Terpegun Dhia melihat kediaman rumah mewah yang baru sahaja mereka masuk.
Dayyan memberhentikan keretanya di hadapan rumah besar dan mewah itu setelah sampai.
"Rumah siapa ni?" Tanya Dhia. Berpusing dia menghadap Dayyan.
"Rumah kita lah. Jom keluar." Ajak Dayyan.
Melopong mulut Dhia tiga saat. Rumah mereka? Besar sangat ni. Nak duduk berdua je.
Dhia dan Dayyan melangkah keluar dari kereta Ford Mustang milik Dayyan. Meliar mata Dhia melihat kawasan sekeliling. Halaman depan yang sungguh luas.
Dapat Dhia lihat juga ada semua kereta-kereta Dayyan yang terparkir di garaj kereta termasuk lah dengan keretanya itu. Bila keretanya sampai sini pun dia tak tahu.
"Baby, jom masuk dalam. Kita tengok dalam pula." Ajak Dayyan sambil memeluk pinggang Dhia.
Dhia mengikuti setiap langkah Dayyan untuk masuk ke dalam rumah.
Lagi terpegun Dhia dibuatnya. Dhia cukup kagum dengan dekorasi dalam rumah mewah itu. Berwarna putih, hitam dan emas. Rumah ini berkonsepkan english modern dan minimalis.
Simple.
"MasyaAllah. Cantiknya.." Puji Dhia dengan memandang seluruh ruangan dalam rumah itu.
"Baby suka?" Tanya Dayyan sambil berdiri melihat tingkah Dhia dari tadi. Kedua belah tangannya juga dimasukkan ke dalam kocek seluar.
"Suka sangat. Bila hubby beli rumah ni?"
"Dah setahun hubby beli. Tapi, 3 bulan lepas hubby upah orang untuk decorate rumah." Beritahu Dayyan.
Dhia berjalan mendekati Dayyan dan dipeluk tubuh Dayyan. Dibenamkan juga wajahnya pada dada tegap suaminya.
Terbit senyuman di bibir Dayyan. Dijatuhkan satu kucupan yang lama pada puncak kepala Dhia. Selepas itu, diusap sayang.
"Hubby selalu balik sini?" Tanya Dhia dengan mendongak memandang Dayyan.
Dayyan menundukkan wajahnya supaya dapat menatap wajah cantik isterinya.
"Tak. Dalam sebulan tu cuma sekali atau dua kali je."
"Kenapa?"
"Entah lah. Hubby rasa sunyi kot. Yalah, rumah ni pun besar."
"Kenapa hubby beli rumah besar-besar?"
"Tak tahu lah. Hubby tiba-tiba tergerak hati nak beli. Lagipun mama ada suruh hubby beli. Jadi, hubby beli je lah. Tak tahu pula rumah ni sekarang hubby dapat duduk dengan wanita yang paling hubby sayang dan cinta ni." Ujar Dayyan dengan mencuit sedikit hujung hidung Dhia.
Selepas itu, dikucup dahi dan puncak hidung isterinya. Tersenyum Dhia dengan perlakuan manis Dayyan terhadapnya.
"Deko dalam rumah ni pula?"
"Dara dengan Daniel tolong bagi idea. Sebab hubby tak tahu nak deko macam mana. Jadi, diaorang suruh deko ikut taste dan cat warna fav, baby. Baby kan simple je orangnya."
Terangguk-angguk kepala Dhia mendengar semua cerita dari Dayyan. Sejurus itu, Dhia menggeselkan hidungnya pada dada tegap Dayyan.
"Hubby lapar tak?" Tanya Dhia perlahan.
"Sikit. Baby lapar ke?" Dhia mengangguk dengan bibir cebik.
"Kita order je lah. Suruh orang tu delivery. Dekat rumah ni takde barang dapur lagi. Esok baru kita keluar pergi supermarket beli barang dapur. Okay?" Soal Dayyan yang membelai lembut wajah cantik Dhia.
Tidak jemu Dayyan menatap wajah isterinya. Makin bertambah-tambah cinta dan sayangnya buat sang isteri.
"Boleh. Hubby nak makan apa? Dhia order kan." Kata Dhia ceria dengan mengeluarkan iPhone 13 nya dari dalam handbag.
YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...