idea yang paling bernas.
"Kalau takda siapa yang buka cerita pasal ni, mama dengan along takkan tahu. Ni jadi rahsia kita berdua je kak long. Dara janji, Dara tak cerita dekat siapa-siapa." Dara mengangkat gaya tangan seperti sedang berikrar.
"Nakal eh? Tapi janji?" Dhia mengeluarkan jari kelingkingnya. Dara yang melihat itu apa lagi. Langsung tersenyum suka dan menautkan jari mereka bersama.
Tanpa mereka berdua sedar, Dayyan sedang memerhati kelakuan mereka sambil berdiri tidak jauh dari Dhia dan Dara.
Dapat Dayyan dengar dengan jelas apa yang dikatakan Dhia dan Dara barusan. Tajam mata dia melihat tangan Dhia mencapai sekeping potongan pizza.
Laju kaki Dayyan dihayunkan mendekati Dhia. Baru sahaja Dhia mahu menyuapkan pizza tersebut ke dalam mulutnya. Ada satu suara garau yang menegur. Dhia cam akan suara tersebut. Laju kepalanya berpusing melihat gerangan itu.
Membuka mata Dhia melihat Dayyan yang sudah terpacak berdiri sebelahnya. Dara juga sama. Menelan air liur mereka berdua. Terasa kesat pula.
"Hub-hubby." Tegur Dhia dan memaniskan wajahnya. Kepingan pizza itu diletakkan semula di dalam kotak.
"Bila hubby sampai ni? Dhi-Dhia tak de-dengar bunyi kereta hubby pun." Tergagap-gagap Dhia menyoal.
Dayyan pula hanya memerhati tingkah isterinya yang sudah gegabah kerana takut dan cuak. Dhia bangkit dari duduknya dan melangkah merapati Dayyan. Wajahnya masih tersungging dengan senyuman.
Dara hanya diam di tempatnya. Terasa payau nak makan pizza ini sekarang. Mati lah aku. Boleh kantoi pula.
"Pergi lah makan pizza tu." Mendatar suara Dayyan dengan matanya terus menatap Dhia.
"M-mana ada Dhia nak makan. Dhia bau-bau je tadi tu. Yalah, orang kata ambil bau sahaja pun dah kenyang." Seloroh Dhia tenang. Padahal dalam hati dah menjerit sebab takut.
ANDA SEDANG MEMBACA
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...
![DAYYAN'S LOVER [C]](https://img.wattpad.com/cover/333061970-64-k661872.jpg)