Mendengus kasar Fariha bila dia dikurung di rumah keluarganya dan tidak dibenarkan keluar ke mana-mana.
Bengang hati dia rasakan sekarang. Sudah hampir 3 minggu dia tidak keluar. Ke ruma tok nek juga tidak diizinkan oleh emak dan ayahnya.
Semua ni gara-gara Faiqa. Faiqa memberitahu tentang punca keguguran Dhia kepada kedua orang tua mereka. Memang habis diganyang oleh Puan Juria setelah dia sampai di rumah.
Flashback
Malas-malas Fariha melangkah masuk ke rumah keluarganya. Dah lah baru lepas balik dari rumah Dayyan. Kena cekik pula tu.
Sampai sahaja di rumah tok nek, belum lagi dia melabuhkan punggung. Puan Asiah menelefon dan meminta dia untuk segera pulang.
Masuk sahaja ke dalam rumah, tidak semena-mena wajahnya dihinggap satu tamparan yang sangat kuat. Berpaling kepala Fariha melihat gerangan yang telah menamparnya.
Ternyata Puan Asiah. Emaknya sendiri. Faiqa dan Encik Faizul hanya berdiri di belakang Puan Asiah yang sudah mulai menyinga.
"Apa mak ni? Tiba-tiba nak melempang anak sendiri." Kata Fariha tidak puas hati.
"Memang patut pun aku lempang kau ni. Aku tak sangka rupanya kau penyebab Dhia keguguran. Aku tak tahu lah dari mana silapnya aku besar dan didik kau. Anak memalukan keluarga!" Jerkah Puan Asiah di hadapan Fariha.
Tersentak Fariha dengan jerkahan Puan Asiah. Dia turut terkejut dari mana emaknya boleh tahu soal ini. Pantas matanya mencari figura kakaknya. Pasti kakaknya tahu dan dia lah yang beritahu kepada Puan Asiah dan Encik Faizul.
"Ada bukti ke nak tuduh Fari yang buat perempuan tu sampai gugur?" Tanya Fariha dengan berani. Walaupun dia sudah gentar dengan pandangan tajam yang dilemparkan Puan Asiah.
"Kakak kamu ada bukti dan dia jadi saksi dengar apa yang kamu bagitahu pada tok nek." Encik Faizul bersuara.
Faiqa membuka rakaman suara antara Fariha dan tok nek yang dirakam secara senyap-senyap.
.....
"Tok nek. Fari ada perkara nak bagitahu."
"Apa dia?"
"Fari tak sengaja tertolak perempuan tu sampai jatuh dan celah kangkang dia keluar darah."
"Celah kangkang dia keluar darah? Bagus. Gugur lah tu. Tok nek suka."
"Tok nek tak marah Fari ke?"
"Dah kenapa tok nek nak marah kamu? Lagi bagus perempuan tu gugur. Aku tak nak ada keturunan yang lahir dari rahim perempuan tu."
"Jadi tok nek tak kisah lah perempuan tu gugur? Padahal itu kan anak abang Am."
"Memang lah anak Am. Tapi lahirnya dari perempuan tu. Aku tak sudi dan aku jijik."
.....
Tergamam Fariha selepas mendengar rakaman suara tersebut. Dia hilang kata-kata.
"Kau memang anak tak guna!" Puan Asiah menarik rambut Fariha dan diseret sehingga Fariha jatuh terjelopok di atas lantai.
"Apa lagi yang kurang, Fariha? Emak dan ayah dah ajar kau agama yang bagus. Kami dah didik kau dengan elok. Tapi, ini yang kau buat?! Balas jasa aku dan ayah kau dengan memalukan kitaorang?! Macam ni ke, Fariha?!" Sambung Puan Asiah sambil memukul-mukul seluruh badan Fariha.
"Sakit, mak. Mak..sakit.." Ucap Fariha dengan mengelak pukulan dari Puan Asiah.
Encik Faizul segera mendapatkan anak bongsu dan isterinya. Dipeluk dan ditarik Puan Asiah menjauh dari Fariha.
ANDA SEDANG MEMBACA
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...
![DAYYAN'S LOVER [C]](https://img.wattpad.com/cover/333061970-64-k661872.jpg)