Penat Dhia menangis dari tadi di dalam bilik air. Dhia merenung dirinya di hadapan cermin. Dilihat matanya sudah mula membengkak dan sembap kerana terlalu banyak menangis.
Tiba-tiba, pintu bilik air diketuk dari luar. Terkejut Dhia. Kedua bahunya ternaik akibat ketukan pintu itu.
"Baby..are you there?" Soal Dayyan sedikit kuat dari luar.
"Y-ya." Sahut Dhia.
"Cepat keluar please? I want cuddle.." Kata Dayyan dengan manja.
"O-okay." Sebelum Dhia keluar, sempat Dhia mencuci wajahnya terlebih dahulu dengan air paip.
Setelah itu, Dhia berjalan mendekati pintu dan dipegang tombol pintu tersebut. Ditenangkan hatinya terlebih dahulu sebelum tombol pintu itu dipulas lalu dibuka.
Buka sahaja pintu, terjengul figura suaminya yang berdiri di hadapannya sambil bercekak pinggang.
"Kenapa lama sangat dalam bilik air? Buat apa?" Tanya Dayyan ingin tahu.
Tetapi, Dhia hanya mengendahkan soalan suaminya dan berjalan melepasi Dayyan. Hatinya sakit bila melihat wajah suaminya ini. Apalagi teringat tentang gambar-gambar tadi.
Pelik Dayyan rasakan sekarang. Kenapa isterinya lain macam ya malam ni? Ada yang tak kena ke?
"Hey. What's wrong?" Tanya Dayyan dengan mencekal tangan Dhia.
"Nothing. Dhia penat je." Jawab Dhia perlahan. Ditahankan hatinya dari ingin bertanya. Dhia kalau boleh nak Dayyan jujur soal ini. Tapi, dia belum kuat lagi untuk mendengar apa yang bakal dikatakan oleh Dayyan.
Dhia meleraikan pegangan tangan Dayyan di lengannya dan berjalan mendekati katil. Dipanjat katil itu lalu dibaringkan badannya. Ditarik duvet bagi menutup sebahagian tubuhnya untuk mengelak kesejukan.
Dayyan merenung tingkah isterinya dari renungan mata. Sesuatu sangat. Tapi, apa dia?
Kenapa dia rasakan yang isterinya seakan tahu sesuatu dan mengelak dari dirinya?
Perlahan Dayyan menapak mendekati Dhia yang berada di atas katil. Dinaiki katil tersebut dan turut membaringkan dirinya di sebelah Dhia.
Dayyan merenung wajah isterinya yang sudah lena itu. Dhia memang cepat dan mudah terlelap dua atau tiga hari ini. Selalu juga Dhia mengadu yang dia cepat letih walhal tidak membuat apa-apa kerja pun.
Mungkin betul lah tu. Isterinya penat.
Tapi, dia perasan mata isterinya agak sembap dan bengkak. Diusap dengan lembut kedua belah mata Dhia.
"Kenapa dengan sayang hubby ni? Please be honest with me. Kalau, baby penat. Baby rehat lah. Rest well, my love." Sejurus itu, dahi Dhia dikucup lama sebelum menarik tubuh Dhia lalu dipeluk dengan erat.
•••••
Terjaga Dhia dari lenanya yang panjang. Buka sahaja mata, wajah Dayyan yang dilihat dulu. Tangannya naik mengusap pipi Dayyan.
Redup pandangannya memandang Dayyan. Tiba-tiba, matanya berkaca bila teringat kembali semua gambar yang ditengok malam tadi.
Dhia menarik nafasnya dalam dan mengalihkan duvet yang berbalut di badannya. Dia menjatuhkan kakinya memijak lantai dan berlalu masuk ke dalam bilik air.
Sekali lagi, air matanya merembes keluar dan Dhia menangis semahunya.
"Kau tak boleh macam ni, Dhia. Kau dah janji pada diri kau yang kau akan percaya pada suami kau. Jadi, kau kena percaya Dayyan." Monolog Dhia sendirian.
Dhia menarik nafas lalu dihembus perlahan bagi menenangkan perasaan sedih dan sakit di hati.
Tiba-tiba, pintu bilik air diketuk dari luar. Tersentak Dhia.
ANDA SEDANG MEMBACA
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...
![DAYYAN'S LOVER [C]](https://img.wattpad.com/cover/333061970-64-k661872.jpg)