Dayyan's Lover : 47

6.1K 210 9
                                    

Loyalty Airlines

Kelam kabut Faris berjalan untuk mencari Dayyan di bilik pejabat Dayyan. Laju dia berjalan melepasi semua orang. Pelik yang lain memandang orang kanan bos mereka ini.

Sampai di depan pintu bilik Dayyan, Faris mengetuk bagai nak roboh pintu itu.

"Masuk!" Laung Dayyan dari dalam.

Setelah mendapat keizinan dari Dayyan, baru lah Faris membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam.

"Tuan, tuan, tuan." Semput Faris. Gaya dia dah macam baru lepas kena kejar dengan hantu.

Berkerut dahi Dayyan melihat Faris sebegini. Dah kenapa?

"Kau okay tak ni?" Tanya Dayyan.

Faris menunjukkan tapak tangannya di hadapan Dayyan tanda menyuruh Dayyan tunggu sebentar. Bagi lah dia sedut nafas dulu. Dah pendek nafas dia sekarang ini.

Selepas 3 minit dia menenangkan diri, baru lah dia mula untuk bersuara.

"Saya ada perkara nak bagitahu, tuan. Tentang Syaqila."

"Kenapa dengan dia?"

"Malam tadi Syaqila dapat lepaskan diri."

"What?!" Melengking kuat suara Dayyan ketika itu.

"Sabar dulu, tuan. Ada lagi ni."

"Apa?" Soal Dayyan dengan suara tertahan.

"Malam tadi kami cari Syaqila merata tempat dan kami jumpa dia. Tapi, yang kami jumpa mayat Syaqila. Apa yang kami pasti Syaqila kena bunuh. Banyak kesan tikaman dekat badan dia dan muka dia ditoreh-toreh sehingga terkoyak kulit mukanya. Lagi satu, perut Syaqila dibelah dan usus perut terkeluar dari perut." Beritahu Faris dan itu dapat membuatkan Dayyan terkejut.

"Kau biar betul? Dah tahu siapa yang buat?" Faris menggeleng.

"Belum lagi. Saya dah suruh Rashid untuk siasat pasal ni." Kata Faris.

Tiba-tiba Dayyan teringat tentang Dhia yang berada di rumah seorang diri. Risau. Dayyan melihat jam di tangannya. Sudah jam 4:30. Ada lagi 30 minit sebelum waktu balik.

"Aku balik dulu." Tutur Dayyan yang sudah bangun dari kerusinya.

"Hah?" Terkejut Faris.

"Aku balik dulu. Nanti ada apa-apa call aku." Pesan Dayyan dan berjalan keluar dari biliknya. Faris mengekori dari belakang.

"Baik, tuan."

•••••

Dhia lagi seronok menonton televisyen yang menayangkan sepahtu reunion di ruang tamu. Gelak-gelak dia dari tadi.

"Lawak lah si Jep ni. Sakit perut aku." Ucap Dhia sambil menekan-makan perutnya. Letih dia. Dari tadi gelak tak berhenti.

"Haus lah pula." Dicapai cawan yang berisi air sirap di atas meja yang diletakkan di hadapannya. Diteguk perlahan-lahan.

Mulutnya mengembung kerana air itu belum ditelan lagi. Dhia meletakkan cawan tersebut dan kepalanya berpaling ke sebelah kanan. Tersembur airnya dan terkena pada orang yang duduk di sebelahnya.

"Hub-hubby." Terkejut Dhia. Bingkas dia bangun dari duduknya untuk mencari tisu.

Terpejam rapat mata Dayyan apabila terkena semburan air sirap dari sang isteri tercinta. Perlahan dia membuka matanya.

Dhia datang semula dan duduk menghadap Dayyan. Di lap wajah Dayyan dengan menggunakan tisu yang diambil dari dapur.

Dayyan membiarkan sahaja Dhia yang sedang membersihkan wajahnya itu. Sedangkan dia menatap wajah Dhia yang sudah berkerut-kerut.

DAYYAN'S LOVER [C]Where stories live. Discover now