Dayyan's Lover : 14

8.8K 293 8
                                    

Dayyan mengambil angin malam di luar sambil duduk di kerusi yang ada di luar rumah.

Terbit senyuman Dayyan bila merenung gambar Dhia semasa mereka bertunang. Cantik. Gambar Dhia tersebut dijadikan wallpaper handphone nya.

Mengeluh Dayyan bila teringat segala perilaku Dhia terhada dirinya. Dhia masih dingin.

Mahu atau tidak. Suka atau tidak suka. Nak tak nak, Dayyan harus menerima segala sikap dingin dan beku Dhia terhadapnya. Dhia jadi begitu juga kerana dirinya juga.

Cubalah dari dulu dia tidak melayan dan berkata begitu pada Dhia. Mesti Dhia tidak akan melayannya dingin.

Dayyan masih ingat yang Dhia dahulu sangat sopan dan lemah lembut. Tapi, Dhia yang sekarang cukup keras dan degil.

"Abang Am." Tegur Dara bila dia melihat abang sulungnya ini sedang duduk bersendirian di luar rumah semasa dia hendak ke dapur untuk mengambil air.

Berpusing kepala Dayyan melihat adiknya itu. Dayyan nampak ada segelas air di tangan Dara. Maka faham lah Dayyan yang adiknya haus.

"Hmm." Sahut Dayyan.

"Buat apa duduk sini seorang? Healing ke?"

"Banyak lah kau healing. Saja duduk-duduk sini ambil angin malam. Lagipun tak boleh tidur." Kata Dayyan.

Dara menarik kerusi yang ada di hadapan Dayyan dan dia melabuhkan punggungnya di situ. Diletak gelas yang berisi di atas meja.

"Tak boleh tidur sebab teringat kak Dhia ke?" Duga Dara.

"Dhia tu sentiasa ada dalam fikiran abang." Ucap Dayan sambil menaikkan setelah keningnya. Menyampah Dara tengok.

"Apa perasaan abang Am sekarang? Yalah, hujung minggu ni status abang Am akan bertukar dari bujang ke suami." Tanya Dara ala-ala menginterview.

"Alhamdulillah. Rasa bersyukur dan gembira." Jawab Dayyan melayan adiknya.

"Boleh Dara tahu macam mana abang Am kenal kak Dhia?"

"Dhia tu adik kawan abang, Muiz. Kenal 4 tahun lepas. Ceritanya panjang sangat. Tapi, apa yang abang Am tahu. Mengenali perempuan bernama Dhia Marwa cukup istimewa. Dulu, abang Am tak pandai nak hargai dia. Tapi sekarang tak lagi. Abang Am akan pastikan dia menjadi perempuan yang paling bahagia. Abang Am dah janji pada diri abang Am sendiri." Terang Dayyan panjang lebar dengan terselit senyuman.

Terpegun Dara mendengar kata-kata manis dari Dayyan. Tak lama selepas itu, Dara menepuk tangan.

"Dah kenapa tepuk tangan?" Tanya Dayyan.

"Sebab abang Am sweet sangat dengan kak Dhia. Beruntungnya kak Dhia. Abang Am kena pandai jaga kak Dhia tau. Dara tengok kak Dhia tu dah lah cantik, bijak, pandai masak..senang cakap cukup pakej. Rugi sangat kalau abang Am sia-siakan kak Dhia." Kata Dara bersungguh.

"Yah..I know."

"Dah lah. Dara masuk dulu. Duduk lama-lama dekat luar ni sejuk pula. Abang Am jangan lama sangat. Nanti masuk angin pula." Pesan Dara sebelum dia bangun dan membuka langkah masuk ke dalam rumah.

Dayyan memerhati langkah dan pemergian adiknya dengan renungan mata. Setelah kelibat adiknya sudah tiada. Dayyan mengingati segala kata-kata adiknya.

"Aku tak akan pernah sia-siakan kau lagi, Dhia. Cukup sekali." Gumam Dayyan sendiri.

•••••

Pagi itu, Dhia turun dari tangga menuju ke tingkat bawah. Dia ingin membuat sarapan.

Tapi, Dhia mendengar seperti ada sesuatu di dapur. Dengan pantas Dhia berjalan mendekati dapur.

Sampai sahaja di dapur, dapat Dhia lihat Puan Juliana sedang memasak nasi goreng. Bersinar mata Dhia dan dia terus memeluk badan uminya dari belakang.

DAYYAN'S LOVER [C]Where stories live. Discover now